Halaman

Sabtu, 14 September 2013

Pokok Puding Belacan (Rendang Negeri Sembilan)

 Pokok yang dipanggil pokok puding ada pelbagai jenis dan warna. Tetapi yang dalam posting hari ini adalah pokok puding belacan yang daunnya adalah salah satu bahan untuk masak rendang style orang negeri. Bila Kak Mar (author suka suka) cerita mengenai daun puding pada hari raya lepas terasa nostalgic teringatkan masa kecik-kecik banyak kali mama tukang kebun minta tolong ambil daun puding. Tapi anak daranya pada masa itu tak kenal, potpetpot mama huhuhu....Papa tukang kebun orang negeri jadi rendang yang dibuat setiap raya memanglah rendang style Negeri Sembilan sebab mama orang Sabah. Rasanya anak-anak dara mama dekat rumah ni pun tak kenal juga mana satu daun puding yang nak pakai untuk merendang.
 Tadaa...tu dia pokok puding yang dipakai untuk masak rendang tu, tinggi melampai sebab dah berdekad-dekad di situ, kalau tak jumpa tak taulah. Patutlah mama potpetpot cakap yang besar pokoknya tu pun tak jumpa ke huhuhu.... Untuk yang suka masak atau adventurous di dapur pokok puding ini sesuai untuk tambahan ahli di kitchen garden.
 Pokok puding belacan ini pun berbunga merah yang menarik (sebenarnya lagi cantik tapi banyak bunganya kat bahagian tinggi tak dapat nak photo shot). Bila order pasar online box kalau teringin nak gunakan daun puding inform sahaja tukang kebun. Biasanya daun assam gelugor, telor itik dan buah nam nam selalunya hot item kena merisik dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Pokok Puding Belacan (Graptophyllum pictum)~
1 Bekas RM6.00 .

 Dah lama tak balik Negeri Sembilan sejak pulang ke tanahair. Jejak kaki pun awal tahun bercuti ke Port Dickson kenangan pertama kali Abby mandi laut. 
 Mari kita menjaga kebersihan pantai dan alam semulajadi negara kita Malaysia. Don't think of yourself but think of others too.
 InsyaAllah Deepavali nanti kami balik Seremban tolong Ain sekeluarga tolong uruskan kenduri perkahwinan berjalan lancar. 

6 ulasan:

  1. Sedap daun ni... kalau direndang memang berebut-rebut makan...

    BalasPadam
  2. SMROSE~ OK tukang kebun reserve kan.

    Kak Mar~ Emmmm...rasa ngidam pula nak cuba pujuk mama masak bila dia balik next week kalau dia ada masa.

    BalasPadam
  3. Salam kak pokok puding belacan ade lagi x?

    BalasPadam
  4. Salam kak pokok puding belacan ade lagi x?

    BalasPadam
  5. Salam Wahidahanafiah, masih ada stoknya boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) .

    BalasPadam