Pokok buah mempelam telur ini sudah ada di kebun kami sejak kami berpindah dan sudah pun berbuah ketika itu. Satu-satunya mempelam telur kami ini mesti dah berpuluh tahun sebab kami sudah duduk sini sejak tahun 1994 lagi. Pokok mempelam ini tidak pernah menghampakan kami setiap tahun mesti berbuah sekurang-kurangnya 2 musim. Kami suka sangat buat jeruk mempelam ini dan selalu tak menyempat nak jerukkan lama dah habis di makan.
Banyak anak pokok mempelam yang bercambah dari biji mempelam yang di ratah oleh Tukang kebun Dany pada bulan Nov-Dec setelah dicampakkan ke tanah hingga nampak macam weed sahaja di tengah padang. Awal bulan December banyak anak-anak pokok mempelam telur tukang kebun gali dan pindahkan ke bekas-bekas yang di kitar semula sebelum kami potong rumput keliling rumah. Banyak juga yang anak-anak pokok tersebut sudah tumbuh tinggi seperti gambar di bawah yang diambil pada awal bulan December semasa dipindahkan.
Pokok mempelam telur penghantaran melalui Pos Laju hanya dalam Semenanjung Malaysia sahaja pada hari Isnin/Selasa setelai pembayaran diterima sebelum malam Ahad. Apabila sampai pokok ke destinasi buka kotak dengan segera dan seal plastik di bawah bekas pokok. Kemudian siram di tempat yang teduh. Pindahan pokok pada hari yang tidak panas dan pada sebelah petang adalah lebih elok.
1 bekas pokok mempelam telur (pauh ringan) (RM10).
Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)
7 ulasan:
mempelam telur ...baru first time dengar nama nie...
hmmm kalau yg putik makan colek kan sedap..
Are the seedlings in the second picture from one seed? If so then the seed is polyembrionic, and one of the seedlings is a clone of the parent plant. At about 1 mth from germination, the nucellar embryo is usually the tallest, and the zygotic the smallest.
UmmuAidan~ Sedap colek dan buat jeruk mempelam telur. Saiznya kecik je macam saiz telur itik itu agaknya dipanggil mempelam telur.
Sean~ Yes it is from one seeds. Yeyyey you answered my question why are there 2 plants coming out from one seeds. My plant biology really bad and to think I am supposed to be working on reproduction...ahahaha...but animal lah. Ohhh cam kena baca revision balik je ni why is it polyembrionic and link with nucellar embryo and zygotic. Seriously lupa last time reading might be 10 years ago.
salam...
saya nak tau, kalau mebeli biji benih/anak pokok ni boleh ke nak collect sendiri di sg.buloh atau hanya melalui pos sahaja?
tq
Salam Liza,
Selalunya biji benih kami pos sahaja. Anak pokok pula depend.
Assalam.. mn nk dapat buah mempelam telur ni..
boleh msg sy di 0132230166..
tq.. dah puas carik xde..huhuhu.. ngidam..
Salam Bahagia Nurul Mohd Pizan,
Pokok kami bukan musim buahnya sekarang.
Kalau anak pokoknya ada stock.
Catat Ulasan