Halaman

Jumaat, 11 Oktober 2013

Crinum Kembang Malam Jumaat

Tukang kebun ingatkan crinum jenis ini mula kembang di waktu pagi setelah kena kiss dengan matahari. Rupanya mula kembangnya di waktu malam. Tidak akan tambah ilmu tukang kebun semalam jika secara kebetulan semalam kami keluar menghantar Ilhan ke kelas piano. Terkejut tukang kebun bila keluar dari pintu dapur nak buka frontgate nampak bunga crinum sudah kembang ingatkan esok hari. Adakah disebabkan crinum warna putih kembang malam untuk attract nocturnal creature dengan baunya?
 Pokok bunga crinum ni tangkai bunganya jenis tinggi, lebih tinggi dari Rayyan Haniel yang berusia 4 tahun. Cepat-cepat ambil gambar sebelum menghantar Ilhan.
 Ilhan Mikhail berusia 6 tahun juga nak ambil gambar bersebelahan dengan pokok bunga crinum yang rendah sedikit daripadanya lepas pulang pakai baju tido pun tak betul takut photo session over.
 Terubat pula rindu nak balik Kiulu asal usul Crinum jenis ini dibawa pulang kali terakhir berada di sana June lepas. Papa dan Mama beraya di Sabah, anak-anak semua di Sungai Buloh sahaja. Besar bawang saiz flowering Crinum ini lebah besar dari penumbuk tukang kebun. Pagi ini, bunga crinum ini masih kembang berseri dan putik-putik bunga lain akan kembang menyusul satu demi satu macam nak menyambut Raya Haji.

9 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Cantiknya crinum ni, terutama pada belang pink kat tengah kelopaknya tu! Yang bagus tu kembang malam ya, macam bakawalilah pulak, cuma xlah jam 12 malam.

    Diana raya kat sini dengan adik-beradik ya! Kami pulak balik kampung raya ni, dah dua tahun berturut2 x balik waktu raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mak Aji.

      Memang saya peminat setia bunga.yang dwi-warna hehehe... dah mula gelap mula kembanglah kelopaknya tak perlu tunggu macam bakawali.

      Padam
  2. canttiiiknye...wangi ye diana?

    BalasPadam
  3. Kombinasai warna putih, pink dan sedikit kuning yg cantik. Puas hati bila pokok yang kita tanam menegluarkan hasilnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagia rasanya Kak JunAina tengok ianya berbunga.

      Padam
  4. mana nak dapat bunga nie?

    BalasPadam
  5. canteknya. beli kat mana?

    BalasPadam