Redup dan rasa sedap hijau di lokasi kebun deretan-deretan pokok yang asal dari benua Amerika Selatan dikenali dengan nama 'Cola de paloma' atau soskia (Xiphidium caeruleum). Pokok ini bunganya berwarna putih macam loceng-loceng yang kecil. Selalunya selepas musim panas dan kering, lepas musim hujan bermula pokoknya mula menghasilkan bunga. Mekar bunganya adalah lama dan kemudian akan menghasilkan buah berwarna hijau. Pokok ini boleh tumbuh sehingga ketinggian 2 kaki menarik dijadikan border plant. Daunnya yang tumbuh mengembang macam kipas seakan membuatkan tanah di sekelilingnya jadi kurang panas seperti prinsip "mulching" secara semula jadi dan membantu mengurangkan sejatan air dari tanah keliling. Disebabkan bentuk daunnya kembang begitu, selalunya di bawah pokok daun Cola de Paloma tersorok daun-daun keguguran dari pokok lain yang akan reput berkitar semula menjadi baja, jadi kebun pandai jaga diri masing-masing. Pokok Cola de Paloma boleh hidup bahagia di kawasan full sun, partial sun atau light shade (kalau kembang bugang boleh hidup bahagia kawasan tersebut samalah dengan Cola de Paloma) .Pokok Cola de Paloma sangat meminati tanah yang moist, untuk gardener yang mempunyai taman yang kawasan airnya bertakung pada musim hujan banjir bolehlah gunakan pokok ini untuk landskap kawasan tersebut buatnya menarik dari terbiar kosong. Disebabkan itu pokok ini mudah tumbuh di kawasan berdekatan tali air atau sungai. Pokok ini juga ada nilai perubatan traditional untuk masalah wanita yang diamalkan oleh penduduk di mana pokok ini berasal.
Minggu ini proses tukang kebun release pokok-pokok baru untuk series tumbuhan yang bunga berwarna putih.
1 moist bare-rooted plant RM8.00 .
Nak satu!!
BalasPadamReserved for Awin.
PadamAssalam Diana. Sedap namanya, selama ni akak panggil orkid kipas jer. Thanks ya.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamWaaalaikumsalam Kak Maszz,
PadamOh panggil juga orkid kipas ya.