No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 3 Oktober 2013

Tuaian sebelum ke Airport

 Dah lama tak sempat nak upload gambar tuaian, jadi inilah antara tuaian untuk hujung minggu lepas sebelum menghantar owner sebenar Kebun Bahagia Bersama ke airport berlepas pulang ke Sabah. Nanti tak merasa pula buah-buahan yang sedang rancak berbuah di Kebun Bahagia Bersama hujung bulan lepas. Bagi penghantaran Prepaid Box Pos Laju hari Isnin lepas sekiranya had muatan tidak lebih dan ruangan dalam kotak ada, dapatlah Kebun Bahagia Bersama berkongsi rezeki yang diberi dari kebun. Kesemuanya adalah Organik tak pernah sembur, jika terjumpa apa-apa itulah lumrah makanan organik. Disebabkan ada yang tertanya-tanya apa bendalah tukang kebun poskan sekali dalam kotak kali ini, jadi inilah jawapannya.
 Ciku, buah musim kali ini gemok-gemok menjadi mungkin sesuai cuacanya ketika ianya berbuah. Cik Tupai pun macam tak berdaya nak makan sakan, masing-masing dapat bahagian tak perlu berebut. Kena peram dulu ya kalau tak lembut lagi.
Buah Sawo matang.
 3 jenis mangga berbuah serentak di Kebun Bahagia Bersama yang kena hard pruning May lalu paling rancak sekali berbuah. Yang nak merisik kalau tukang kebun boleh buat Pasar Online above boleh email (kebunkmg@gmail.com). 

2 ulasan:

Ratu berkata...

nak merisik-risik pasar online..sedapnye ciku..dah lama xmkn..nak juga mentega sebab xpernah rs..ritu beli pokok lambat lg nak bbuah..simpan tuk saya ye!

TukangKebun berkata...

Ratu ~ Nanti tukang kebun hantar loveletter buat confirmation ya.