Halaman

Ahad, 3 November 2013

Jentera Pengangkut Biji Benih

 Rajin betullah team ni, bukan pertama kali tapi dah entah berapa kali digalinya dalam-dalam dan bergotong-royong mereka mengangkat biji benih bawa balik ke kem mereka. Paling suka mengangkut biji benih timun dan jagung yang tukang kebun direct sow ke tanah. Kawasan ini memang kesukaan mereka menyelongkar tanah bila tukang kebun dah bersihkan untuk menanam sehari sebelumnya. Tengok tu bukan satu je mereka membawa lari biji benih timun dalam satu masa team semut hitam ini tapi dengan serentak seperti yang tukang kebun bulatkan berwarna hijau di gambar bawah. Masa mengemas kawasan ini, satu bayang semut pun tidak kelihatan, tapi keesokkan harinya setelah biji-biji benih disemai semalam, berarak dengan tentera besar team semut ini, ada pasang pengintip hari tukang kebun semai biji benih kut. Bila dah selesai kumpulkan biji benih yang disukai untuk membuat simpanan makanan mereka seperti timun dan jagung, mulalah mereka akan menikmati daun Asian greens yang baru sahaja bercambah. Dugaan menanam kawasan ini, takkan asyik nak tanam sengkuang sahaja di sini, biji sengkuang diorang tak usik dan bunga telang pun banyak yang bercambah sendiri di sini.
 Agaknya dah mereka hari ni projek mengangkut biji benih, semaian yang di atas pasu tinggi lebih kurang 1/2 meter pun diselongkarnya sekali. Sebelum ini tak diusik pun, dah nasib ada biji-biji benih yang dah sempat bercambah dulu sebab sudah disemai sebelum sempat masuk seminggu lagi. Seminggu dua ni kelihatan banyak tempat semut berlegar-legar mungkin musim mereka mengumpul makanan agaknya...oh my seeds...antara dugaan dalam kebun bulan ini. Moga ada juga biji benih yang mereka tinggalkan untuk tukang kebun. Teringat kartun Donald Duck dulu pergi picnic pastu makanannya di bawa lari oleh semut-semut hitam sampai Donald Duck jatuh ke gaung sebab kena tipu dengan mereka.
 Dua hari kemudian, Syukur Alhamdulillah ada juga biji-biji benih timun yang ditinggalkan oleh semut dan sudah pun banyak yang bercambah. Sejuk rasa hati, mereka ambil bahagian yang diperlukan dan kasihankan juga kepada tukang kebun ni. 


6 ulasan:

  1. Ada pengangkut rupanya. Mesti desperate for food nih. Sengkuang mereka tak sentuh sebab ada rotenone - terus mati kalau termakan, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelaparan agaknya musim hujan ni susah nak keluar cari makan kut Sean. So they are stocking up food. Interesting to watch their social hierarchy yang double the size watching the small ones carrying the food. Betul pengsan mereka kalau consume biji sengkuang.

      Padam
  2. ingat kot jentera pengangkut mana pula....saspen :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuat semut.ni Awin. Bawang besar pokok lily pun boleh diangkatnya.

      Padam
  3. Sama la dengan saya, semut bawa lari lepas tu pokok tu tumbuh tempat lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu lebih lucky tumbuh tempat lain, yang spesis ni dibawa lari dalam betul ke tanah.

      Padam