No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 1 Februari 2015

Pisang Bunga

  Hari ini celoteh ringkas tukang kebun sambung mengenai keluarga pisang lagi. Tapi kali ini jenis pisang yang lebih dibuat sebagai hiasan/landscape dari untuk dimakan. Pisang ini am-nya dikenali sebagai pisang bunga dan nama botani-nya ialah Musa ornata. Berlainan dengan jantung pisang yang biasanya berwarna merah pekat keungguan dan tandannya menghadap ke bawah. Pokok pisang bunga ini jantungnya berwarna seakan lavendar yang tandannya menegak.
 Pokok pisang bunga juga menghasilkan buah. Tapi buahnya tak besar dan terkandung banyak biji benih. Boleh makan tapi sebab biji yang banyak tak mudah nak makan jadi 'unpalatable' atau leceh nak makan. Kalau anda pencinta haiwan bolehlah tanam untuk sumber makanan mereka. Tukang kebun perhati burung suka juga cari makan di pokok pisang bunga ini. Seperti pokok-pokok pisang yang buahnya boleh buat makan macam biasa, daun pokok pisang bunga juga boleh diambil untuk buat bekas kuih atau alas nasi lemak. 
  Pokok pisang bunga boleh hidup di kawasan full sun hinggalah light shade. Kalau di full sun pokoknya boleh tumbuh tinggi 2~3 meter. Bolehlah jadi natural pagar nak privacy atau tutup aurat penghuni rumah. Kalau di tempat kurang cahaya matahari atau terlindung pokoknya tak tumbuh tinggi kekadang kurang 1 meter tapi mampu berbunga seperti tukang kebun perhatikan di deretan tembok depan rumah yang dalam light shade. Jadi ikut kepada tukang kebunnya nak pokoknya tinggi bagaimana, kalau nak tinggi mencapai langit di full sun, nak renek-renek nampak comel macam dalam cerita Hobbit letak di light shade. Boleh juga tanam dalam pasu. Kalau dalam pasu biasanya akan jadi saiz yang renek.

~ Pokok pisang bunga (Musa ornata) ~

Moist bare-rooted anak pokok pisang RM10.00 .

Landscaper atau Gardener yang nak supply instant garden dengan ketinggian sepokok lebih 2 meter, self-collect Dig Your Own RM30.00 .

4 ulasan:

sud@is berkata...

jantungnya menghala keatas ya.....

Normala Saad berkata...

Oh, kak ada jenis pink ni kat rumah,yang color merah pun cantik juga..

nadia rashid berkata...

eh cantik jantung nya bunga pink memang sesuai jdkan hiasan laman

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sud@is,

Ya jantungnya pink tu menghala ke atas.

Salam Bahagia Kak Mala.

Cepat betul membiak pisang bunga ni. Berbunga pun rajin. Kalaulah pisang makan tu pun cepat berbunga nak bagi buah macam pisang bunga ni.

Salam Bahagia Nadia.

Memang menarik warna pinknya tu sebagai hiasan laman. Batang pokoknya pun taklah besar macam pisang makan tu.