Bunga balsam adalah bunga yang amat mudah ditanam di kawasan tanah rendah tropika, sesuai untuk tukang kebun baru atau novice gardener. Pokok bunga balsam cepat tumbuh menghasilkan bunga kerana itu sesuai juga untuk menjadikan pilihan pokok untuk cepat mewarnai kawasan yang baru diterokai atau di taman laman rumah yang baru. Sebelum mendapat kesempatan masa untuk planning bakal pokok-pokok idaman yang akan menjadi penghuni kawasan tersebut bolehlah warnakan dengan pokok-pokok balsam. Pokok-pokok bunga balsam yang dibiarkan biji-biji benihnya meletup bertaburan suka hati di taman mudah akan meninggalkan bersilih generasi nanti (self-seed readily). Pokok balsam sukakan belaian sinaran matahari.
Biji benih balsam baka yang ini, tukang kebun ambil dari rumah ibu mertuaku semasa PRU-13. Lepas tu tukang kebun lupa, duduklah biji benih sebelah TV di ruang dapur sampai nak masuk bulan Ramadhan baru teringat. Bila tengok plastik dah terbasah sebab dekat dengan sinki, biji benihnya dah banyak bercambah, cepat-cepat tukang kebun tabur atas tanah. Sekarang ni sementara tunggu 'bawang-bawang' bunga bangun dari tidur, pokok-pokok balsam bantu menceriakan kawasan tersebut.
~ Open-Pollinated Organic Multi-petal Balsam Flower ~
1 packet approximately 50 seeds for RM3.00.
Boleh pesan di kotak komen ataupun (kebunkmg@gmail.com) .
saya nak satu
BalasPadamk Mar nak satu pek..
BalasPadamTukang kebun simpan untuk Awin dan Kak Mar.
BalasPadamSa pn nak
BalasPadamBoleh email (kebunkmg@gmail.com) untuk membuat pesanan.
BalasPadammcm mane nk order?
BalasPadamBoleh bercerita dengan menghantar email ke (kebunkmg@gmail.com) Aina Wardatul.
BalasPadam