No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 11 Mac 2016

Beras fresh harvest 2016 dari daerah Kiulu

  Awal tahun 2016 ini nampak keadaan di daerah Kiulu telah mengalami musim kemarau yang lama. Sehinggakan kawasan air sungai menjadi lebih kecil dan cetek. Manakala tebing sungai makin luas dengan pasir dan batu sungai jelas kelihatan. Bagi yang terlibat dengan kegiatan rafting di Kiulu ini telah berminggu-minggu aktivity tersebut tidak dapat dijalankan melalui tapak permulaan biasanya mula rafting di Kampung Pukak, Kiulu.
  Beginilah keadaan Sungai Kiulu (Sungai Tuaran) bahagian upstream sekarang yang digambarkan di Kampung Pukak (Kiulu). Sambil Tukang Kebun temankan pelajar ambil sampel air, kelihatan begitu banyak anak-anak ikan kelah yang panjangnya agak 3cm berenang-renang di kawasan cetek. Ini juga adalah antara kawasan penting di mana ikan-ikan kelah bertelur. Disebabkan itu terdapat banyak kelibat anak-anak ikan kelah yang masih baru menetas keluar. Amat jinak tidak jauh dari tapak kaki Tukang Kebun nak tangkap pun mudah. Tapi biarlah mereka membesar jangan dikacau.
  Yang menangkap perhatian Tukang Kebun sambil bersantai ialah di mana biasa kawasan berbatu pasir ini berada di bawah air sungai, sekarang dengan keadaan kering banyak betul jenis bunga yang seakan macam dari keluarga gomphrena atau amaranth berbunga sakan. Tukang Kebun bukan taxonomist atau botanist jadi mungkin ada kesilapan dalam kes classify tumbuhan ini. Tapi bila Tukang Kebun tengok bentuk bunganya teringat pula kepada jenis globe amaranth cuma ini bunganya jadi 'cylinder/tower gomphrena'. Jika ada yang tahu identity pokok bunga ini silalah berkongsi.
   Tak disangkakan betapa pelbagai jenis penghisap madu banyak berterbangan di tepi sungai ini sibuk mengumpulkan madu dari manisan pokok bunga jenis liar ini. Its like stepping into wonderland. Banyak penghisap madu Tukang Kebun pun tak pernah nampak di Kebun Bahagia Bersama. Sihat betul serangga penghisap madu di sini, saiz badan besar-besar belaka berganda dari yang biasa melawat Kebun Bahagia Bersama.

  Kebetulan semasa Tukang kebun mencari bekalan beras baru, terserempak dengan peniaga menjual jenis beras bukit yang unik warnanya dan jarang-jarang jumpa seperti di bawah. Jadi Tukang Kebun pun tanyalah mana asal beras bukit ini. Katanya dia dari berdekatan Tamparuli, jadi Tukang Kebun pun katalah kita pun Tamparuli juga dari Poturidong, Kiulu (pandai pulak aku mengaku). Lalu dia pun kata dia dari kampung atas lagi dari Kampung Pukak. Tukang Kebun pun dah lupa-lupa namanya macam dia kata something sounded like kampung Langado Tua (mungkin salah dengar). Tanya Big Boss pun tak berapa pasti. Kebarangkalian kampung dia lagi jauh masuk dalam, not easy to access. 
  Katanya beras ini masih baru je dituai, tahun 2016 punya beras ni. I don't doubt him sebab auntie Janet Tukang Kebun pun baru lagi masih menuai and it is grown in the same region jadi musim tanam dan harvest will be almost same. Nampak pun baru. Dia pun tak berapa pasti tak ingat jenis beras bukit ini, katanya mungkin baka 'kodohiron' atau 'tadong'. Tak mudah nak dapat lagi bekal beras bukit jenis ini, sebab kebanyakkan petani sekarang lebih menanam padi bukit untuk bekalan makanan mereka cuma yang extras akan dijual. Lebih-lebih lagi jauh di pedalaman tau, beras bukit ini nak dibawa turun ke Tamu (shipping kos lagi). Sedangkan nak memandu sampai kampung Pukak pun dah rasa jauh berliku-liku perjalanan apatah lagi di tempat yang pendalaman. Lalu tanpa fikir panjang Tukang Kebun pun pajak semua beras bukit jenis yang dibawanya. Kawasan pedalaman banjaran, air pun bersih nak besarkan padi. Rugi jika Tukang Kebun tak membesarkan anak-anak sendiri dengan baka beras bukit yang berzaman-zaman ditanam di daerah mana ancestors mereka dah bercucuk tanam secara tradisional. Masa tak akan berpatah balik.

  Untuk beras bukit baka kodohiron?tadong? ini ada limited jika ada juga yang teringin nak merasa, 1 kilogram RM15. Yang baka beras ini akan dipos minggu terakhir bulan March 2016 ini.

 Antara beras yang boleh booking reservation untuk hujung bulan ini juga adalah sebagai contoh beras padi sawah di atas dari Kota Marudu.

~ Beras padi sawah Kota Marudu <SOLD OUT>~

  Selain itu, pilihan yang ada juga ialah beras jenis Borio Merah dari Lawas, Sarawak.

~ Beras Bario Merah (SOLD OUT) ~

  Kawan-kawan yang sudah buat reservation bulan lepas dan selesai pembayaran sehingga semalam. InsyaAllah bekalan beras yang dipesan akan dipos pada minggu depan. Hari ini kami buka ambil semula pesanan booking bekalan beras tempatan dari Borneo untuk delivery hujung bulan ini.

Minggu ini Kebun Bahagia Bersama tak buat self-collect day cos on holiday.

Next Week Self-Collect Day Schedule:

~ 19th/20th Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway Exit).

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kelihatan cantik beras tu Dee.
Kalau masak untuk nasi dagang (campur dgn beras pulut sikit) mesti sedap agaknya..

Unknown berkata...

macam beras nasi dagang tu nampak nya Diana

Normala Saad berkata...

beras bukit ni arwah nenek kakak pernah tanam..tapi kami panggil padi huma

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Tukang Kebun belum pernah buat nasi dagang (tak pandai masak hehehe).
Agaknya kalau dicuba ngam kut.
Beras Bario nak kena lebih sikit airnya daripada sukatan beras biasa.

Salam Bahagia Kak Noor.

Diana pun tak pernah nampak beras untuk nasi dagang sebenarnya. Lain kali nak kena belek-belek hehehe....

Salam Bahagia Kak Mala.

Ya kat sini local panggil beras bukit.
Kalau Semenanjung panggil padi huma kan.

Unknown berkata...

Salam...boleh list tak harga dengan jenis2 beras yang anda jual .. sy peminat beras2 unik dan rare mcm ni. Email saya sinarmaiya210@yahoo.com
Lg bagus sertakan gambarnye ye trima kasih