Semasa treasure hunting cili burung di keliling kebun laman rumah sebelah depan (pokok-pokoknya merata tumbuh courtesy of the birds of course), tiba-tiba ternampak di bawah pokok cili seakan-akan pokok sayur meranti/ranti (solanum nodiflorum) tumbuh liar bersama-sama pokok cili burung. Yang menarik perhatian tukang kebun adalah bentuk bunganya yang mula flashing imbasan image dikongsikan oleh Sean (Half a pound of treacle blog) yang ada menulis mengenai sayur meranti secara terperinci awal bulan ini (please klik dekat nama blog Sean for further info). Sayur meranti sebenarnya adalah tanaman baru di dalam kamus tukang kebun, jadi tukang kebun teruja untuk mengenalinya lebih dekat lagi. Tidak sangka pula terserempak dengan sayur meranti semasa memetik cili burung merah untuk sambal belacan makan dengan nam nam. Rasanya sayur meranti yang tumbuh di sini pun burung yang bawa benihnya. Bila takde makanan bolehlah tukang kebun adventure sikit mencuba sayur meranti. Sayur meranti, sayur kampung ini boleh juga campur dengan masak lemak putih atau masak lemak cili api, goreng dengan udang kering sahaja pun boleh dan resipinya ada dekat blog Sean.
Walaupun sayur meranti boleh masuk dalam kategori 'weed' di Kebun Bahagia Bersama, jangan pandang rendah kepada sayur ini kerana ianya juga ada medicinal value. Daun Sayur Meranti kena masak sebelum makan, buahnya yang dah masak berwarna hitam saja boleh makan, yang buahnya hijau jangan. Kenapa kena masak dulu ataupun buah yang berwarna hitam sahaja boleh makan kena baca posting Sean sebab Sean dah jelaskan secara terperinci. Terima kasih Sean for the thorough review of Sayur Meranti, appreciate the extra bonus info which perk up the student interest in me as a molecular biologist and evolutionary biologist (time to dust the old data and start writing up my 'T' again?).
Sean posting:
http://up-your-toot.blogspot.com/2013/09/solanum-nodiflorum-white-nightshade-sayur-meranti.html
21 ulasan:
Wah bestnyer ada sayur meranti tumbuh kat rumah. Skrg Diana boleh offer bijinya kat siapa-siapa yang nak tanam, sebab ada tempat kat bandar susah nak beli sayurnya.
Been eating this sayur since kecik...my mom selalu buat masak lemak putih with keledek...yummeh. Byk tumbuh keliling rumah my mom kat kampung :)
tak pernah makan jenis sayur ni...
Sayur ni goreng pun sedap, biasanya saya kutip kat sekolah.
Sayur meranti ni rasa pahit. Dikenali
Juga dengan nama wonderberry. Buahnya rasa manis buat desert
salam diana, kalau benihnya open for sale, saya nak satu, tq
Ada juga hasrat nak kutip buat tanam batas proper nak mencuba untuk consumption sendiri. Hopefully sempat kutip sebelum overipe dan menghilang.
Kebetulan pula kami tuai keledek putih hari ni EEJ. Teringin pula nak cuba sayur ranti buat masak lemak putih dengan keledek pula :). Thank you for sharing.
Mari kita cuba-cuba Nadia.
Tanah kawasan sekolah Cikgu mesti sangat subur :).
Teringin nak cuba wonderberry pula dear NanaNookie. Just confuse whether yang ni sama dengan wonderberry (Solanum retroflexum) cos ranti is (Solanum nodiflorum). Best juga kalau buahnya manis tukang masak can explore many dishes with the wonderberry.
Salam Zilazul. InsyaAllah kalau ada rezeki benihnya. Asyik lupa nak pergi tuai.
sedap meranti ni.. biasanya masak air atau tumis.. hmm.. masak lemak pun sedap..
Flora Cinta Mu ~ Sekali-kala memang nak makan ala-ala kampung kan.
di Sabah dikenali sebagai sayur tutan...:)
btw, ada satu lg jenis sayur ni, cuma btgnya berwarna hitam..
Oh panggil sayur tutan kah di sana. Terima kasih kongsi pengetahuan. Ada juga yang batang hitam. Nanti mau juga tengok-tengok di tamu.
iya, yg btg hitam susah skit mo dpt skg...di tamu mungkin boleh jumpa :)
Rindu juga mau pergi tamu Eirin, nak kena tunggu ada budget cukup nak balik.
Kebetulan sayur ni tumbuh depan rumah .saya teringat dulu pernah makan masak lemak dengan arwah mak.
Saya baru start tanam yng tutan hitam. Dulu kecil ada banyak tumbuh liar d kebun baru buka. Sekrng jarang nampak suda
Catat Ulasan