Halaman

Jumaat, 29 November 2013

Grafted Oval Lemon Plant

 Bila tukang kebun bandingkan pertumbuhan pokok lemon yang disemai dari biji benih dan secara tut, pembesaran pokok lemon yang disemai dari biji benih sebenarnya lebih cepat dari segi perkembangan ketinggian dan akarnya. Cuma dari biji benih kena tunggu beberapa tahun sebelum berbuah. Tapi sebenarnya untuk pokok lemon yang jenis grafted juga perlu memberikannya masa untuk membesar sehingga satu tahap dulu. Jika tidak memberikan peluang pokok lemon grafted kukuh membesar dahulu ada kemungkinan jangka hayatnya tidak panjang selepas memberikan buah beberapa musim. Pokok grafted yang baru dibiarkan berbuah lebat sebenarnya tidak mempunyai banyak energy terkumpul seperti pokok-pokok yang disemai dari biji benih mengumpul tenaga sehinggalah ia rasa ready untuk berbuah. Dalam bakul atas adalah antara tuaian/kutipan lemon dari Kebun Bahagia Bersama untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang selamat dihantar dari pokok lemon dalam gambar bawah sebelum dituai. Model itik kali ini untuk anggaran besar buah lemon oval berdekatan kolam. Minggu ini tak sempat nak meronda kebun sampai banyak lemon ranum tergolek-golek atas tanah, weed pun dah meninggi di bawah pokok lemon. Sambil tuai/kutip tu sambil tukang kebun cabut-cabut weed kalau tidak tak nampak dah lemon-lemon yang jatuh tu.
 Minggu ini tukang kebun release batch pokok grafted oval lemon dari clone pokok lemon dalam gambar (sebagai kenangan yang menerimanya tahu dari pokok mana dalam Kebun Bahagia Bersama disertakan gambar). Tukang kebun tak pernah spray pokok-pokok lemon yang dibekalkan jadi ada nibble here and there dekat daunnya. Lagipun kalau tengok pokoknya zoom in di gambar atas pun does not look perfect tapi pokoknya menghasilkan buah untuk kami sepanjang tahun, setiap minggu paling kurang pun mesti ada 1 biji boleh ambil. Seelok-eloknya kalau pokok grafted lemon biarkan ianya membesar sekurang-kurangnya ketinggian 40cm baru bagi ia peluang berbuah. Kecil-kecil sekarang pun pokoknya dah mula menggatal nak berbuah, jadi buang bunganya. Memang seronok tengok dah mula berbuah kecik-kecik pokok grafted lemon tapi keseronokkan sekejap, harap bersabar menunggu ianya membesar lagi untuk kutip bilangan berjuta-juta lemon.
~ Grafted Oval Lemon Tree ~

1 Bekas RM25.00  (enquiries kebunkmg@gmail.com).


Minggu depan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih available, antara tuaian yang available dari Kebun Bahagia Bersama untuk dimasukkan goodies: lemon, manggis, rambutan dan lain-lain.
 Manggis tak perlu dipetik, jatuh-jatuh masak ke tanah jadi dibekalkan bukan diperam tapi yang sudah ranum dengan sendirinya. Selalunya pokok manggis yang utama terletak dekat depan pagar rumah selalu tukang kebun curi-curi masa sambil menunggu anak-anak tengah lunch. Lepas mereka habis lunch meal untuk pencuci mulut antaranya buah manggis. Setiap hari minggu ini penuh satu bakul seperti dalam gambar dikutip.
 Minggu ini memang series tanaman bunga putih, tukang kebun tak ada cheating ya sebab pokok oval lemon dalam posting ini bunganya adalah warna putih. Selain itu, gladioli berwarna putih tengah berkembang di Kebun Bahagia Bersama juga.

8 ulasan:

  1. Lemon KBB ni saya letak dalam air masak putih, dalam peti ais, sangat menyegarkan...

    BalasPadam
  2. seronok bila ada kebun sendiri..mcm2 buah dpt dimakan...cantik gladioli tu..akak masih x berjaya lagi dlm membesarkan gladioli...

    BalasPadam
  3. wow!graft...bestyer...nak jugak..order yg lepas tu tukang kebun campur yang ni sekali...

    BalasPadam
  4. Geramnya tgk buah lemon kat kebun Diana tu,,...lagi geram tgk buah manggis......plg geram tgk bunga tu......byknya geram.....hehehe ;)

    BalasPadam
  5. Salam, nak tanya, apa beza lemon ini dengan lemon import. Mana lebih masam?

    BalasPadam
  6. HIjau ~ Ada yang mengatakan kalau setiap pagi minum air lemon(tanpa gula) elok untuk kesihatan.

    Kak Haslinda ~ Cuba tukar medium tanah mungkin tak sesuai untuk gladioli.

    Ratu~ OK tukang kebun dah reserved.

    Lynna ~ Syukur Alhamdulillah triple happiness minggu tersebut.

    Hisham ~ Lemon ada pelbagai jenis. Sama juga dengan lemon import. Kelihatan banyak lemon sekarang di-import dari Afrika. Kemasaman lemon juga banyak bergantung kepada faktor air, pH tanah dan lain-lain.

    BalasPadam
  7. As salam diana, boleh spare utk kak dayang benih gladioli...campur2 warna pun xpe...nnt apa2 diana email jer
    dayang_65@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Kak Dayang.
      Ada saya hantar email.

      Padam