No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 6 Januari 2013

Anak pokok Mempelam telur

 Pokok buah mempelam telur ini sudah ada di kebun kami sejak kami berpindah dan sudah pun berbuah ketika itu. Satu-satunya mempelam telur kami ini mesti dah berpuluh tahun sebab kami sudah duduk sini sejak tahun 1994 lagi. Pokok mempelam ini tidak pernah menghampakan kami setiap tahun mesti berbuah sekurang-kurangnya 2 musim. Kami suka sangat buat jeruk mempelam ini dan selalu tak menyempat nak jerukkan lama dah habis di makan.
 Banyak anak pokok mempelam yang bercambah dari biji mempelam yang di ratah oleh Tukang kebun Dany pada bulan Nov-Dec setelah dicampakkan ke tanah hingga nampak macam weed sahaja di tengah padang. Awal bulan December banyak anak-anak pokok mempelam telur tukang kebun gali dan pindahkan ke bekas-bekas yang di kitar semula sebelum kami potong rumput keliling rumah. Banyak juga yang anak-anak pokok tersebut sudah tumbuh tinggi seperti gambar di bawah yang diambil pada awal bulan December semasa dipindahkan.

 Bagi pesanan anak pokok mempelam telur, tukang-tukang kebun akan memilih pokok-pokok individu sihat dari stok sudah melebihi 30cm untuk penghantaran. Pokok mempelam telur penghantaran melalui Pos Laju hanya dalam Semenanjung Malaysia sahaja pada hari Isnin/Selasa setelai pembayaran diterima sebelum malam Ahad. Apabila sampai pokok ke destinasi buka kotak dengan segera dan seal plastik di bawah bekas pokok. Kemudian siram di tempat yang teduh. Pindahan pokok pada hari yang tidak panas dan pada sebelah petang adalah lebih elok.


1 bekas pokok mempelam telur (pauh ringan) (RM9).

Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)

5 ulasan:

ummuaidan berkata...

mempelam telur ...baru first time dengar nama nie...
hmmm kalau yg putik makan colek kan sedap..

Sean L berkata...

Are the seedlings in the second picture from one seed? If so then the seed is polyembrionic, and one of the seedlings is a clone of the parent plant. At about 1 mth from germination, the nucellar embryo is usually the tallest, and the zygotic the smallest.

TukangKebun berkata...

UmmuAidan~ Sedap colek dan buat jeruk mempelam telur. Saiznya kecik je macam saiz telur itik itu agaknya dipanggil mempelam telur.

Sean~ Yes it is from one seeds. Yeyyey you answered my question why are there 2 plants coming out from one seeds. My plant biology really bad and to think I am supposed to be working on reproduction...ahahaha...but animal lah. Ohhh cam kena baca revision balik je ni why is it polyembrionic and link with nucellar embryo and zygotic. Seriously lupa last time reading might be 10 years ago.

Liza Othman berkata...

salam...
saya nak tau, kalau mebeli biji benih/anak pokok ni boleh ke nak collect sendiri di sg.buloh atau hanya melalui pos sahaja?
tq

TukangKebun berkata...

Salam Liza,

Selalunya biji benih kami pos sahaja. Anak pokok pula depend.