Halaman

Khamis, 15 Ogos 2013

Scarlet Passion Flower (Passiflora coccinea)

 Bunga Passiflora coccinea dari jauh boleh nampak merah menyala memberhentikan langkah pencinta bunga-bunga macam lampu trafik warna merah. Pokok bunga yang juga dikenali dengan nama Scarlet Passion Flower adalah jenis pokok yang memanjat. Tapi pokoknya tak invasive dalam kiraan tukang kebun lebih gentle pergerakkannya berbanding dengan pokok bunga climbing vine lain yang berebut-rebut melingkar naik meninggi di Kebun Bahagia Bersama.
 Seperti kebanyakkan bunga passiflora yang lain, pokok bunga Passiflora coccinea juga sukakan penerimaan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga dengan banyak dan baik. Di tengah-tengah bunga passiflora coccinea ada janggut-janggut berwarna hitam.
 Kalau pergola atau trellisnya berkongsi passiflora coccinea dengan pokok markisa merah yang buahnya untuk dimakan boleh bezakan antara kedua-dua passiflora tersebut. Sebagai contoh di sebelah kanan adalah bentuk daun passiflora coccinea. Manakala di sebelah kiri nampak ketara perbezaan bentuk daun pokok markisa merah.

~ Pokok Passiflora coccinea / Scarlet Passion Flower ~
1 pot RM12.00

10 ulasan:

  1. Yang ni sangat sesuai untuk buat cover pergola. Cepat tumbuh, dan tersangat rajin berbunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok ni nampak rapi sikitkan sebab daunnya tak bushy sangat macam climber lain.

      Padam
  2. Diana, has it ever bore fruit for you? I have never seen their fruit in local specimens, but it is supposed to be green and white like tiny watermelons, and the pulp is edible too (tapi tak tahu sedap ke tidak). They are actually P. miniata, but has been misnamed by many people that it is commonly known as P. coccinea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I have been looking for the fruits before but it has not bear fruits so far. Heard it is edible but not palatable. I have been wondering it looks like P.miniata rather than P.coccinea too. Thanks.

      Padam
  3. Hi. Do u have stock for this? I want 2.
    Also I want Hurricane Lily (Lycoris radiata) x3 bulbs.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Wayne.

    At the moment we don't have stock for this one.

    BalasPadam