Halaman

Ahad, 6 Oktober 2013

Sirih Kuning

 Pelbagai jenis daun sirih ada di kawasan Asia, di antaranya jenis yang tumbuh di Kebun Bahagia Bersama ialah daun sirih kuning. Daun sirih kuning yang muda nampak hijau kekuningan, manakala yang tua pun masih nampak hijau kemudaan. Tidak ramai yang masih menguyah daun sireh lagi macam chewing gum. Daun sireh mengandungi khasiat manakala chewing gum tak berkhasiat. Tetapi daun sireh masih banyak digunakan dalam hiasan upacara tradisional ataupun untuk hantaran adat orang Melayu. Kalau wedding planner nak buat hantaran menggunakan pelbagai rona warna daun sireh nampak menarik juga. Masa tukang kebun kahwin dulu 100% bonda yang reka dan siapkan hantaran semua, tukang kebun tukang touch up dan sedia barang hantaran sahaja. Memandangkan bonda masih ada 2 anak dara lagi, tentulah pokok sireh kuning ni akan menjadi penghuni tetap dan setia di Kebun Bahagia Bersama. Berbelas tahun pokok sireh kuning ini setia berpasangan dengan pokok mangga pauh ringan. Kedua-duanya bahagia bersama mengikut konsep 'companion planting' yang baik, pokok mangga pauh ringan berbuah lebat dan sireh kuning tumbuh dengan subur tidak perlu dibela.
~ Pokok Sireh Kuning~
1 pokok RM6.00 .

4 ulasan: