Halaman

Ahad, 14 April 2013

White Butterfly (Clerodendrum calamitosum)

 Penjajah Tanah Malaya memanggil pokok bunga ini White Butterfly bush kerana pokok bunganya rajin memberikan banyak bunga kembang seperti rama-rama putih. Bukan sahaja bentuk bunganya menarik tapi bunganya juga berbau harum terutama di lewat petang. Nama jawanya dikenali sebagai Kembang Bugang. Bunga ini berasal dari Asia Tenggara tapi lebih biasa kelihatan di Jawa. Kali ini tukang kebun elak dari memanggil pokok bunga white butterfly dalam bahasa sebagai pokok melur susun bagi mengelakkan kekeliruan dari segi perubatan. Pokok melur susun dah banyak jenis dikategorikan mengikut susunan lapisan bunganya. Tetapi bagi perubatan untuk mengelakkan kesilapan dalam menafsir dan mengelakkan dari mengingatkan pokok-pokok melur susun adalah sama species, kita kena juga tengok nama scientific atau nama latin/botani yang diberikan kepada setiap jenis bunga yang dipanggil pokok bunga melur susun. Sebagai contoh, nama latin/botani yang diberikan kepada pokok bunga 'Kembang Bugang' ialah Clerodendrum calamitosum.
 Daun pada batang pokok Kembang Bugang adalah berwarna lebih pekat dari daun di batang yang muda.  Pada pucuk daun, bunga white butterfly yang akan kembang tidak lama lagi. Pokok bunga Kembang Bugang tidak memerlukan banyak perhatian dalam penjagaannya tapi rajin berbunga. Salah satu point bagus pokok Kembang Bugang ialah ia boleh juga hidup di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari  ~ 4 jam dalam sehari. Oleh itu, bagi gardeners yang mempunyai kawasan yang menerima separa cahaya matahari yang tidak produktif, boleh cuba menanam pokok Kembang Bugang untuk memeriahkan tempat tersebut. Setelah kuntuman bunga white butterfly luruh, yang menariknya tinggallah 'sepal' di belakangnya berwarna merah seakan bentuk bintang merah. Kadangkala tumbuh buah berbentuk guli berwarna merah pekat (tak jumpa gambar dalam archives tukang kebun). Buah pokok Kembang Bugang juga mempunyai kegunaan dalam perubatan traditional. Dulu tukang kebun ingat pokok Kembang Bugang adalah sekadar hiasan sahaja, tetapi seronok tukang kebun dapat menimba ilmu dari Dr. Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din mengenai kegunaan perubatan pokok Kembang Bugang ini yang ada juga dicatit di blognya 'Yang Mekar ditamanku'. Jika bercuti ke Pulau Langkawi dan berkesempatan lawatlah HerbalWalk Pak Din, pasti dapat menimba banyak ilmu mengenai perubatan tradisional yang diperolehi dari pokok atau herba tempatan kita. Yang kita panggil 'weed' dalam kebun pun ada nilainya dalam perubatan. Pak Din juga yang membantu tukang kebun ID pokok Kembang Bugang supaya tidak tersilap.
 Tukang kebun sebenarnya nak rekodkan tumbuh-tumbuhan apa di dalam kebun yang dapat membantu merawat gigitan ular. Kebun di Sungai Buloh ni sangat 'animal friendly', jadi binatang yang tak berkaki pun suka melepak terutama pada kawasan teduh bila musim panas. Akhir bulan lepas, sambil termenung tengok sudut ini memikirkan perkembangan pokok dalam pot berair ada ikan guppy tu, rasa macam mata ni main-main kut macam terlihat ada benda menyusur di belakang pasu berwarna belang kelabu. Kaki tukang kebun baru rasa nak bergerak nak perbetulkan pokok-pokok, tapi secara automatik badan ni berhenti bergerak. Sebab dari cara daun yang bergerak-gerak, bukan si tupai yang selalu teman dalam kebun. Tiba-tiba terkeluar kepala warna kelabu dekat dengan pasu yang ada pokok langsuair adalah juga nak dekat 2 inci lebar muka binatang yang tiada kaki. Beberapa detik hang pandang aku, aku pandang hang, pastu si Ular pun reverse balik dan hilang dari pandangan. Ular ni pun cerdik sebelum kami berdua terperanjat atau jadi keadaan panik kalau tukang kebun sibuk belek-belek kawasan tanaman yang dia sedang lepak tak perasan, dia pandai bagi salam dekat Tukang Kebun dulu. Natural instinct tukang kebun pada masa itu pun tak de rasa yang membahayakan.
 Balik kepada pokok 'Kembang Bugang', seperti yang direkodkan dalam blog Pak Din, akar pokoknya boleh membantu merawat gigitan ular dengan mengambil akar bersaiz lebih kurang ibu jari dan kunyah, air kunyahan ditelan dan akar yang telah dilumatkan ditempel pada tempat yang terkena gigitan ular. Selepas kejadian, tukang kebun rajinkan diri belek-belek pokok-pokok White Butterfly dalam kebun nak ingat posisinya. Kemudian tukang kebun perasan ada beberapa anak pokok White Butterfly yang dah tertumbuh sendiri di luar kawasan bermakna tempat yang nanti kena gelek dengan mesin rumput. Jadi tukang kebun pindahkan pokok-pokok tersebut ke tempat baru dan dalam bekas-bekas kitar semula juga.
  Di lokasi yang diambil gambar di atas juga ada pokok bunga dari keluarga Clerodendrum juga iaitu pokok bunga pepanggil (Clerodendrum paniculatum)

 Tukang kebun ada beberapa anak pokok White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) yang bukan dari keratan batang tapi dari pembahagian akar extra dapat ditawarkan bulan ini untuk gardeners yang inginkan pokok ini di taman mereka juga. 

~ White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) ~
1 pokok (RM7).

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

9 ulasan: