Dekat sini sebab dah lama kebun terbiar sebab tiada penghuni, agak penat dalam proses mengemaskan kebun yang mula menjadi semak. Tambahan pula akhir tahun lepas rezeki hujan banyak jadi rumput pun cepat je naik sampai ke lutut. Apa yang ada dalam batas sayur pun dah tak nampak bayang. Salah satunya yang rajin memenuhi ruang petak-petak sayur khas ialah ginseng jawa atau juga dikenali sebagai akar som jawa. Pada mulanya disebabkan cetek pengetahuan dan tukang kebun lebih mengetahui atau biasa dengan tanaman herba Mediteranean, tidak sangka yang pokok herba ginseng jawa yang nampak seperti ornamental ini mempunyai pelbagai khasiat yang sesuai untuk keadaan tukang kebun seisi keluarga pada masa ini. Mula-mula saya ingat pokok hiasan tapi setelah dipastikan namanya dan dicuba-cuba makannya memang banyak khasiatnya. Tak perlu nak beli supplement apa-apa, di rumah sudah ada yang paling bagus macam jamu.
Pokok ginseng jawa ini sangat mudah tumbuh sendiri dari pecahan kantung kapsul bijinya, di tempat kami sudah tumbuh merata-rata sudut tak perlu tanam lagi. Pokok ini pun sebenarnya asalnya di tanam oleh orang Acheh semasa ada sedikit projek pembinaan di rumah. Bunga ginseng jawa yang ungu ke merah jambu pun sangat cantik menghiasi taman. Ketinggian pokoknya boleh mencecah 40-50cm.
Daun dan bunga pokok herba ginseng jawa boleh dimakan sebagai ulam, atau pun ditumis dengan belacan pun sedap. Tapi masaknya sekejap sahaja sebab cepat layu dan kalau masak lama sangat bertukar ke warna kehitaman. Sayur ini jenis berlendir dan tergolong dalam keluarga sama dengan portulaca. Dapat merangsangkan selera makan dan juga mencerdaskan badan. Tukang kebun bila makan sayur ini memang rasa badan cerdas dan berupaya banyak multi-tasking menguruskan rumah dan keluar berkebun. Kadang-kadang senyap-senyap masukkan daun herba ginseng jawa ini dalam masakan seperti nasi goreng untuk anak-anak kami yang fussy makan dan tak kuat makan. Tiada pula nampak anak-anak kutip sayur letak ke tepi. Daun ginseng jawa juga membantu memperbanyakkan susu ibu. Ya sudah tukang kebun cuba dan memang banyak membantu penyusuan tukang kebun untuk Abbiyana. Syukur alhamdulillah Abbiyana baru sahaja masuk 5 bulan dan masih menyusu susu badan sahaja. Tukang kebun jenis yang tak banyak susu sebenarnya apatah lagi bila sedang stress dan badan penat. Di Indonesia, herba ini dimakan sebagai ulam untuk awet muda, juga dikatakan membantu wanita yang mempunyai masalah keputihan dan haid yang tidak teratur. Ginseng jawa memang mudah tanam ibaratkan seperti kangkung tanam di kampung atau terusan, masa kami tiada sayur pilihan sangat ginseng jawa lah yang banyak menolong.
Cuba lihat akar pokok ginseng jawa yang telah tua adalah seperti akar ginseng korea/cina dan juga mempunyai fungsi perubatan yang sama. Kalau susah nak tanam tongkat ali dekat rumah, tanam pokok ginseng jawa untuk rebusan akarnya yang boleh menjadi pengganti tongkat ali bagi membantu tenaga batin orang lelaki.
Pokok herba Ginseng Jawa sesuai untuk seisi keluarga.
Biji benih Organik Ginseng Jawa/ Akar Som Jawa/ Surinam Spinach ~
$3.00 satu pek dengan anggaran 250 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
36 ulasan:
Saya nak satu pack
salam ..Kak Mar satu pek.. glad tu dah pos ke.. belum sampai pun minggu lepas.. baru perasan emel Diana.. nanti K Mar bk in ya..
Diana aida nak satu pek....tq!
