Lamanya tak jenguk langsung blog ini sejak hilang mood disebabkan masalah password. Tambahan pula keadaan makin bertambah sibuk dengan tugasan tanggungjawab lain. Syawal pun makin dekat. Selama PKP ini kami memohon maaf tidak dapat membalas email ya. Lagipun Kebun Bahagia Bersama pun berehat dalam masa PKP ini dan tiada hantaran dibuat. Terima Kasih kepada semua bertanyakan berita kerana begitu lama Tukang Kebun menyepi dan nak masuk setahun tidak update apa-apa di blog. Syukur Alhamdulillah kami semua berada dalam keadaan sihat walfiat dan kami doakan semua pembaca begitu juga. Tergerak hati hari ni nak update blog rindu juga kepada semua. Di sebelah pagi pula hari ni bermesra dengan Ilhan yang dah nak remaja bermanja dengannya mohon buat video. Inilah hasil video pertama belajar dengan Ilhan. Mohon maaf kualiti tak elok, maklum lah budak baru belajar.
Tukang Kebun pun nak mohon maaf lama tak ziarah kawan-kawan blogger rasa serba salah juga. Maaf kan Tukang Kebun ya.
14 ulasan:
Akhirnya...kembali bersua lagi...jumpa lagi...rindu kat kamu...
Alhamdulillah
Selamat berpuasa dan bakal menyambut raya dalam new nornal.
Saya tertunggu2 post dr tukang kebun, lama sungguh tak bersiaran..
Saya suka baca blog KBB selalu lah update
Selamat hari raya...
Lam.x singgah sininsemoga tuan rumah sentiasa sihat
Selamat Hari Raya maaf zahir batin.....lama Diana menghilang tak update blog, faham sangat mood tu sebab biasa jadi pada saya juga, kadang ada jer masa tapi sekadar login tengok skrin tak tulis apa-apa.
Rindu juga kat Kak Fida.
Masa cepat betul berlalu.
Selamat menyesuaikan kehidupan Norma baru. Warisan Petani amat penting untuk memastikan jaminan makanan negara kita terjamin.
Semakin anak membesar semua dah alam persekolahan tak menang tangan nak uruskan mereka. Menghantar ke sekolah dan mengambil dari sekolah pun dah berjam jam guna masa hehehe...
InsyaAllah Aunty akan dicuba.
Sekarang anak2 masa PKP bantu buat video untuk YouTube channel Kebun Bahagia Bersama. Hehehe... Nanti Aunty boleh subscribe YouTube Kebun Bahagia Bersama.
Tapi kualiti video masih tak berapa baik sebab baru belajar.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Syukur Alhamdulillah Tukang Kebun sihat2... Ni PKP makin sihat badan hehehe...
Salam Lebaran Nasa Mulia,
Biasala dugaan menulis blog ni.
Catat Ulasan