Kadangkala atau Kebiasaannya dalam alam berkebun ini benda yang tak dirancang atau secara tak sengaja lah yang menjadi-jadi hasilnya atau lebih berjaya tanamannya. Seperti kisah keratan-keratan naga yang diampai dan terlupa di depan dapur (related posting klik sini), naik pula hidup subur jadi pokok pula. Pokok buah naga isi merah ini juga telah banyak kali menghasilkan buah (related posting klik sini). Kini dah 5 tahun usianya, amat pantas masa berlalu dan lebih kurang umur sama si Abby. Teramat suka atau sesuai agaknya tempat tersebut yang menerima cahaya matahari yang amat banyak serta tiada tanah yang bertakung. Malah hanya hidup dengan sisa tanah-tanah yang hanyut terkumpul di situ. Maka secara kesimpulannya untuk kejayaan tanaman buah naga adalah ia sejenis tumbuhan yang amat suka dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak serta jenis tanah yang poros air.
Syukur Alhamdulillah balik dari kampung beraya bulan lepas, ada buah naga isi merah masak ranum depan dapur rumah. Rezeki awal bulan Syawal. Kudup bunganya pula mula membentuk dan membesar kelihatan pada minggu pilihanraya lepas. Dari kudup bunga terbentuk, lepas tu kena bunga kembang dulu baru buahnya akan membentuk serta membesar menjadikan proses tanda-tanda menghasilkan buah hingga petik dalam dua bulan penantian juga.
~ 1 keratan buah naga isi merah RM10.00 ~~ 1 keratan buah naga isi putih RM10.00 ~
Info lanjut mengenai pokok buah naga (klik sini).
Self-Collect Minggu ini (Please confirm order first):
21 dan 22hb Julai 2018 Sabtu/Ahad pagi di antara pukul 9:00-9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
3 ulasan:
betul tu ... kadang2 pokok yang dibelai dgn penuh kasih sayang jadi terlalu sensitif pulak ...
Kak pun baru mula nak tanam pokok naga ni. Dapat keratan batang dari rumah sepupu suami. Geram tengok buahnya berjuntaian.
Salam Bahagia rakan Yusri Zakaria,
Hehehe macam org tua dulu pesan jangan manjakan anak sangat.
Salam Bahagia kak Mala,
Bunganya tu Kak Mala bila kembang memang macam mulut naga lidah terjelir keluar.
Catat Ulasan