Halaman

Khamis, 2 Mei 2013

Anak pokok sayur manis

 Sayur manis dikenali dengan banyak nama seperti cekur manis atau asin asin. Di Sabah sayur manis sangat popular. Tapi balik hari tu mungkin bukan musim tak nampak di tamu atau habis sudah dipajak oleh orang tengah di awal pagi. Tukang kebun perhatikan di kawasan perumahan banyak juga orang menanam sayur manis di taman mereka. Sayur manis tukang kebun suka masak simple sahaja goreng dengan telur. Di Semenanjung Malaysia, sayur manis selalu dibuat masak lemak. Pokok sayur manis boleh tumbuh tinggi melebihi 2 meter. Sayur manis amat mudah ditanam melalui keratan batang. Sekiranya ada gardeners yang teringin tanam sayur manis tetapi telah gagal beberapa kali menanam melalui keratan batang, tukang kebun ada beberapa anak pokok sayur manis yang tumbuh dari biji seperti beberapa contoh dalam gambar di bawah ataupun dari keratan.

~Anak Pokok Sayur Manis~

1 anak pokok sayur manis (RM5)+ kos penghantaran (RM10 = RM15 .
3 anak pokok sayur manis (RM10) + kos penghantaran (RM13) = RM23 .
Setiap pesanan akan disertakan 5 keratan pokok sayur manis juga.

Tiada penambahan kos penghantaran jika ada sertakan pesanan biji-biji benih.

Boleh campur 3 pokok (RM10.00) , dengan

Sayur Manis  (asin-asin)

atau

Pokok Kari


10 ulasan:

  1. Diana...aida nak satu pokok diana...mmg teringin sgt nak tanam pokok ni. Asik makan kat kedai je.hehe

    BalasPadam
  2. sy perhatikan pucuk manis kat kebun ni ada warna putih ditgh2nya, lain drp yg sy tanam, ada beza ker?

    BalasPadam
  3. Aida ~ Boleh saya reservekan satu. Pokok sayur manis ni mudah jaga, kami punya banyak terbiar je dalam kebun hidup sendiri.

    SmRose ~ Saya pun perasan ada perbezaannya. Ada kawan kata yang Sabah punya sayur manis lain sikit. Atau mungkin sebab banyak pokoknya tumbuh sendiri dari biji-biji benih yang ranum yang jatuh mungkin ada variasi sedikit berbanding dengan sayur yang ditanam melalui keratan batang.Dari keratan batang biasanya klon. Jadi nampak di belakang kebun ada juga pokok-pokok sayur manis yang tinggi bertompok dan ada yang tidak.

    BalasPadam
  4. Ibu Qistina ~ Boleh tukang kebun reservekan.

    BalasPadam
  5. Ini sayur manis mcm pucuk paku tu ke? Rangup yg byk di sabah tu? Kalau ye sy nk beli? Mcm mana cara?

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Nurul Azwani.

    Kalau di Sabah sayur dalam posting ini dikenali sebagai sayur manis.
    Kalau pucuk paku orang Sabah panggil pakis.
    Jika berminat boleh menghantar pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) for further info.

    BalasPadam
  7. Kalau pucuk manis sabah saya nk beli enihnya

    BalasPadam
  8. Saya nak order 3 anak pokok.

    BalasPadam