Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Pot Pet Pot Petak 1

 Rupa-rupanya ini salah satu puncanya...
 Dah banyak kali ditariknya kemas daun keledek setiap kali operasi mencabut petak tempat weed bermaharajalela tapi meriah je daunnya menjalar memanjat sini sana. Sedang tukang kebun cabut cabut anak-anak pokok hutan tiba-tiba tergali keluar baby keledek-keledek tanpa disangka. Bila tukang kebun ikut akarnya terkejut nampak ada ubi besar tersembul bahagian atasnya keluar nampak macam sengkuang je rupa bentuknya. Rupa-rupanya ubi keledek yang besar dari 2 tapak kaki tukang kebun ini menjadi punca keledek-keledek memanjat segala tanaman dan pagar petak 1. Selalunya setiap kali tukang kebun tanam keledek dalam deretan petak bahagian ini dahulu tak berisi gara-gara digali oleh si tikus sebesar lengan. Kali ini gara-gara keledek tumbuh sendiri sampat petak No. 3 Rimba Roselle pun dijumpai ubi keledek,
 Petak No. 1 ni pun memang ginseng jawa ditarik will come again dengan pantasnya. Setiap kali kemas banyaklah stok akar ginseng jawa diberinya. Kalau rajin dikutip semua tak cukup 1 bakul.
 Di petak No. 1 ni ada pokok limau tinggi. Tukang kebun hairan tengok ada sangkar besar dekat atas dahan pokok limau ni, Tengok rupa bentuknya macam bukan sarang burung. Ada kemungkinan besar ni sarang tikus nak selamatkan diri dari natural predator yang banyak di rumah dan juga uninvited feline suka meronda di bekas sangkar ayam/burung dahulunya. Tak tau kenapa banyak sangat kucing-kucing jantan asyik nak mengorat kucing-kucing betina di rumah. Pokok salak gigantic dekat belakang pun yang banyak berduri si tikus boleh buah sarang.
 Si Putih , Puss next to the boots, kucing jantan paling tua (at least 14 years old) di rumah having siesta. 
 Petak No. 1~3 dah kemas, tengah fikir nak tanam apa yang sesuai yang tak perlu dijaga ikut musim ini. 

9 ulasan:

  1. wah! meriahnya pokok ginseng jawa tu, yg beli kat Diana tu tak tanam2 lagi, bila la agaknya nak tanam yer...hehehe

    BalasPadam
  2. wah! meriahnya pokok ginseng jawa tu, yg beli kat Diana tu tak tanam2 lagi, bila la agaknya nak tanam yer...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ginseng jawa cepat je membesar pastu beranak pinak pun cepat SMRose.

      Padam
  3. Apa kegunaan Ginseng Jawa tu? Ubi tu boleh makan lagi tak, besar betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak JunAina ginseng jawa tu banyak khasiat untuk seisi keluarga. Ubi tu dah keras sangat tua.

      Padam
  4. Besar betul keledek tu diana. rupa pun dah nampak mcm sengkuang.

    BalasPadam
  5. My goodness, besarnya keledek tu. Pandai keledek ni menyorok dari tuan kebun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai dia cari port. Inipun dah tersadai kat atas rak kasut pun dah mula keluar daunnya balik Sean.

      Padam