Halaman

Rabu, 31 Julai 2013

Hippeastrum Reticulatum 'Knight's Star Lily'

  Salam Ceria di pagi ini membuka pintu pagar untuk menghantar tukang kebun Ilhan ke tadika seolah itulah makna senyuman lebar yang diberikan oleh hippeastrum jenis ini pemberian ibu mertua tukang kebun awal tahun ini. Setelah melalui musim kering dan sekarang tibanya kembali hujan walaupun bukan setiap hari mulalah mereka bangun nak kembang satu persatu. Dalam pemerhatian tukang kebun, hippeastrum yang tak disiram dan hidup sendiri yang sebenarnya lebih rajin berbunga berbanding yang kena tempias air siraman. Yang jenis kembang sekarang ini tak pernah disiram cukup dengan air hUjan sahaja.


 Walaupun bawangnya ditanam di tanah berpasir sangat poros dan tidak pernah dibaja, masih segar bugar pokoknya di musim panas dan kering. Hippeastrum hidup di kawasan tropical tidak perlu dimanjakan, ianya bahagia di tempat banyak matahari. Cuma over-watering sebenarnya akan mengakibatkan bawangnya mudah reput. Kekerapan siraman air banyak akan seolah trigger bawangnya untuk beranak-pinak menggunakan tenaganya ke situ tetapi tidak fokus untuk menghasilkan bunga. Sebab pokoknya rasa tidak perlu menghasilkan zuriat melalui bunga untuk seeds production tetapi cukup dengan sekadar membiak dengan menghasilkan bebawang berterusan. Masa season yang kering, bersusulan dengan rahmat hujan kebiasaannya boleh trigger hippeastrum untuk berbunga.


 Malu-malu nak kembang pada mulanya.

 Pokok bunga yang sesuai untuk beginners dan mereka yang sibuk kerana tidak perlu penjagaan yang banyak serta tidak perlu siraman sekiranya terdedah penerimaan air hujan. Yang penting matahari dan tanah yang tidak bertakung airnya. Kerana sifatnya yang di kawasan tropika ini tidak perlu siram tukang kebun jadi addicted tambah pelbagai koleksi jenis hippeastrum yang bahagia tumbuh sendiri.

Yang ni kembang melekat bersama. Dugaan puasa hari ni adalah terkena kunci di luar rumah nak kena tunggu hubby balik sambil intai bunga yang tengah kembang ini.

Selamat Berbuka Puasa.

5 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Menarik la bunga ni.Kenapa title entri ni Mr Garfield maybe?

    BalasPadam
  2. cantik bunga nie bila dah kembang..berseri..

    BalasPadam
  3. Salam Shifa,

    Hehehe sebab mula-mula tak pasti namanya, tengah keliru dengan Mr. Garfield atau nama lain.

    Salam UmmuAidanArissa,

    Tukang kebun yang melihatnya pun rasa berseri-seri juga hehehe....

    BalasPadam
  4. cantik sangat... book juga bawangnya ya..

    BalasPadam