Halaman

Jumaat, 13 September 2013

Red Powder Puff (Calliandra haematocephala)

 Pembentukkan Malaysia masuk 50 tahun, pokok red powder puff di rumah sudah ada hampir 20 tahun. Pelbagai fenomena disebabkan perubahan cuaca telah dilaluinya, banjir besar yang banyak kali dan musim panas kemarau jerebu yang tidak pernah disiram tetap gagah ianya berdiri sehingga sekarang. Kalau daunnya bertukar ke arah ke kuning-kuningan bermakna sudah lebih siram atau banyak air di tanahnya. Jadi musim hujan ni perlu beringat-ingat tidak terlebih siram pokok-pokok di kebun ya kawan-kawan, kalau tiba-tiba daun pokok dah mula menguning bermakna pokok dah mula rasa lemas dengan banyak air di dalam tanah. Sesiapa yang berminat buat rekaan unik membentuk pokok jadi bonsai, pokok red powder puff ini juga boleh dicuba buat bonsai. Mesti menarik sungguh pokok ini jadi bonsai bila bunga-bunga merah yang puffy puffy red itu kembang. Pokok red powder puff di kebun kami bahagia di tempat banyak matahari. Bila sudah matang pokoknya tidak memerlukan perhatian yang banyak. Boleh ditanam di dalam pasu ataupun terus di tanah.
 Bukan sahaja bunga bentuk puff yang menarik tapi putik bunganya yang belum kembang juga sangat menarik macam buah raspberry. Geram tengok bila banyak putiknya keluar terliur teringatkan buah raspberry rasa nak petik-petik sahaja. Bunganya juga menarik perhatian serangga seperti lebah, rama-rama dan ada juga tukang kebun nampak satu species burung suka mencari-cari sesuatu atas pokok red powder puff (dalam gambar bawah semut hitam besar pun sukakannya).
~ Red Powder Puff (Calliandra haematocephala) ~

1 pot for RM9.00 .

For the Adventurous Gardener, Fresh Red Powder Puff seeds is also available upon request in advance.
Approximate 25 seeds for RM3.00

21 ulasan:

  1. Salam Awin,
    Tukang kebun ada booking sepokok for you.

    BalasPadam
  2. Salam, masih ada jual lagi tak benih pokok ini? Ada buat perkhidmatan menggunakan pos?

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Muhammad Fairuz Nawawi.

    Bulan ini kami tiada stock pokok red powder puff.
    Kami biasa hantar via Pos Laju Malaysia.

    BalasPadam
  4. Bminat pokok nie. Ade stock lg x?

    BalasPadam
  5. salam,boleh post x?ad contact number?saya nak benih.boleh pos?ni nombor saya 014506299 zua

    BalasPadam
  6. salam
    saya nk beli benih..boleh post x?ni nombor saya 0145062799 zua.klau anak pokok boleh pos lagi ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Mohd Izva.

      Anak pokok dan biji benih tiada ready stock sekarang

      Padam
  7. Salam Bahagia jomsembang,

    Anak pokok atau biji benih ada ready stock.

    BalasPadam
  8. saya nak sepokok utk ternakan kelulut.call 0143344455

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia Kucen Master.

    Ada 1 ready stock anak pokok red powderpuff.
    Boleh self-collect di Sungai Buloh.
    Enquiry (kebunkmg@gmail.com)

    BalasPadam
  10. Ada stok tak skg, nak beberapa pokok

    BalasPadam
  11. Salam Bahagia Ruszaiman,

    Cuma ada stok yang jenis Thailand Red Powderpuff sahaja sekarang.
    Juga bunganya digemari oleh lebah/kelulut dan saiz bunganya lebih besar.

    BalasPadam
  12. Macam mana cara, sy nak juga ni...

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia Mohd Shariff,

    Further details boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  14. salam tuan kebun, saya ada email bertanyakan lokasi kebun tuan.boleh whatsapp di nombor saya 014-3333654 untuk lokasi.tqvm

    BalasPadam
  15. salam tuan kebun, boleh saya tau loksai kebun tuan? minta whatsapp pada nombor saya 014-3333654...berminat membeli anak pokok dan benih.tqvm

    BalasPadam
  16. Salam Bahagia Zainal Amri,

    Kalau jenis red powderpuff ini kami tiada stock.
    Yang jenis Thailand powderpuff ada anak pokok dalam stock.
    Kami di Sungai Buloh.
    Pesanan boleh email dahulu ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam