Halaman

Selasa, 30 Julai 2013

Mulberry Bush



 Tukang kebun ada menerima pertanyaan mengenai berapa besar pokok buah Mulberry boleh tumbuh kalau dibiarkan tak pangkas oleh Puan Nurul. Kebetulan tukang kebun ke belakang ambil saguhati Rayyan yang sukakan buah Mulberry yang mana dah agak-agak masak. Dah mula hujan lebat sebelah petang ni nak kena check rugi ada yang jatuh buahnya nanti. Sebelah pagi biasanya kalau si Rayyan dan Abby masih nyenyak lagi bolehlah tukang kebun buat kerja luar sedikit. Bila Abby bangun si Rayyan jadi penghibur Nyanyi nada lagu LaLaLa Love Song oleh penyanyi Jepun Toshinobu Kubota yang papanya buat pakai alarm handphone. Sebagai upah dapat Rayyan yang tak puasa break his fast dengan buah Mulberry.

  2 pokok buah Mulberry yang tingginya dah lebih 3 meter yang menunggu giliran untuk dipangkas bila tukang kebun ada masa. Setiap tapak ni ada deretan pokok-pokok Mulberry yang berdua ni pokok Mulberry E dan F. Kebiasaannya tukang kebun selang 2 atau 3 minggu buat pusingan bergilir pangkas pokok buah Mulberry di kebun jadi dapat tuai buahnya continuosly. Kalau tiada laman besar mahupun cuma Container Garden masih boleh lagi ada kebun mini Mulberry untuk pusing-pusing cari dan petik buahnya.


 Boleh tanam pokok-pokok Mulberry dekat-dekat macam ni dalam satu patch. Patch ini cuma dalam anggaran kurang daripada 1 × 0.5 meter persegi in full sun. Rasa-rasanya ada at least 15 pokok dalam patch ini. Bila dah bushy dan meninggi pangkas saja dahan pokok mulberry sampai tahap anak-anak kecil boleh kutip sendiri pun tidak mengapa.

Pokok Mulberry Double Happiness still available -1 bekas -RM7.00

Internet connection tukang kebun still ada problem tengah tunggu feedback provider.
Sorry snail mail ya minggu ni juga dari tukang kebun.
Kiriman dari hujung minggu lepas akan tukang kebun buat hari Rabu ini.

2 ulasan:

  1. Mesti comel si Rayyan nyanyi lagu LaLaLa Love Song. Dah lama tak dengar lagu tu. Nostalgia mengenang masa lagu tu tengah hot.

    BalasPadam
  2. Rayyan ikut nada lagu jelah Sean, senikata dia pandai reka-reka sendiri. Kadang kadang teringin nak dengar lagu lama lama some so evergreen

    BalasPadam