No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 1 Oktober 2013

Sayur Meranti

 Semasa treasure hunting cili burung di keliling kebun laman rumah sebelah depan (pokok-pokoknya merata tumbuh courtesy of the birds of course), tiba-tiba ternampak di bawah pokok cili seakan-akan pokok sayur meranti/ranti (solanum nodiflorum) tumbuh liar bersama-sama pokok cili burung. Yang menarik perhatian tukang kebun adalah bentuk bunganya yang mula flashing imbasan image dikongsikan oleh Sean (Half a pound of treacle blog) yang ada menulis mengenai sayur meranti secara terperinci awal bulan ini (please klik dekat nama blog Sean for further info). Sayur meranti sebenarnya adalah tanaman baru di dalam kamus tukang kebun, jadi tukang kebun teruja untuk mengenalinya lebih dekat lagi. Tidak sangka pula terserempak dengan sayur meranti semasa memetik cili burung merah untuk sambal belacan makan dengan nam nam. Rasanya sayur meranti yang tumbuh di sini pun burung yang bawa benihnya. Bila takde makanan bolehlah tukang kebun adventure sikit mencuba sayur meranti. Sayur meranti, sayur kampung ini boleh juga campur dengan masak lemak putih atau masak lemak cili api, goreng dengan udang kering sahaja pun boleh dan resipinya ada dekat blog Sean.
 Walaupun sayur meranti boleh masuk dalam kategori 'weed' di Kebun Bahagia Bersama, jangan pandang rendah kepada sayur ini kerana ianya juga ada medicinal value. Daun Sayur Meranti kena masak sebelum makan, buahnya yang dah masak berwarna hitam saja boleh makan, yang buahnya hijau jangan. Kenapa kena masak dulu ataupun buah yang berwarna hitam sahaja boleh makan kena baca posting Sean sebab Sean dah jelaskan secara terperinci. Terima kasih Sean for the thorough review of Sayur Meranti, appreciate the extra bonus info which perk up the student interest in me as a molecular biologist and evolutionary biologist (time to dust the old data and start writing up my 'T' again?). 

Sean posting:

http://up-your-toot.blogspot.com/2013/09/solanum-nodiflorum-white-nightshade-sayur-meranti.html

19 ulasan:

Sean L berkata...

Wah bestnyer ada sayur meranti tumbuh kat rumah. Skrg Diana boleh offer bijinya kat siapa-siapa yang nak tanam, sebab ada tempat kat bandar susah nak beli sayurnya.

eej berkata...

Been eating this sayur since kecik...my mom selalu buat masak lemak putih with keledek...yummeh. Byk tumbuh keliling rumah my mom kat kampung :)

nadia rashid berkata...

tak pernah makan jenis sayur ni...

SriKota Garden berkata...

Sayur ni goreng pun sedap, biasanya saya kutip kat sekolah.

nananookie berkata...

Sayur meranti ni rasa pahit. Dikenali
Juga dengan nama wonderberry. Buahnya rasa manis buat desert

zilazul berkata...

salam diana, kalau benihnya open for sale, saya nak satu, tq

TukangKebun berkata...

Ada juga hasrat nak kutip buat tanam batas proper nak mencuba untuk consumption sendiri. Hopefully sempat kutip sebelum overipe dan menghilang.

TukangKebun berkata...

Kebetulan pula kami tuai keledek putih hari ni EEJ. Teringin pula nak cuba sayur ranti buat masak lemak putih dengan keledek pula :). Thank you for sharing.

TukangKebun berkata...

Mari kita cuba-cuba Nadia.

TukangKebun berkata...

Tanah kawasan sekolah Cikgu mesti sangat subur :).

TukangKebun berkata...

Teringin nak cuba wonderberry pula dear NanaNookie. Just confuse whether yang ni sama dengan wonderberry (Solanum retroflexum) cos ranti is (Solanum nodiflorum). Best juga kalau buahnya manis tukang masak can explore many dishes with the wonderberry.

TukangKebun berkata...

Salam Zilazul. InsyaAllah kalau ada rezeki benihnya. Asyik lupa nak pergi tuai.

Flora Cinta Mu berkata...

sedap meranti ni.. biasanya masak air atau tumis.. hmm.. masak lemak pun sedap..

TukangKebun berkata...

Flora Cinta Mu ~ Sekali-kala memang nak makan ala-ala kampung kan.

Tanpa Nama berkata...

di Sabah dikenali sebagai sayur tutan...:)

Tanpa Nama berkata...

btw, ada satu lg jenis sayur ni, cuma btgnya berwarna hitam..

TukangKebun berkata...

Oh panggil sayur tutan kah di sana. Terima kasih kongsi pengetahuan. Ada juga yang batang hitam. Nanti mau juga tengok-tengok di tamu.

Eirin berkata...

iya, yg btg hitam susah skit mo dpt skg...di tamu mungkin boleh jumpa :)

TukangKebun berkata...

Rindu juga mau pergi tamu Eirin, nak kena tunggu ada budget cukup nak balik.