Moga Raya Haji minggu ini, semua bergembira bersama keluarga tersayang. Di dalam Kebun Bahagia Bersama Lycoris radiata menyambut dengan girang raya haji bersama-sama tahun ini. Tidak disangka-sangka antara bawang-bawang lycoris yang ditanam, yang paling baru ditanam bersebelahan veteran Lycoris aurea yang bangun dari tidur dahulu.
Jangan risau jika bawang lycoris duduk sahaja diam (dormant) sekian lama bila ditanam sebab memang tabiatnya begitu, the silent ninja. Biasanya lycoris akan terus berbunga tanpa mengeluarkan daun dahulu. Kalau keluar daun dulu tunggu kitaran hidup seterusnya, biar sahaja berdaun hingga dirinya sendiri tahu bila nak terkulai layu setelah cukup tenaga disimpannya untuk musim bunga seterusnya. Bawang lycoris jenis yang suka berjemur di tengah panas, bukan jenis bawang yang perlukan pre-chilling untuk berbunga seperti tulip mahupun daffodil. Cukup sahaja seminggu sekali disiram bila bukan musim hujan.
Lycoris radiata berasal dari kawasan 'warm temperate' di bahagian selatan Jepun, Korea atau China yang tidak ada 'frost' kerana bawangnya dikatakan hanya boleh bertahan hingga suhu 5 darjah Celsius. Kebiasaannya ditanam pada musim panas, dan bangun pada musim luruh bila musim hujan ribut melawat kembali, disebabkan itu di belah benua America diberi gelaran 'Hurricane Lily'. Pokok bunga Red Spider Lily banyak ditanam di tepi sawah padi di Jepun untuk mengelakkan dari binatang perosak mendekati kawasan penanaman padi kerana bawangnya adalah toxic jika dimakan mentah. Binatang adalah lebih arif dan peka terhadap unsur-unsur yang mengandungi racun, untuk menghalang ayam-ayam dan kucing kami dari mencakar rancangan sekarang adalah membina benteng pertahanan dengan bawang-bawang lycoris menjaga tanaman lain yang baru dipindahkan.
Bawangnya boleh makan cuba nak kena masak dan minta tunjuk ajar pakar herba dahulu untuk mengendalikannya. Ianya bukan sekadar pokok hiasan tetapi Lycoris radiata adalah herba ubatan traditional berkurun-kurun lamanya di negara China. Akarnya dikatakan membantu merawat sakit ulcer atau bengkak. Banyak kajian sekarang dijalankan untuk menggunakan bahan semulajadi yang ada dalam tumbuhan Lycoris Radiata seperti galantamine berpotensi untuk merawat pesakit Alzheimer, paralysis dan . Kajian juga dijalankan untuk merawat penyakit seperti tumor dan cancer.
~ Hurricane Lily / Red Spider Lily (Lycoris radiata) ~
1 Bawang RM12.00 (Stok terhad).
Minggu ini mungkin tukang kebun masih bekalkan dalam bentuk bawang.
Tapi minggu depan ada kebarangkalian tukang kebun akan tanam semua bawang lycoris radiata.
Bentuk bawang kos penghantaran adalah lebih murah berbanding dengan yang sudah ditanam.
Macam mana nak order. Kalau boleh nak bank in ^_^
BalasPadamSalam Bahagia Jae Jun,
BalasPadamBoleh buat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.
Bank in boleh ke account no. Maybank/RHB/CIMB.
Masih ada stock? Nak beli sama ada bawang atau yang ditanam pun okey.
BalasPadamSalam Bahagia Kenny,
BalasPadamLycoris tak de stock.
Yang rare item ada is daylily at the moment.
Bolehlah inform bila ada stock nanti. Dah lama cari red spider lily ni. Terima kasih dulu ya!
PadamKalao nak beli biji bunga red spider lily camne? Sebungkus berapa harga?
BalasPadamSalam Bahagia Kenny, Emy,
BalasPadamRed Spider Lily at the moment tiada ready stock.
Hi, i am interested in the hurricane lily, where is your kebun located at? Would like to visit the place.
BalasPadam