Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

Large Italian Leaves Sweet Basil

 Kali ini tanam sweet basil terkejut pula tukang kebun, antara jenis-jenis sweet basil mahupun jenis basil yang lain pernah dicuba tanam kali ini daun sweet basil sungguhlah besar. Sebagai perbandingan, tuaian daun dari pucuk pokok Large Italian Leaves Sweet Basil yang bersaiz average bersama dengan bunga telang dan buah markisa. Amat ketara saiz daun Large Italian Leaves Sweet Basil dari bunga telang. Dengan buah markisa pun nak seakan sama panjang daunnya.
 Semasa umur pokok Large Italian Leaves Sweet Basil muda mula membesar pun daunnya dah nampak ketara besar. Jenis basil ini tukang kebun dapati amat mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan banyak. Pokok Large Italian Leaves Sweet Basil yang kami tanam ini hidup bahagia menerima cahaya matahari yang penuh dari pagi hinggalah petang dan tukang kebun tak pernah siram harapkan air hujan sahaja.
 Setelah sebulan ditinggalkan pokok Large Italian Leaves Sweet Basil, terkejut tengok betapa besar dan tinggi pokoknya tumbuh. Letak tukang kebun Rayyan yang 3 tahun lebih boleh tenggelam dalam pokok-pokok basil ini. Pokok-pokok lain dah tak nampak bayang dan dilindungi sepenuhnya oleh pokok-pokok Large Italian Leaves Sweet Basil.
 Bunga pokok basil menjadi tarikan kepada pollinators. Pokok-pokok jenis sweet basil atau basil-basil lain mudah 'cross-pollinate', sekiranya ingin menyimpan biji benih tulen elakkan dari pokok-pokok basil yang jenis lain dari berbunga serentak.

 Tuaian biji benih fresh Large Italian Leaves Sweet Basil bulan ini di dalam Kebun Bahagia Bersama in progress.

~Biji Benih Organik Large Italian Leaves Sweet Basil ~

Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

13 ulasan:

  1. Besar betul daun nya...Diana guna utk masak apa..itu bunga Kemboja ke cntik!

    BalasPadam
  2. Salam diana..avia nak 2 pek.thanks.

    BalasPadam
  3. Kak Mar & Avia ~ InsyaAllah diusahakan masih dalam seed pod lagi.

    Nadia~ Ya bunga kemboja. Bunga kemboja pun boleh makan tapi kami buat hiasan je. Biasa masukkan daunnya bila masak dish ayam macam ayam masak merah.

    BalasPadam
  4. Salam ,nak 1pek
    Suzila

    BalasPadam
  5. jika masih ada stok, saya nak satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Seri7ujuh. Baru saja saya tuai benihnya.

      Padam
  6. Salam diana akak nk jgk 1 pek.tk(kfaiza)

    BalasPadam
  7. Salam Kak Faiza.
    Boleh masih banyak stoknya sebab masih dituai continuously.

    BalasPadam
  8. salam..saya nak order 1 pek..macam mane ye
    sham_ql@hotmail.com

    BalasPadam
  9. Hi, saya guna Alliance Bank, macam mana nak buat payment?

    febetheninjah@gmail.com

    BalasPadam
  10. sy dah lama nak tanam basil ni.sy nak satu paket,boleh email
    ke shiryuki1992@gmail.com untuk bayaran

    BalasPadam