Halaman

Ahad, 22 September 2013

Multi-Layer Clitoria Ternatea Tuaian Seeds Segar Semalam

 Dalam gambar perbezaan bunga telang yang multi-layer menindan bunga telang single petal di bahagian bawah. Tak tahulah kalau mata tukang kebun ni rabun atau pelik sikit, tapi tukang kebun rasa bunga telang yang berlapis-lapis kelopaknya adalah biru keungu-unguan. Manakala kalau yang single petal lebih terang biru (Royal Blue) warnanya. Biji benihnya asal dari Sabah dari kebun seorang kakak yang bermurah hati berkongsi biji benih bunga telang dan lain-lain pada awal tahun ini.
 Bunga telang multi-layer di Kebun Bahagia Bersama memanjat pancang style typee yang dikitarsemula menggunakan batang pokok kemuning. Pancang dari batang kemuning yang digunakan ini dah lebih setahun berjasa di tapak ini dan sudah 2 kali season sengkuang melilit ke atasnya masih utuh lagi. Tukang kebun perhatikan pancang yang menggunakan batang pokok kemuning lebih tahan lama dari pancang buluh kuning. Pokok-pokok multi-layer bunga telang tumbuh bersebelahan dengan pokok cili burung yang tumbuh sendiri courtesy of the birds. Syukur alhamdulillah di Kebun Bahagia Bersama tidak perlu kami menanam pokok-pokok cili burung, pokok-pokoknya tumbuh merata di sini sana hasil perkongsian cili burung dengan burung-burung yang melawat KBB. Yang menjadi tukang potong rumput atau tukang weeding di kebun kena melatih mata untuk kenal anak-anak pokok cili burung yang tiba-tiba tumbuh di tempat-tempat yang tidak disangkakan.

~ Biji Benih Organik Open-Pollinated Multi Layer Bunga Telang ~

1 pek anggaran 30 biji benih (RM3.00)

Boleh membuat pesanan di kotak komen atau emel (kebunkmg@gmail.com)

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau MayBank.

6 ulasan:

  1. OK nanti tuai fresh seeds untuk Ibu Qisitina.

    BalasPadam
  2. bleh makan ke bunga telang?

    BalasPadam
  3. Boleh makan begitu sahaja buat salad. Anak-anak kami sambil teman berkebun kutip sendiri snack bunga telang. Baby saya umur 14 bulan pun, abang-abang dia rajin bagi untuk munch.

    BalasPadam
  4. ade lagi tak benih bunga telang multilaer ni? tq.

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia mustikasakti,

    Ada fresh stok baru dituai untuk minggu ini. Boleh email (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam