Minggu ini Abby dapat cuti sakit kuarantin sebab disyaki dijangkiti penyakit HFMD. Surat pekeliling untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan untuk penyakit berjangkit, penjaga boleh dapat maksimum cuti 5 hari. Tidak menghairankan sebab dah kerap kes ini di taska Abby cuma kali ini tak terlepas. Abby juga terkena buat pertama kali setelah masuk tahun kedua taska di situ.
Semasa cuti Thaipusam lalu, papa Abby ambil cuti jadikan long weekend. Jadi buat pertama kalinya kami dapat melawat kampung asal moyang nenek Abby yang duduk lembah banjaran Crocker tak jauh dari Gunung Kinabalu pada Sabtu lalu. Dalam perjalanan balik tu Abby dah mula dirasai badan panas demam. Kami bercadang nak bermalam di kampung nenek Abby ke Kiulu jadi singgah pekan Tamparuli beli ubat paracetamol. Manakala nenek Abby terus balik Kota Kinabalu. Sampai rumah di Kiulu dah lebih kurang waktu Asar. Abby badan panas tapi dia kata rasa sejuk. Otak ni dah mula berputar apa boleh digunakan ni untuk kasi surut demam cepat ni melihat keliling rumah. Lalu Tukang Kebun kerahkan papa Abby dan Abang-Abang Abby pergi kutip semua jenis daun citrus atau daun limau yang ada. Ilhan pun Syukur Alhamdulillah sudah kenal pokok-pokok citrus keliling rumah di Kiulu ni, bila pagi esoknya terpaksa Ilhan seorang kutip daun limau kerana papa Abby pula demam. Sementara Tukang Kebun sediakan sarapan, Abang Ilhan bantu petik pelbagai jenis daun-daun limau yang ada di halaman luar. Jangan keliru atas tu Ilhan bukan tengah petik daun limau tu, itu pokok pulasan. Ilhan sedang keluarkan tali layang-layang dia yang tersangkut tu hehehe...
Zaman sekarang ini dah mudah dengan adanya gadget blender. Tak perlu nak ambil masa racik-racik daunnya. Pakai blender dengan air je. Tak perlu pun blender dengan lumat. Asalkan dah racik-racik. Kemudian panaskan dengan air yang blender tu sahaja sehingga mendidih. Wangi satu dapur bau rebusan air daun limau. Tukang Kebun kasi Abby mandi air rebusan pelbagai daun limau/citrus bila dah senja. Syukur Alhamdulillah keesokkan paginya Abby dah mula segar badan dan dah tak panas. Mulai tengahari dah mula berlari-lari main. Papa Abby pula pagi yang mula demam panas.
Dalam pukul 2 petang Ahad lepas, kami mula bergerak ke Kota Kinabalu. Just in case,kami singgah di Salut untuk minum air kelapa supaya Abby tak panas lagi. Tukang Kebun ambil kesempatan makan lokan bakar. Jadi hari Isnin, walaupun Abby sihat sengaja Tukang Kebun rehatkan Abby tak ke taska dan ada mandi air rebusan daun limau/citrus lagi.
Bila hari Selalu lalu, semasa bawa Abby ke taska baru perasan ada bintik-bintik di tapak tangannya dan di siku mula berair bila belek-belek dengan cikgu. Kemudian bila bawa pergi ke klinik, check tapak kaki pun ada dah mula naik bintik-bintik. Oleh itu, Doktor suspek Abby kena jangkitan HFMD sebab dia ada demam dulu baru mula keluarkan bintik-bintik.
Tapi Syukur Alhamdulillah hari Selasa tu je , bintik-bintik keluar mendadak tu banyak. Kemudian hingga sekarang dah makin hilang bintik-bintiknya tu. Tukang Kebun suspen juga kalau Abby akan dapat ulcer yang teruk. Sebab ramai kawan-kawan anak yang pernah kena HFMD cerita yang serik bila ada ulcer teruk tu. Syukur Alhamdulillah takde pula Abby merungut masalah ulser dan Tukang Kebun check tak de. Cuma ada bintik-bintik sikit kecik je dekat mulut. Sekarang pun dah mula beransur hilang bintik-bintiknya tu. Sehingga Tukang Kebun pun musykil Abby ni betul ke kena jangkitan HFMD atau demam campak.
Naluri kami rasa penangan minum air kelapa kasi cepat proses keluar bintik-bintik semua tu dan air rebusan daun limau tu mencegah atau mengurangkan kesan jangkitan tersebut dari melarat lama menyebabkan bintik-bintik tu tak keluar banyak macam biasa. Memang tak beberapa perasan bintik-bintik Abby kena tu. Syukur Alhamdulillah walaupun Abby kena HFMD macam memang tak sakit pun ligat main, tak de merengek atau cranky.
Oleh itu sebagai untuk mengurangkan risiko HFMD melarat, mungkin boleh diusahakan dengan mandikan anak-anak dengan air rebusan daun limau/citrus. Kita selalu fikir citrus ini jangan kegunaan buahnya sahaja tetapi daunnya juga ada potensi memainkan peranan untuk rawatan alternatif untuk pelbagai jenis penyakit. Takpe kalau daunnya merimbun sementara nak tunggu pokoknya berbuah, kita boleh petik daun-daunnya buat mandi untuk kesihatan badan kita juga. Natural spa at home. Ibu-ibu dengan anak-anak kecil elok kita raikan kelahiran anak dengan tanam pokok limau, InsyaAllah pelbagai manfaat kita dapat peroleh darinya. Anak demam mandikan dengan air suam dari rebusan daun-daun limau/citrus boleh bantu segarkan badan.
Contohnya pokok limau kapas ini, bila pruning cepat sahaja merimbun semula daunnya. Bila difikirkan sayang juga jika daun-daun yang telah pruning itu dibuang sahajakan, boleh dibuat untuk mandi. Jenis-jenis pokok limau yang available dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti berikut.
~ 1 grafted pokok limau kapas RM15.00 ~
Info lanjut pokok lemon limau kapas (klik sini).
~ 1 grafted pokok lemon Tahiti RM25.00 ~
Info pokok lemon Tahiti (klik sini).
~ 1 grafted pokok limau telur buaya RM25.00 ~
Info pokok limau telur buaya (klik sini).
~ 1 pokok limau kasturi RM5.00 ~
Info pokok limau kasturi (klik sini).
~ 1 kilogram fresh organic citrus fruit mix RM6.00 ~
Self-Collect Schedule This Week:
~ 18th/19th Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
2 ulasan:
Semuga Abby cepat sembuh.
Terima kasih doakan Abby cepat sembuh.
Dah aktif ceria Abby sekarang. Cuma cuti 3hari sahaja.
Catat Ulasan