No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 22 Februari 2017

2017 Tuai Padi

 Syukur Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang sekeluarga pergi menuai padi bukit/huma pada Tahun Baru Cina pertama yang Aunty Janet semai sekeluarga. Awal tahun lepas cuma Tukang Kebun, Ilhan dan Rayyan yang pergi cuba tuai padi (related posting klik sini). Tahun ini Abby dan Papa Abby pun pergi tuai sama-sama. 
  Kali ini bendang padi bukitnya agak curam sekali. Berbeza kawasan dengan bendang padi ditanam tahun lepas. Adalah masing-masing golek-golek macam tayangan Hindustan beberapa kali bila salah pijak. Sukar nak break tu. Kali ini tak dipotong pokoknya terus macam tahun lepas tapi cuma dikerat bahagian tangkai bijiran padi itu sahaja dan terus dikumpulkan dalam guni. Akibat hujan beberapa hari sebelumnya banyak pokok-pokok padi rebah sudah ke tanah. Tahun ini Aunty Janet tanam banyak variasi warisan padi bukit kampung.
  Bagus juga pengalaman tuai padi kali ini untuk didik anak-anak. Mana taknya baru mereka rasa betapa mengambil masa nak penuhkan satu guni pun. Berkongsi seguni ramai-ramai menuai pun ambil masa nak 3 jam baru boleh penuh seguni. Pengajaran untuk anak-anak supaya tak membazir bila makan nasi kasi habiskan. So now they appreciate more bila makan nasi tak perlu maknya nak membebel suruh licin habiskan nasi. Apatah lagi raut wajah mereka gembira bila Nenek Janet berikan beras yang baru dituai dah diproses untuk cucu-cucu rasa makan tuaian beras baru ini. Nenak Abby pun beberapa minggu ini cukup selera makan nasi yang baru sahaja dituai, manis katanya mana nak dapat macam ni.
 Mohon maaf dalam dua minggu ini Tukang Kebun ada batalkan beberapa biji benih padi bukit. Tetapi sekarang sudah ada stok biji benih padi bukit baru sahaja Tukang Kebun terima dari Aunty Janet Ahad lepas yang baru dituai dalam bulan ini. Sekarang ada lima jenis pilihan biji benih padi bukit kampung/heirloom ( 1 pek anggaran 100 biji benih RM3.00) :

~ Padi Bukit Pandasan (matang 4 bulan) -beras campur warna merah dan putih.

~ Padi Bukit Taragang (matang 5 bulan) -beras campur warna merah dan putih.

~ Padi Bukit Gonsulak (matang 5 bulan) -beras warna putih.

~ Padi Bukit Bokilong (matang 5 bulan) -beras warna putih.

~ Padi Bukit Tomou (matang 5 bulan) - isi warna putih campur coklat macam contoh gambar di bawah <Syukur Alhamdulillah dah dapat nikmat merasa).

  Tahun Baru Cina hari kedua pula kami ke Tamu Tuaran dah sampai agak nak tengahari dah. Ada nelayan pun sampai lewat macam kami juga agaknya sebab masa kami datang macam dia belum ada. Tukang Kebun tanyalah harga setompok ketam yang dia jual ada dalam 7 ekor gitu berapa? Sebab tanya peniaga lain sekilo dalam RM17. Terkejut juga bila nelayan offer RM9 setompok. Dearest hubby suruh Tukang Kebun saja-saja tanya berapa harga udang kara yang ada hanya seekor tu dijual? Speechless sekejap bila nelayan tu kata dia jual udang kara tu RM7. Terus jelah kata okay kami ambil ketam dan udang kara ni. Bayar purchase dengan harga jumlah RM16. Mana nak dapat dengan harga begitu di Semenanjung. Ketam yang dijual pun segar, bila balik rumah masih bergerak-gerak lagi.
 Pertama kali dalam hidup Tukang Kebun ini beli udang kara. Anak-anak gembira sungguh tengok udang kara dibeli sejak kali terakhir dapat makan udang kara masa di Sandakan (related posting klik sini). Siap Ilhan cakap oh inilah first time Mama masak udang kara kan...hehehe...seekor pun tak pelah lepaskan rindu anak-anak makan udang kara. Kalau ada banyak udang kara tu dah borong dah bawa balik dengan harga tersebut seekor. Seekor dapat pun rezeki anak-anak.

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Auntie Janet ada mesin memproses padi jadi beras ke Dee?
Seronoklah anak-anak dpt ikut live tuai padi.

Dapat udang hampir sama size lengan mereka manalah tak happy:)

Normala Saad berkata...

Dah berkurun tak makan padi bukit. Dulu kami sebu padi huma.

Nasa Mulia berkata...

Pasar sandakan dulu udang kara banyak di jual, longgok2, sekarang nak jumpa seekor pun susah....dah komersial begitu lah.

Tanpa Nama berkata...

Benih padi huma yg ditamam diBario ada ke.

FARIDAH MUSTAFFA berkata...

Bila tarikh self-collect utk akan datang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Takde mesin proses sendiri.
Koperasi kampung ada.

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah anak-anak Diana memang selalu dapat makan padi huma.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Ya kalau sudah komersial begitulah.
Ada kumpulan lain yang monopoly kawal harganya jadi mahal.

Salam Bahagia.

Bario kami tak tanam.
Bario asal di Sarawak.
Tapi di Kudat ada juga yang dah cuba tanam.

Salam Bahagia Faridah.

Untuk April bulan ini

Self-Collect Schedule April 2017:

~2nd (Sunday)/8th (Saturday)/9th (Sunday) /14th (Friday)/ 15th (Saturday)/16th (Sunday)/22nd (Saturday)/23rd (Saturday) April 2017 Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).