No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 23 Disember 2017

Nikko Futarasan Shrine

 Tidak jauh daripada Omotemon Toshogu Shrine dan Gojunato (related posting klik sini), pada sebelah kiri ada jalan ke arah Futarasan Shrine. Sepanjang jalan ini sebelah kanan ada barisan lantern tiang batu dan sebelah kiri barisan pokok cedar sehingga nampak pintu masuk shrine 'Ishitorii'. A good photo spot for tourist. Rasa macam orang Jepun dulu pergi pilgrimage.
Berhenti rehat kaki dulu di depan tempat letak air tapai Jepun (rice wine). Bila susun tong bertingkat-tingkat rapat begini dengan corak cantik ini menjadi tarikan menarik. Kalau arwah nenek dulu buat tapai simpan dalam tajau. Jika dah ready air tapai arwah nenek tapis jual di tamu Kiulu setiap hari Selasa letak dalam botol kitar semula. Kalau orang Jepun air tapai ni panggil 'sake'. Tong isi air tapai ini diderma oleh pembuat sake dan ia juga dikenali sebagai 'sakedaru'.
 Kalau yang belum bertemu jodoh dan ingin doa untuk dapatkan jodoh yang baik, biasa ada perempuan Jepun sanggup datang ke Nikko Futarasan Jepun ini untuk berdoa di sini. Dikatakan dalam Nikko Futarasan Shrine ada 'powerspot' untuk mereka yang ingin ditemukan jodoh yang baik. Tempat 'powerspot' ini nak masuk kena bayaran ya. "Powerspot' untuk jodoh ni kalau kat Jepun sini antara tempat paling terkenallah. Sini pun ada buat servis untuk pasangan yang ingin nikah di kuil ini (check the website).
 Budaya Orang Jepun juga sebelum mereka pergi dekat dengan bangunan kuil untuk berdoa atau sembahyang, ada cara membersihkan badan macam berwuduk. Biasanya berdekatan dengan dewan utama atau bangunan utama ada tempat air untuk basuhkan tangan.
 Kanak-kanak riang ini ambil kesempatan main air sahaja ini. Pastikan gayung tu disusun kemas semula ya in order. Papa Abby yang kasi susun balik lepas sesi pengambaran.
 Lama pula kanak-kanak ini pusing-pusing depan ada patung singa ni. Rasanya ini 'Daikokuten', God of wealth terutamanya berkaitan rumahtangga dan dapur. Sesuai untuk ramai juga isteri datang sini untuk doakan keluarga mereka sentiasa murah rezeki dan harmoni.
 Patutlah kalau di sekitar kawasan Kuil Futarasan di Nikko ini kebanyakkannya pengunjung wanita yang lebih ramai. Tikus yang apit 'Daikokuten' tu membawa maksud petanda rezeki makanan yang melimpah banyak. 
 Ramai pengunjung orang Jepun datang sini, datang usap-usap patung singa ini, macam ada maksud lucky juga kut. Ada tu dia tulis kat patung tu untuk apa, tapi dah lupa. Inilah kalau lambat-lambat menulis posting dah tak ingat.

 Kuil Futarasan di Nikko ini banyak hubungkait dengan perhubungan harmoni dengan keluarga dan dapat jodoh yang baik. Tempat para isteri doa mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Ramai juga kenalan Jepun yang perempuan bila mereka dah berkahwin, ramai korbankan career masing-masing untuk menjadi home-maker menjaga ahli keluarga mereka dengan baik terutamanya bila sudah ada anak.Macam Ibu Shin-Chan give her all untuk uruskan keluarganya. Mother never rest.

 Bentuk ring ini pun simbol untuk hubungan yang baik jugalah.
 Ruang depan Futarasan Shrine ini lagi luas dari yang di Toshogu shrine, boleh bernafas sikit. 
Beriya-iya si Ilhan dan Rayyan nak ambil gambar bersama 'Daikokuten'. Ciri-ciri ukiran patung Daikokuten ialah sebelah tangan pegang tukul kayu, sebelah tangan lagi bawa guni serta perutnya buncit. Daikokuten salah satu member Seven Lucky Gods. Kalau dalam Hindu ianya adalah bersamaan dengan Mahakala.
 Kembali dalam stock Kebun Bahagia Bersama ialah bunga yang nampak macam buat rambutan merah ini. Ini jenis pokok bunga separa memanjat dan berbunga meriah tak putus-putus sepanjang tahun. Sama keluarga dengan pokok bunga akar dani (Keluarga: Combretum). Bunganya bila mekar, kembang lama tak cepat layu. Kita panggil bunga api merah lah.

Info lanjut pokok bunga api merah (klik sini).

~ 1 pokok bunga api merah RM12.00 ~

 Merry Christmas!!!

2 ulasan:

mamapp berkata...

Cantik2 gambar Di kuil Tu. Seronok tgk negara org kan

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Warnanya yang vibrant, menjadikan objek gambar photogenic hehehe...