Halaman

Khamis, 9 Mei 2013

Mahkota Dewa

  Pokok mahkota dewa dikatakan banyak membantu dalam mengurangkan atau mencegah pelbagai penyakit sebagai ubat tradisional. Elok dapatkan juga nasihat pakar. Buahnya apabila ranum berwarna merah hati tidak boleh dimakan begitu sahaja dikatakan beracun terutama bijinya. Jadi perlu diproses dengan mengupas isinya atau diracik dan buang bijinya. Isinya dikeringkan dahulu sebelum dibuat teh.
 Bunga pokok mahkota dewa berwarna putih sangat cantik juga. Setakat dalam pemerhatian tukang kebun pokok mahkota dewa berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim. Pokok mahkota dewa selesa juga hidup di tempat yang mendapat separa cahaya matahari.


~Anak Pokok Mahkota Dewa~

1 pokok (RM8) + Kos penghantaran Pos Laju (RM10) = RM18.

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

2 ulasan:

  1. salam..mcm mn nk bg berbuah tuh ye..saya ada satu pokok..tp lum berbuah..bila naik tunas daun...lepas tu dia kering..masalah apa ya? saya tanam dlm pasu

    BalasPadam
  2. Zifa~ Pokok mahkota dewa nak kena matang pokoknya baru mula berbuah. Ataupun dalam tanah pasu mungkin ada anai-anai atau semut yang mengganggu pertumbuhan pokok. Mungkin boleh intai. Kadangkala gangguan bekalan air tidak mencukupi atau tidak dapat diserap dengan baik oleh pokok menyebabkan tunas daun kering.

    BalasPadam