No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 23 Februari 2017

Sanrio Hello Kitty Town

   Hari pertama kami di Johor (related posting klik sini) bawa anak-anak bercuti hujung tahun lepas ialah melawat Sanrio Hello Kitty Town. Kalau yang bahagian Hello Kitty Town ini anak perempuanlah yang lebih seronok. Jika anak-anak lelaki yang dah bersekolah tu tengoklah raut muka tau tak excited sangat. Abby memang peminat tegar Hello Kitty. Beg dan ikat rambut ke taska memang Hello Kitty. Cuma kasut sekolah yang Hello Kitty bila shopping di AEON Shah Alam shopping mall lalu takde size tapak kaki kecil sudah belilah Frozen.
 Perhiasan dalam rumah Hello Kitty Town memang menarik minat puteri-puteri kecil. Abang-abang Abby cuma melayan gelagat adik Abby je lah. Si Rayyan pula bila mood menyakat Abby suka sangat cari point buat Abby menangis dengan cakap Hello Kitty tu sebenarnya jahatlah Abby. Mulalah keluar air mata Abby.
 Kanak-kanak seronoklah tengok persembahan dari Kitty and friends. Yang girls joinlah masuk sama dengan Abby. Abby tak kelip-kelip tengok maskot Hello Kitty. Ilhan dan Rayyan tak join tengok je Abby menari. Ticket untuk Sanrio Hello Kitty Town ini kami dah beli awal lagi masa MATTA FAIR bulan September lepas. Masa tu rasanya tiket tu diskaun antara 40%~60%. Bulan depan ada MATTA FAIR di PWTC masa mula cuti sekolah yang ada kelapangan bolehlah dapatkan tiket-tiket murah.
 Jika ada permainan seperti ini barulah Abang-abang Abby pula yang semangat nak bermain.
 Tak ingat nama characters di bawah yang Rayyan posing sama ni. Cuma ingat masa kanak-kanak dulu ada beg galas plastik tema character di bawah ini.
 Dekat tempat boleh cosplay dalam Hello Kitty Town ini tak banyak pilihan untuk anak lelaki. For boys cuma character macam penguin ini. Papa Abby lah ni suruh anak lelaki dia si Rayyan ini pakai baju dress ala girl tu. Rayyan pun sporting je pakai layan Abby nak ambil gambar baju Hello Kitty.
 Syukur Alhamdulillah pokok-pokok terung telunjuk yang berusia setahun lebih tak putus-putus menghasilkan buah. 
 Bolehlah dicampurkan bersama dengan kari ikan. Lauk kegemaran Abby ialah kari ikan. Syukur Alhamdulillah bila masak kari ikan anak-anak selera makan. Kekadang lucu juga dengar Abby minta kuah kari katanya "Mama, Abby nak banyak supnya". "Ini bukan sup Abby, kuah kari". Cedok kuahnya Abby hirup macam sup.
 ~ 1 pek biji benih terung telunjuk RM3.00 dengan anggaran 50 biji benih~

2 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Muka terpaksa abang-abang melayan karenah adik perempuannya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Hehehe memang muka terpaksa kekok yang hero lelaki ini dalam dunia banyak warna pink ni.