No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 28 September 2017

Gulai Ayam Umbut Kelapa Sawit

 Cepat betul rasa masa berlalu bulan September ini, sampaikan posting terakhir bila tengok betul-betul dah sebulan tak release posting. Walaupun sebenarnya dah ada beberapa draft posting tersenarai gambar cuma tak sempat nak tambah cerita. Syukur Alhamdulillah bulan lepas ada terima undangan untuk bersama-sama memeriahkan perasmian Kampung Naboh di daerah kecil Matunggong, Kudat. Antara tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung di sini ialah pokok kelapa sawit. Pokok kelapa sawit di kawasan ini juga masih renek baru beberapa tahun dan ada yang sudah menghasilkan buah kelapa sawit. Dalam perjalanan ke rumah ketua kampung, ada perasan sepokok kelapa sawit tu macam bahagian atasnya baru dipotong terdedah nampakkan isi kulit tengah pokok di dalam atau umbutnya. Ternyata kali ini buat pertama kali Tukang Kebun dapatlah merasa umbut kelapa sawit. Umbut kelapa sawit buat masak gulai ayam. Walaupun terdapat pelbagai lauk, lauk inilah yang Tukang Kebun pulun merasa.

 Setelah makan tengahari di bawah khemah di kelilingi pokok kelapa sawit, tetamu VIP pun sudah selesa duduk di pentas kehormat, anak-anak kampung mulakan persembahan tarian tradisional mereka. Kasihan juga anak-anak ini lama tunggu dari awal pagi lagi untuk buat persembahan, lepas tengahari baru dapat buat persembahan menunggu ketibaan tetamu VIP. Sementara tunggu tetamu kehormat sampai untuk perasmian kampung, kita karoake la dulu. Kampung Naboh ini menghadap Teluk Marudu dan hampir seluruh penduduknya adalah dari etnik Rungus. Selain dari rezeki dapat merasa gulai umbut kelapa sawit, pada Raya Qurban tahun ini juga dapat merasa gulai umbut kelapa juga. Kekadang terlupa juga yang pokok kelapa sawit dan pokok kelapa yang bahagian umbutnya juga boleh buat makanan selain buah dari dua jenis pokok ini boleh dapatkan minyak masak.
 Selain dari kelapa sawit, ada juga penduduk yang buka tanah berkebun serai tanam bersama ubi kayu seperti gambar di bawah. Boleh juga cuba tanam ubi kayu dengan serai kan. Lagipun masa untuk tuaian jika tanam serentak adalah lebih kurang sama sahaja.
 Jika ada yang berminat nak tanam ubi kayu sekarang untuk tuai ubinya di lembah Klang sesuai sebab bila tanam sekarang masa tuaiannya tahun depat adalah musim kering. Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan keratan segar ubi kayu baka Sabah untuk yang berminat.

~7 fresh cutting ubi kayu Sabah RM5.00 ~

Untuk minggu ini ada self-collect pada hari Ahad.

Ikut keadaan cuaca jika yang mengidam nak makan isi ubi kayu pun ada, kalau tak hujan.

~ 2 kilogram ubi kayu organik RM5.00 ~

Jenis buah pisang segar organik yang available untuk minggu ini ialah Pisang Nangka.

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~

Jika ada nak buat minyak kelapa dara sendiri,

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 .


4 ulasan:

Juls Julie80 berkata...

ya Allah sedapnya sayur umbut tu..buh pulak udanggg freshhh aka udang sungai perghhhhhhhhhh

Normala Saad berkata...

Lamanya tak makan umbut nyior ni Diana. Terbau-bau keharumananya.

Dilah Naim berkata...

sedapnya umbut.. ;-)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Juls,

Uisshhhh...betul tu kalau buh udang fresh memang lagi berselera makan kan...bahaya bila nak kurangkan berat badan kihkihkihkih....
ini pun dah menambah-nambah.

Salam Bahagia Kak Mala,

Diana ni baru nak belajo makan umbut.
Dah masuk umur sekarang ni dah mula selera makan sayur kampung gini Kak Mala.

Salam Bahagia Dilah,

Rugi pula saya rasa dulu tak mencuba-cuba sayur begini.
Rupanya enak sekali.