Salam diana,avia nak dua pek yer..esok avia bank-in duitnya..maaf kerana lmbt response email diana cz br perasan td ptg.thanks yea!
OK sudah disimpankan.
Kak Mar~ Esok InsyaAllah saya pos Cik Gladdy tu ya. Dah email tracking No. ke email Kak Mar.
Avia~Oh tak mengapa :).
salam Diana. saya nak 1 pek ye.
p/s: benih alpine strawberry dan kacang panjang tu saya dah dapat minggu lepas. terima kasih ye ;)
Salam Wani, saya simpankan. Syukur selamat sampai.
Salam Diana,
Rupa2nya pokok nilah yang diambil dari kampung tempoh hari. Cam kat bunganya. Banyak khasiat rupanya!
Salam Mak Aji,
Ya banyak khasiatnya dan mudah juga tumbuh.
Salam Diana,simpankan avia 2 pek yer if ada lagi...kawan avia minta tlg beli kan ;).
Avia~ Boleh no worries.
1 pack for me pls..
Nak 1 ye :-)
Boleh Mama Pongkey.
Nak satu
Suzilaadham
Bagaimana cara untuk pesan? Saya tertarik untuk pesan 2 pek..
Nia, Tronoh, Perak
Salam Nia,
Boleh emailkan ke (kebunkmg@gmail.com) untuk memesan biji benih.
Saya nak benihnya 1 pack
Ada lagi benih?saya nak 1pack
Ada biji benihnya penako boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk pesanan dan maklumat selanjutnya.
saya pun menanam Ginseng Jawa di tanah belakang rumah tumbuh subur. Tidak dinafikan Ginseng Jawa dibuat sayur memang sedap dan menyelerakan. Tentang akarnya saya belum mencubanya lagi.
Hai.. saya nk beli bnih pokok ginseng jawa ni.. boleh tau kedai dkt area mana
Salam Bahagia Hariz Jumain.
Biji benih atau anak pokok ginseng jawa kami boleh pos. Details boleh email (kebunkmg@gmail.com).
Assalam, saya berminat dgn anak pokok ginseng jawa ni, blh emailkn harga ank pokok dn benih pokok secara terperinci di zuhadah7@gmail.com? Tq
Salam Bahagia Eriza Nadia,
Sudah email butirannya.
Anak pokok 1 pot RM4.
BIji benih 1 pek RM3.
Cerita panjang boleh email enquiry ke (kebunkmg@gmail.com).
Pokok ni mudah d tanam. Cucok sj dari batang dlm 6-7" . Inn Sya Allah akan hidup seperti pokok pecah beling atau pecah kaca atau keji beling. Byk betul khasiatnya. AllahuAkbar.
Salam Bahagia.
Memang pokok akar som ini mudah tumbuh.
Kalau nak daun sahaja dari keratan boleh.
Tapi kalau nak tuai akar ubi yang gemuk-gemuk untuk herba kena dari biji benih.
Saya nak satu pack
MOHD YATIN YAZIX B AHMAD
NO 34, JALAN HARMONI 4
TAMAN PENGKALAN HARMONI
31650 IPOH,PERAK
TERBAIK
Ada lagi ke akar som ni?
InsyaAllah lepas raya ada stock semula.
Saya ada tanam ni, patahkan cabang di pun boleh tanam kan?
kak bole bg nmbor fon nk beli ginseng jawa benih yg banyak
pak bole bg nmbor fon untuk deal bisness?
Salam Bahagia Mohd Shoffi,
Kalau nak tuai akar yang gemuk, kena tanam dari biji benih.
Jika nak nikmati daun keratan juga boleh.
Salam Bahagia Mohd Hosni,
Jika nak pesan biji benih ginseng jawa boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).
Assalam,bru tau khasiat akar som,dirumah nenek tumbuh meliar,fkrkn rumput,nk tanye nenek die pn da kurang daya ingatan,semua die xtau daa,lps ni mmng gondol la pokok tu Sya manfaatkn,lbh2 lg dibuat ulam-ulaman,terima kasih ciktukang kebon 👍✌️
Catat Ulasan