Terkejut tukang kebun menerima laporan dari Sungai Buloh bawang bunga Nerine Aurea dah berbunga minggu lepas. Sebab tukang kebun tak agak ianya akan berbunga. Salah satu sebabnya, tukang kebun tanam 3 biji bawang Nerine Aurea bulan January lalu di lokasi yang amat berlainan dari segi jenis penerimaan cahaya, duduk je tersembul sikit dalam tanah tiada tanda nak keluarkan pucuk. Jadi terbiarlah bulb tersebut sebab tukang-tukang kebun sibuk dengan projek lain sehingga lupa sebab kali ni memang nak tawakal sahaja, tukang kebun nak experiment macam mana bulb ni akan survive dengan sendirinya mengharap air hujan sahaja dan lokasi mana paling ianya bahagia. Tukang kebun tak sempat nak ulangkaji pasal sifat nerine ni, rupanya pokok jenis bawang ni, dia tak keluar daun dulu, berbunga baru keluar daun patutlah tak disangka ianya berbunga bila tukang kebun bercuti dari kebun. Gambar di atas adalah dari gambar asal tuan yang membiak bawang Nerine Aurea ni.
Dalam bahasa Cina, nama bunga ini kalau diterjemahkan ialah 'tiba-tiba bumi ini tersenyum'. Patutlah bagi kejutan yang tak diduga tapi warnanya sungguh garang dan menceriakan. Disebabkan jurugambar-jurugambar lain yang ambil gambar, jadi nampak blur and out of focus. Tapi rasanya sebab warnanya sungguh terang keemasan agak challenging juga nak ambil gambar pada lokasi ini lebih-lebih lagi jurugambar semuanya ambil gambar pakai handphone sahaja. Mama tukang kebun berkenan sangat agaknya minggu dia kembali ke kebunnya Sungai Buloh, ternampak pokok bunga ini kembang sebab kami perasan Nerine Aurea berbunga bila tengok ada gambar ni dalam facebook mama tukang kebun. Tersenyumlah Tuan Kebun Bahagia Bersama balik ke rumah tengok bunga ni. Gambar ini versi diambil dengan mobile iPhone.
Yang ini pula versi gambar ambil dengan htc smartphone. Tak boleh komen banyak-banyak pasal gambar-gambar blur nanti merajuk pula jurugambar sementara ambil gambar semasa tukang kebun bercuti. Itupun kena upah gambar Abbiyana baru dapat gambar-gambar. Moga yang belum berbunga lagi, tunggu kepulangan tukang kebun. Pokok bunga nerine keperluan airnya tak banyak, kalau tak hujan sekadar 3 hari siram sekali pun InsyaAllah boleh survive, tukang kebun tak pernah siram harapkan hujan sahaja memang betul keperluan airnya adalah tidak banyak. Cuma tukang kebun pelik lokasi yang berbunga dahulu adalah bawang yang ditanam di kawasan yang menerima kurang cahaya matahari secara direct. Kawasan ini pun kalau hari cerah dapat paling banyak pun 4 jam cahaya matahari. Bawang Nerine Aurea yang sedang berbunga ini tukang kebun cacak dekat bawah pokok bunga kemboja selepas kawasan ini diletakkan baja kambing. Tapi bunga gladioli tak suka kawasan ini, lambat pertumbuhannya berbanding kawasan lain, gladioli nak kena ada cahaya matahari banyak.
Gambar ni kalau tengok macam kena photoshop kan? Keemasan sangat nampak bunga Nerine Aurea ni tapi sebenarnya tukang kebun tak edit pun gambar ini memang bunga tu nampak macam itu. Ketinggian pokok bunga Nerine Aurea di sini agak-agak lebih kurang 40cm. Syukur alhamdulillah percubaan tanam Nerine Aurea ini membawa hasil yang membahagiakan. Bila balik tukang kebun ada semangat nak tanam balance bawang-bawang Nerine yang masih bertapa dalam kotak sebab banyak projek dekat kebun tak done nak tanam semua stok bawang-bawang lagi.
Selalunya kalau Tuan Kebun Bahagia Bersama balik mesti projek gotong-royong potong rumput. Tapi area ni dah dipotong rumput masih semak je tukang kebun tengok. Bila tukang kebun mengamati gambar ...mmmm...patutlah ada anak-anak pokok white butterfly (Clerodendrum calamitosum) tumbuh merata. Ini tugas tunggu tukang kebun masuk balik kebun pindahkanlah ni. Anak-anak pokok white butterfly ni rasanya tumbuh dari biji benih sebab parent plant tu terletak dekat belakang pokok frangipani. Cepat juga anak-anak pokok ni membesar sebab tukang kebun baru selesai pindahkan anak-anak pokok white butterfly bulan lepas di kawasan ini.
Bila open for sale .. K Mar nak bulb ni..
BalasPadamLama lagi kut kak Mar tengok camne cepat pokok ni membiak.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamAlamak sorry si Abby ni tekan apa jadi cam gini. InsyaAllah bila dah beranak pinak bulbnya.
Padamkalau dah cantik..amik dengan medium apa pun nampak cantik...mcm kelopak bunga orkid
BalasPadamJanggutnya tu menarik...hehehe.
PadamMemang cantik. Teringat bunga semarak api. Hmmm apa ye nama omputihnya dah lupa pula... Flame tree?
BalasPadamSaya pun macama Kak Mar, minat juga bulbnya ;-)