Halaman

Isnin, 17 Jun 2013

Anak Pokok Ceri Terengganu

 Ceri Terengganu adalah buah nadir Malaysia yang menjadi peminat kelawar, tupai dan burung serta Homo sapien. Bila buahnya masak merah menyala memang mirip macam buah ceri kecuali membentuk gugusan seperti anggur. Tukang kebun dah berapa kali menunggu buah ceri dari yang muda hijau bertukar ke warna merah hati setelah ranum betul-betul, konon-kononnya nak cuba buat jus. Tapi 'right timing' selalu kalah dengan peminat-peminat buah ceri yang lain. Ada yang kata buah Ceri Terengganu ini rasanya manis kelat. Kalau masak betul rasanya mesti manis sebab gugusan Ceri Terengganu boleh lenyap tanpa kesan begitu sahaja. Kuat betul deria kelawar pada waktu malam mencari makanan.
 Ceri Terengganu ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan bacaan seterusnya boleh lawat laman lain mengenai penggunaan dan khasiat buah ceri Terengganu (klik sini).
 Bunga ceri Terengganu juga sangat lawa mengingatkan tukang kebun kepada pokok-pokok adik beradik keluarga ceri seperti pokok bunga sakura (cherry blossom). Bunga sakura warna merah jambu tapi bunga Ceri Terengganu merah menyala. Rindu tengok bunga sakura, tengok Ceri Terengganu.
Mari zoom in tengok bunga Ceri Terengganu.
 Pokok Ceri Terengganu boleh hidup di kawasan yang menerima separa cahaya matahari. Rasa macam teringin nak piknik setiap tahun di bawah pokok sakura yang berbunga di zaman student di Jepun dahulu. Tapi kalau piknik kat bawah ni macam dikerumun oleh angsa-angsa dan itik-itik di kebun semua nak makanan. Takpelah sambil weeding dekat petak-petak menanam di sebelah pokok Ceri Terengganu bolehlah cuci mata rehat tengok buah dan bunganya. Pokok ceri Terengganu kelihatan seperti pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan juga. 
 Sangat unik pucuk muda Ceri Terengganu berwarna ungu.
 Kali ini yang pandai-pandai sendiri rajin membaja batch anak pokok Ceri Terengganu yang ditawarkan kali ini adalah Si Turkey handsome bersama 2 ekor ayam mutiara (mereka bertenggek di atas fence yang bawahnya ada anak-anak pokok). Dekat dasar bekas juga dah dibubuh Turkey manure juga.

~ Anak Pokok Ceri Terengganu ~

1 anak pokok RM10.

Kos penghantaran satu pokok RM10.

32 ulasan:

  1. nama je org Terengganu, x pnh mkn ceri Terengganu nii :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gina- Saya balik Ganu tapi tak nampak pokok ni lagi. Mungkin sebab saya tak berjalan lagi banyak di Terengganu. Mungkin di Muzium ada pokoknya

      Padam
  2. sy terpikat dgn ceri ni, teringin nk tanam tapi malangnya tak de kawasan, kena beli tanah baru ni....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. SMRose -Nanti pencen bolehlah pindah kawasan luas sikit ada lebih masa nak teroka menanam pelbagai. Pokok ceri dekat rumah ni tak delah besar sangat sebesar pokok nam nam je. Mungkin boleh pruning jadi bonsai hehehe. ..

      Padam
  3. Balasan
    1. Narshifa- Saya tak pastilah. Tapi mungkin boleh dicuba cuma nak rajin trim kut.

      Padam
  4. Banyaknya tumbuhan exotic di rumah Diana. Kagum sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SriKota Garden-Diana pun tak habis teroka apa yang ada dalam kebun ni lagi.

      Padam
  5. dapat kirim anak pokok
    ke sarawak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bean boleh email kami untuk arrangement shipment ke Sarawak.

      Padam
  6. Balasan
    1. Boleh Zairee email kami untuk membuat pesanan (kebunkmg@gmail.com ).

      Padam
  7. ade lg tak stok anak pokok ceri ni...blk ganu pun dah xjumpa pokoknya...

    BalasPadam
  8. Ada satu ready stok untuk bulan ini CT AJU. Boleh email (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  9. Masih ada stok? Sy nk.. bleh cod ke sbab duk ganu gk

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Mat Zul.

    Bulan ini ada stock Ceri Terengganu.
    Kalau ke Terengganu penghantaran via Pos Laju Malaysia dan payment in advance.

    BalasPadam
  11. Salam.. mana nk dptkan pokok ni.. duk kemaman pn x prnah knal pokok ni.. hehe

    BalasPadam
  12. Salam Bahagia.

    Anak pokok ceri Terengganu ada ready stock.
    Boleh buat pesanan ke email (kebunkmg@gmail.com) untuk butiran lanjut.

    BalasPadam
  13. boleh saya tahu di mana lokasi untuk dapatkan pokok ini di terengganu?

    BalasPadam
  14. Salam Bahagia MsAbel Nabila.

    Di Terengganu kami kurang pasti.

    BalasPadam
  15. Bagaimana untuk saya daptakan pokok ceri ni.? Saya sedang mencari daun pokok ceri ni untk tugasan FYP..Harap dapat membantu :-)

    BalasPadam
  16. boss ceri terengganu ada lagi tak?

    BalasPadam
  17. Salam Bahagia MsAbel,

    Kami boleh juga bekalkan daun pokok ceri Terengganu.

    Salam Bahagia Jun,

    Anak pokok ceri Terengganu InsyaAllah hujung bulan ini ada ready stock semula.

    BalasPadam
  18. Bos, saya nak pokok cheri terengganu.

    Sila whatsapp saya 0162570009

    BalasPadam
  19. Salam Bahagia.

    Pokok Ceri Terengganu ada ready stock.

    Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  20. saya berminat .. boleh pm saya 0145488603

    BalasPadam
  21. Salam Bahagia.

    Tiada stock ceri terengganu sekarang.

    InsyaAllah tahun depan.

    BalasPadam
  22. Assalam..ada stok ceri terengganu ke

    BalasPadam
  23. Assalam masih ada ke stok ceri terengganu

    BalasPadam
  24. Salam masih ade lg ke...nk beli pokok

    BalasPadam
  25. Balasan
    1. Kami ada bekalkan anak pokok ceri Terengganu. Boleh contact Nizam untuk maklumat lanjut (0192931340)

      Padam