Halaman

Rabu, 1 Mei 2013

Kacang Tanah 'Tadong'

 Kacang Tanah adalah salah satu tanaman komersial yang banyak ditanam dari biji benih yang telah diubah genetiknya (GMO) untuk tahan serangga perosak dan lain-lain dugaan. Mana tak pentingnya keluaran tanaman kacang tanah, untuk negara barat terkenal dengan peanut butternya. Manakala di Malaysia apa kurangnya sebab kacang tanah adalah bahan utama untuk buat kuah kacang. Mana syok kalau makan satay tanpalah kuah kacang. Yang membimbangkan dan menjadi tanda tanya selalu ialah ketiadaanya label GMO pada kacang tanah yang asalnya tumbuh dari biji benih GMO. Kalau di Semenanjung Malaysia jarang sekali nampak di pasar petani yang menjual kacang tanah baru dituai. Gerai jual kacang tanah rebus banyak dan favourite persinggahan papa tukang kebun.
 Kalau di Tamu Sabah juga nak kena pusing-pusing mencari petani yang menjual kacang tanah. Kebiasaanya di Tamu Tamparuli, kacang tanah yang dijual oleh petani masih segar baru sahaja mereka gali untuk dibawa ke tamu. Bila pegang tanah yang masih melekat di kulit kacang tanah, boleh rasa tanahnya masih moist lagi , petanda betapa masih segarnya kacang tanah yang dijual. Kalau nak beli kacang tanah tak boleh datang lambat cepat sahaja habis. Inipun gara-gara selalu lambat sampai ke tamu tukang kebun dapat jumpa kacang tanah terakhir yang dijual selepas pusing 2 kali. Itupun pada mulanya, tukang kebun blur (pagi jenis blood pressure rendah macam reptile) dah nampak kacang, dah jalan 10 minit baru terfikir nak reverse balik sebab baru teringat tak de nampak petani lain jual sejak tukang kebun sampai tamu. Bila sampai kembali ke petani tu, tinggal satu tompok sahaja rezeki untuk tukang kebun pada hari tu (hasrat sebelum tu nak pajak semua kacang tanahnya). Kemudian berlegar di kawasan tamu nampak one lady duduk di sebelahnya ada satu plastik saiz biasa macam kat supermarket penuh kacang tanah, mama tukang kebun tanya berapa jual kacang tanah ni?....Oppsss rupanya lady tu yang dah pajak beli banyak kacang tanah organik nak tanam di kebunnya dari Tamu. Minggu depan jumpa petani yang sama, petani tu tak de jual kacang tanah katanya baru je dia menanam balik dan adapun di kebun masih kecil lagi. 
 Jenis kacang tanah organik yang tukang kebun dapat dari petani kampung tersebut ialah kacang tanah 'Tadong'. Warna kacangnya bila fresh dikopek warna merah hati. Boleh lihat perbezaan 2 jenis kacang tanah organik yang kami dapati dari Sabah, satu warnanya dipanggil dalam Dusun Kadazan 'Taragang' dan satu lagi 'Tadong' (nampak lain sedikit warna apabila ditangkap melalui camera). Kebetulan pula nama sebenar mama tukang kebun pun 'Tadong' diberi nama tersebut oleh ibubapanya sebab bila mama lahir pipinya  yang putih warna 'Tadong' kemerah-merahan. Biji benih kacang tanah 'Tadong' yang ditawarkan kali ini pun dibersihkan oleh tangan sejuk mama tukang kebun semasa tukang kebun sibuk dengan urusan di JPN.

~Biji Benih Organik Kacang Tanah 'Tadong' ~

Anggaran 20 seeds satu pek (RM3.00).

17 ulasan:

  1. Simpankan 1 pek untuk eila yerk.

    BalasPadam
  2. nampak sedap tengok kacang tadong tuh ..teringin gak nak cuba..:)

    BalasPadam
  3. Salam. . Simpan kn saya 3 pek. . Pagi td baru gali kacng tanah pas2 terus rebus. . Dalam hati tuhan je yang tahu betape nikmatnya. . .;)

    BalasPadam
  4. kacang tanah 1 dear

    linna_linn@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Salam bahagia Diana,

    Saya nak order satu pek ya.
    Samiah- red_888_soul@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Pls reserve for me 1 packet. Tq. Angel Lee

    BalasPadam
  7. Salam nadia, nak 2 pek. Terima kasih

    Bib_Mohamed

    BalasPadam
  8. Asslmkm Diana, saya nak satu pek ye.tq

    my email: sumymalik@yahoo.com

    BalasPadam
  9. Salam..avia nak satu pek diana.thanks

    BalasPadam
  10. salam diana,

    nak 3 pek. nak tanam kacang keliling rumah.

    BalasPadam
  11. Macam mana nk contact utk bli bnih kacang tanah ni...no sya 0136447720

    BalasPadam
  12. Macam mana nk contact utk bli bnih kacang tanah ni...no sya 0136447720

    BalasPadam