Seperti rakyat Malaysia maklum, kebanyakkan bawang merah atau bawang besar yang ada di pasaraya ataupun di pasar adalah bawang-bawang yang diimport dari negara India. Sehari sebelum tukang kebun kembali ke kebun Sungai Buloh bulan lepas, tukang kebun sempat pergi ke Tamu Tamparuli sekali lagi. Semasa membeli-belah dekat favourite place tukang kebun ini, tukang kebun ternampak beberapa tompok bawang merah yang nampak fresh macam baru sahaja dituai. Dalam pandangan mata tukang kebun nampak very 'rosey' dan 'bling-bling' lah. Instinct tukang kebun rasa tidak mungkin ini bawang import dari India sebab nampak segar macam pengalaman tukang kebun tuai bawang merah yang ditanam sendiri dahulu. Memandangkan di Tamu Tamparuli ini yang menjual sayur-sayuran adalah berbangsa Dusun Kadazan, seperti biasa tukang kebun minta mama yang berbicara. Tukang kebun banyak bagi senyuman sahaja. Memang bawang-bawang merah ni nenek yang perkasa inilah yang menanam.
Mama tanya nak beli berapa, tukang kebun kata pajak semua. Manalah nak dapatkan bawang merah organik yang local dan lagi segar dengan mudah di Malaysia ni. Tengok nenek ni badan maintain sahaja dan masih giat berkebun lagi sambil menjual tanaman dari kebunnya, entah tukang kebun bila dah sama umur dengan nenek ni boleh berkebun ke tidak lagi. Nenek ni tersenyum agaknya sebab hasil jualannya dah nak habis sudah di hari tersebut. Seperti biasa, mama tukang kebun mesti kata anaknya nak cuba tanam boleh ajar anak saya sedikit ilmu. Bawang merah nak tanam mudah sahaja, tolak je masuk bawang ke dalam tanah tapi jangan tertanam semua, elok ada 1/2~2/3 bahagian sahaja dalam tanah dan ada bahagian yang tersembul keluar. Kalau bawang semua ditutupi tanah takut bawangnya tak beranak-pinak. Nanti lebat daun sahaja. Nenek yang menjual bawang tersebut kata bawang yang dia jual ini berusia dalam 3 bulan. Memang masih kecil-kecil baby saiz lagi, bawang merah yang dijual tapi rasanya sedap ada manis-manis. Tukang kebun tak beberapa menggemari bawang merah yang diimport selalu rasa pedas semacam dari kecil lagi sampailah merasai betapa sedapnya bawang merah yang ditanam sendiri. Sekarang ni rajin buat sambal belacan sebab ada bawang merah dan cili padi segar serta belacan fresh dari Sabah.
Jadi tukang kebun pilih yang mana bawang saiz besar dari tuaian Nenek tadi untuk membuat percubaan menanam bawang merah di kebun Sungai Buloh. Menanam bawang merah untuk tuaian bawang tidak remeh, tidak perlu pun membuka kulitnya, cuma pilih bawang merah yang bersaiz besar untuk menanam. Bawang merah cuma ditolak masuk sedikit dalam tanah. Sekiranya hendak bawangnya, elakkan dari menuai daunnya supaya bawang ada tenaga hendak beranak-pinak bawang-bawang baru. Syukur alhamdulillah minggu ini tukang kebun nampak ada pucuk baru keluar dari bawang-bawang merah yang ditanam dengan mengharapkan air hujan sahaja. Semoga bawang-bawang merah ini dapat hidup sendiri dengan bahagianya mengharapkan mother nature.
Bawang merah juga dapat menghasilkan bunga. Tapi kalau nak bawangnya besar, bunganya hendaklah dipotong. Ini adalah bunga dari bawang merah (shallot) jenis 'Matador' yang pernah tukang kebun tanam dahulu. Kebiasaannya bawang merah (shallot) ditanam melalui bawang dan bukan biji benih. Manakala bawang besar (onion) boleh juga ditanam dari bawang ataupun biji benih.
bawang ni ade jual x..? :)
BalasPadamWoww..kagum ngan nenek gagah tuh...sy pun ade cita2 nak tanam jugak bwg merah kecil tuh..kat sini bwg merah mmg takder dijual..bgw merahbesar yg import pun tersangatlah mahalnya...
BalasPadammemang kagum lah dgn nenek tu...so sweet! agak2 berapa umur nenek ni?
BalasPadambanyak kali juga saya cuba tanam, ada yg jadi tapi byk tak jadi. sekarang dah boleh agak cara yg sesuai. saya tanam bawang besar dapat bawang merah.
BalasPadamkalau mcm tu semua jenis bebawang elok ditanam separuh untuk hasilkan anak2 bawang...sbb sy tanam bawang..harap daun je banyak..bila dikorek takde bawang pun
BalasPadamHemm..mungkin boleh tanam red big onion yang RM18/kg jual kat tesco tu..boleh buat salad
BalasPadamingat kot for sale bawangnyaa ;D
BalasPadamSalam Diana,
BalasPadamMak Aji pun suka beli bawang yang jenis ini berbanding yang bentuknya bulat macam bawang besar tu sebab rasanya lebih sedap. Kalau dapat yg segar macam ni lagilah sedapnya!
Penah tanam bawang tapi tak tahu kena buang bunganya utk bwg lebih besar.tkasih atas info berguna
BalasPadamSuzila Adham
Salam. Pernah tanam bawang ni. Daunnya sedap digoreng kering dengan 'lada topurak', 'tuhau', ikan bilis,sayur manis & apa-apa pun boleh.Rasanya, Sodaaaap.....
BalasPadamJanna~ Yang ini banyak masuk perut sendiri. Jarang-jarang ada di tamu yang menjualnya sekarang.
BalasPadamUmmuAidan~ Betul susah nak cari bawang merah kecil (shallot) di Jepun ataupun di Australia juga. Bawang merah besar jenis red onion tu banyaklah tapi jarang-jarang dapat.
@na~ Mungkin at least 65 tahun kut nenek ni.
Bawang nak menuai bawangnya memang nak kena ada kesabaran lambat sikit hasilnya berbanding tanaman lain.
Nadia~ Bawang besar (onion), bawang merah (shallot) dan potato onion elok ditanam separuh untuk hasilkan anak-anak bawang. Tapi bawang putih (garlic) kalau clove yang besar elok tanam dalam tanah lebih kurang 5cm.
Dr.H~ Boleh cuba menanam mana tahu murah rezeki.
Awin~ Kalau ramai yang berminat nak cuba tanam bawang ini. Next trip bolehlah Diana pajak kalau ada yang menjual.
Ummu Madihah~
Salam Mak Aji,
Saya pun suka bawang merah jenis macam ini.
Suzila Adham~ Bunganya kena buang kalau nak bawang yang lebih besar.
Kadazan sis TRG~ Memang sedap masak cara sis described.
Jenis bawang ni mmg sedap dan wangi berbanding shallot import, bawang ni bermaharajalela kat tamu-tamu di seluruh sabah zaman dulu tetapi kini setelah kebanjiran bawang2 import maka terpinggir dan hampir2 pupus bawang local ini. Saya ada ke Kundasang2 baru2 ni dan ternampak bawang kampung tersebut lalu saya pajak kesemuanya (3 bungkus), cuti sekolah yg akan dtg akan kerjakannya di atas batas... haha
BalasPadamYa memang makin pupus bawang merah ni disebabkan bawang import Carlz Jafran. Kalau saya pun saya pajak semua. Lagipun bawang kalau disimpan dengan betul tahan lama. Good Luck!
BalasPadam