Halaman

Khamis, 15 Ogos 2013

Yellow Lemon Water LiLy

 Salah satu passion tukang kebun tahun ini ialah waterplant sebab terasa hati tenang dan kepala ringan melihat gabungan air dan tumbuhan bersama di dalam taman. Tranquility in the Garden. Gembiranya hati apabila dapat menikmati kembangan bunga yellow lemon water lily di kebun sendiri bulan ini. Yellow Lemon Water lily ini adalah jenis kembang siang. Water Lily juga ada jenis yang kembangnya malam.

 Yang menariknya water lily ini adalah seperti sebuah jam untuk pada hari siang. Sebelum pukul 9 bunganya masih belum menampakkan tanda-tanda hendak kembang.
 Kemudian apabila matahari pun mula naik, perlahan-lahan kuntuman bunga water lily mula membuka kelopak bunganya.
 Bila matahari dah panas menegak di kepala, bunga water lily bangun kembang sepenuhnya. Batang bunganya pun berdiri tegak menaikkan bunga water lily atas dari air jadi bunganya tak terapung terkena air. Kemudian apabila matahari dah mula menurun dan terbenam, perlahan-lahan kelopak bunganya akan kuncup kembali. 
 Begitulah kebiasaan kitaran proses bunga water lily kembang selama 3 hari.

   Terpaksalah kekanda tambahkan koleksi adinda lagi bulan lepas...
   Erkkkk...lepas pindahkan dalam pasu-pasu dah tak ingat dah warna yang mana satu dalam pasu mana satu kena tunggu kembang sahajalah kalau ada rezeki, InsyaAllah.



10 ulasan:

  1. Cantiknya waterlily yellow. Yang ni jenis tropical ke hardy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni jenis hardy water lily Sean sama as yang blooming dulu. 2nd last pic pun hardy but the last one is tropical.

      Padam
  2. wow.. jeles nie, tkng kebun dpt kat mana benihnyer? nk jugak tmbhkan koleksi water plant nieh..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samarinda,
      Yang ni bukan benih local. Tukang kebun transport balik dari kebun lama.

      Padam
  3. Cool. So hardy waterlilies are OK in our climate. Best kalau dapat tanam sb bunga mereka lebih neat and pretty dari jenis tropical

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seems so they seem to do well. Especially the ones we have under the durian canopy. I tested different location in the garden. Beza juga progress and the conditions of growth.

      Padam
  4. Salam,
    subhanallah caanteknya bunga ni!!!selama ni takde langsung minat kat bunga-bungaan air tapi bila Diana share banyak pic dan infonya,terpesona gak hati ni.warna yellow lemon dan bentuk bunganya lawa sangat!Diana tanam dalam pasu/bekas ke mini pond?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Shifa.
      Waterplant memang cantik-cantik.
      Kami tanam dalam pasu je ada yang pasu saiz biasa pun ada. Tapi lubang bawah dah disumbat simen supaya air tak mengalir keluar.
      Dalam pond tak dapat kelulusan dari big boss.

      Padam
  5. water lili ni macammana nak biakkan..??kalau teratai ada bijinya..tak nampak pula biji water lili

    BalasPadam
  6. Waterlily ada seeds. Tapi leceh sedikit nak tuai sebab seed pod nya duduk dalam air.

    BalasPadam