Salam Maal Hijrah, Hari ini kebetulan kudup bunga lotus pertama yang tukang kebun tanam melalui biji benih asal dikutip dari lotus yang telah berdekad hidup di Kebun Bahagia Bersama serentak kembang menyambut Awal Muharam. Satu kegembiraan untuk seorang tukang kebun apabila percubaan pertama menanam biji benih lotus memberikan hasil mekar indah. Yang membuat tukang kebun rasa terpegun juga adalah belum lagi usianya mencecah setengah tahun (4-5months old?) disemai dari biji benih dari kebun sendiri sudah memberikan bunga.
Seperti tukang kebun yang fanatic, asal usul my baby lotus kali ini kisah kelahirannya nak juga direkodkan. Gambar di atas adalah bondanya yang baru sahaja mula hendak berkembang.
Ini pula bondanya in full bloom.
Mula-mula tiada niat untuk mencuba, tetapi bila terpandang seed pod warisan dari bondanya tengok makin gemuk biji-biji benih lotus menjadi. Fikir apa salahnya nak cuba-cuba. Kalau bijinya gemuk tak mengecut menandakan good viable seeds seperti contoh di gambar bawah yang hijau dan hitam tanda adalah biji benih yang baik dan potensi bernas, manakala yang bahagian bawah berwarna kekuningan mengecut adalah yang tidak menjadi biji benihnya.
Bila satu bijinya sudah matang dalam seed pod lotus ini, tukang kebun pun ambil yang warna hitam tu dan masukkan dalam pasu di mana Louisiana Iris sedang hidup. Sekali tak disangka cepat biji benihnya bercambah dan mula mengeluarkan daun.
Cepat juga pertumbuhannya sebab tukang kebun alihkan anak pokoknya beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri tahun ini di dalam pasu yang standard saiz biasa dijual di mana-mana nursery. Tidak perlu beli pasu mahal-mahal pun pasu saiz macam jenis di gambar bawah pun memadai cuma perlu tutup lubangnya sahaja untuk menampung pokok lotus. Kalau ada balcony garden pun boleh ada pokok lotus ini tidak memakai ruang yang banyak. Tukang kebun tiada pakai baja special apa-apa, guna tahi kambing sahaja. Jangan lupa letak ikan macam guppy dalam pot lotus untuk membanteras jentik-jentik. Ada ikan guppy warna-warni berenang dalam pasu lotus ini.
The side view bunga lotus yang mekar hari ini, bersebelahan kudup bunga No.2 yang hopefully kembang mekar di Kebun Bahagia Bersama minggu ini juga. Mirip kepada bondanya. Hujan sebelah pagi di Kebun Bahagia Bersama hari ini, nasib baik pukul 11 pagi tadi sempat nak ambil gambarnya sebagai kenangan pertama lotus yang tukang kebun tanam sendiri dari biji benih.
Subhanallah..cantiknyerrrr. Pernah cuba tanam tapi x menjadi..silap teknik kot. hehe
BalasPadamBoleh cuba-cuba lagi Gina. Rasa rumah lebih nyaman dan tenang dengan kehadiran bunga lotus.
BalasPadamkene beli pasu boleh isi air satu lagi baru boleh beli pokok ni.....tapi nak jugaklah...letak dalam akuarium lama dulu :)
BalasPadamDah ready nanti kami deliver ke petak hijau. Boleh je tumpang di akuarium dulu boleh nampak ikan-ikan berenang sekali.
Padambenih dia ada jual x?
BalasPadamBenih bunga teratai ni ada jual x?
BalasPadamBenih bunga ni ada jual x?
BalasPadamBenih bunga ni ada jual x?
BalasPadamSalam Bahagia Afiq.
BalasPadamBiji benih teratai di atas ada baru kami tuai. Ada 2 fresh seeds stock.
Boleh hubungi membuat pesanan email (kebunkmg@gmail.com) .
salam. saya nak tanya dari mana boleh saya dapatkan biji teratai? dan senang tak cara pembiakkan nya?
BalasPadamSalam Bahagia Mrs No.
BalasPadamYang jenis common pink lotus ni mudah jaga banding dengan jenis lotus lain yang kami ada. Biji teratai kami tiada fresh stock sekarang.
Salam...benih ada jual x?
BalasPadamSalam Bahagia Zana25,
BalasPadamBenihnya tiada stok.
Assalam... Pokok kne letak kt sinaran matahari ke, klau kurang cahaya matahari boleh x pokok tu hidup dgn baik???
BalasPadamAssalamualaikum..nk tnye ade jual benih teratai kuning tk
BalasPadam