Halaman

Selasa, 18 Jun 2013

Pelbagai corak daun asin-asin


 Pokok sayur asin-asin atau sayur manis sangat sesuai ditanam untuk kebun yang kecil dan bagi tukang kebun yang sibuk bekerja. Pokok sayur asin-asin tidak banyak memakai ruang kerana pokoknya meninggi dan 2-3 pokok cukup untuk satu keluarga. Pokok asin-asin boleh sebenarnya tumbuh 2 kali ganda tinggi daripada pokok-pokok asin di dalam gambar. Sebab dalam gambar pokok sayur asin-asin telah diberi hard-pruning. Pokok asin-asin yang sudah well-established atau dewasa sangat lasak. Bila selalu dituai, pokok sayur asin-asin akan rajin mengeluarkan daun lagi. Penjagaan adalah sangat minumum dengan pokok sayur asin-asin yang telah berusia, jadi amat sesuai bagi mereka yang sibuk berkerja atau banyak travelling.

 Boleh ditanam di tepi pagar, pernah pokok-pokok bunga telang panjat meliputi pokok-pokok sayur manis tetapi pokok sayur manis masih gah berdiri tanpa masalah sampailah habis riwayat pokok-pokok bunga telang yang menumpang sudah tua sebab tidak dituai bunganya.

 Bulan lepas SMRose dari blog Semua Menjadi yang observant ada tanyakan tukang kebun mengenai daun sayur asin-asin dalam gambar kami nampak lain dari yang biasa. Tukang kebun pun perhatikan daun-daunnya di Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh dan juga baru-baru ini di Kiulu, inilah koleksi jenis-jenis corak daun asin-asin yang tukang kebun ada jumpa dalam keua-dua kebun kami.

Di tengah urat daun berpusat warna putih.
Bintik-bintik putih random bertaburan di atas daun.
Urat-urat daun nampak berjalur hijau terang.
Genetic Variation in work is a wonderful thing.
 Sayur asin-asin bukan sahaja membiak melalui keratan tetapi juga dari biji benih. Di kebun kami kelihatan di bawah kaki pokok asin-asin, anak-anak pokok asin tumbuh sendiri dari biji benih. Anak pokok di bawah yang tukang kebun semai dari biji benih juga kelihatan corak daunnya berbeza dari sayur manis yang biasa didapati di pasar.
~Anak Pokok Sayur Manis (propagate dari biji benih/keratan) ~

1 anak pokok sayur manis (RM5) + kos penghantaran (RM10 = RM15 .
3 anak pokok sayur manis (RM10) + kos penghantaran (RM13) = RM23 .
Setiap pesanan akan disertakan 5 keratan pokok sayur manis juga.



Tiada penambahan kos penghantaran jika ada sertakan pesanan biji-biji benih.

11 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Masya-Allah banyak jenis rupa2nya jenis pokok sayur manis ni ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mak Aji.
      Ya ada pelbagai jenis. Tengok anaknya uang tumbuh dari biji pun cute pelbagai corak.

      Padam
  2. Salam Diana...parcel dh selamat diterima semalam :) TQ.

    Sayur manis msk lemak...sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah Selamat Terima Gina.
      Kami jarang masak lemak putih...hehehe. ..malas parut kelapa nak ambik santan .

      Padam
  3. Balasan
    1. SMRose., terima kasih tarik perhatian tukang kebun.

      Padam
  4. Salam Diana cantik lily tu, simpankan saya dua peket benih tatsoi ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cikgu.
      Lily yang mana satu?
      Saya simpankan tatsoi untuk cikgu.

      Padam
  5. Salam diana
    simpan 1 anak pokok asin2 yg ada jalur putih pada daun . tq

    BalasPadam
  6. Salam Diana
    simpan saya 1 ank pokok cekur manis yg ada jalur putih pada daun ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sis Susilawati.
      Saya simpankan pokok cekur manis yang nampak lain dari biasa jika ada dalam semaian stok terkini.

      Padam