Halaman

Isnin, 7 Oktober 2013

Some Shared Today

 Pesanan yang telah diberi maklum balas confirmation hingga malam semalam yang dihantar melalui Pos Laju Malaysia telah selamat dipos petang tadi. InsyaAllah esok atau lusa sampailah ke tangan tuannya. Sekiranya dalam kotak prepaid Pos Laju tidak melebihi ruang dan berat maksimum, dapatlah kami berkongsi rezeki dari Kebun Bahagia Bersama. Pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama juga kami cuba isi kotak dengan sekurang-kurangnya 5 jenis goodies untuk minggu ini. Hari Sabtu kami sempat kemaskan 3 petak batas tanaman yang dah mula tak terkawal sebelum bergegas ke KLIA menjemput papa tukang kebun kemudian terus menziarah kampungnya di Seremban. Petak No. 1 pesta Ginseng Jawa, banyak sangat pokoknya tumbuh sendiri yang memberikan akar-akar ginseng jawa untuk direbus. Oh tukang kebun tak cuci akarnya terus packing, sebelum rebus dicuci dahulu bersih tanahnya sebelum direbus untuk Si suami minum airnya tak perlu makan supplement untuk merasa cergas. Petak No. 2 pokok-pokok kacang botor dah mula memanjat pokok limau di petak No.1 jadi bahagian yang mengganggu pokok limau sudah dicantas. Petak No. 3, tukang kebun pangkas-pangkas ranting-ranting pokok-pokok roselle yang dah tua. Red malabar spinach yang tumbuh di petak No.3 bersama roselle baru nampak kelibatnya sebab sama-sama merah dengan roselle jadi lupa kewujudannya.
 Di depan pagar Petak No.2, pokok lemon yang buahnya berbentuk bulat dan pointy mula meriah berbuah. Sebab papa balik, tukang kebun tuai yang mana sudah mula menguning untuk ole-ole big boss yang tidak pulang ke Sungai Buloh kali ini.
 Pokok mempelam pauh ringan sungguh meriah berbuah bulan ini, kalaulah ada masa teringin juga nak buat jeruk. Tukang kebun tengok tadi buah masih banyak, tapi dah mula berbunga lagi sekali. Berbaloi beloved husband bagi hard pruning baru sahaja beberapa bulan lalu. Tahun depan nak semak lagi sekali masa dibuat hard pruning dahulu untuk pruning lagi sekali. Kena buat jadual pruning pokok buah-buahan juga ni.  Tukang kebun rasa timing pangkas pokok mempelam tu memainkan peranan yang penting.
 Sebab buah ciku dah ada yang dituai minggu lepas, minggu ni saiz yang besar kurang sedikit tapi buahnya masih banyak di atas pokok. Buah Sawo matang, adik beradik si ciku (sawo) pula kali ni banyak peminat, yang dah diintai masak sudah banyak menghilang nampak tangkai buah sahaja. Dalam kotak order Pasar ada buahnya yang tukang kebun pisahkan dalam plastik tu dan bukan dalam plastik, dah hampir nak masak kalau dah semerbak dan lembut sebab dalam plastik tu tuaian sudah seminggu. Ciku tuaian semalam tu tukang kebun dah polish sikit dengan sabut kelapa supaya bila peram lagi cepat masak. 
 Buah sawo matang yang tukang kebun dah peram seminggu yang mana dah semerbak sampai merekah kulit buahnya, isinya tukang kebun buat jus campur dengan susu pekat, buat ala-ala smoothies pun boleh juga (jangan pandang belakang, counter top dapur tengah berselerak).
Simpan dalam peti sejuk lagi best, kalau blend pekat macam makan yogurt buah rasa.
 Minggu depan tukang kebun belum pasti lagi tuaian apa untuk Pasar Kebun Bahagia Bersama tapi bolehlah kalau nak merisik (kebunkmg@gmail.com).

6 ulasan:

  1. Nampak lumayan sungguh hasil kebun Diana...bestnyer semua organik pulak tu...tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya lebih 50% yang ada di kebun tu hakmilik tupai dan lain-lain Ana.

      Padam
  2. banyak betul hasil...buah ciku..lama dah tak makan! Tak tahu pulak ada pelbagai jenis ciku ni..kalau kat sini ciku/sawo matang adalah benda yang sama...tak pernah tgk buah sawo matang tu sebelum ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah sawo matang ni kurang nampak dah dekat Semenanjung. DI borneo adakala nampqk dijual di pasar Nadia.

      Padam
  3. bestnya tgk...hasil lumayan dr kebun...berbaloi2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nampak ada goodies nak dituai dari Kebun rasa mood up nak berkebun ni CT.

      Padam