Antara yang mekar minggu ini ialah Rehmanni Pink Calla Lily. Calla Lily mudah hidup di cuaca tropika. Ada tanam jenis Calla Lily lain awal tahun dulu tapi tak dapat nak tengok bunganya mekar di mata sendiri sebab tukang kebunnya travelling. Calla Lily yang ditanam dari bulb bulan September lalu di bawah kanopi pokok durian. Ada sebab kenapa tukang kebun sengaja pilih calla lily jenis ini dan pilih lokasi di bawah kanopi pokok durian. Bila berbanding dengan gambar catalog asal cultivator Rehmanni Pink, bunganya akan mengeluarkan warna deep pink di sebelah luaran bunganya dan pusatnya berwarna putih.
Tetapi Rehmannii Pink Calla Lily yang mekar di Kebun Bahagia Bersama warna pinknya tak lah sebanyak seperti di tempat yang mendapat suhu optimum untuk Calla Lily suka hidup. Lokasi yang tukang kebun pilih adalah di bawah pokok durian yang menyebabkan kawasan kelilingnya menerima 'filtered light' seperti penerimaan cahaya yang boleh observe di gambar bawah (bila tukang kebun mentioned lokasi 'filtered light' hopefully bolehlah bayangkan). Jadi bukanlah kawasan yang menerima cahaya matahari yang terik tetapi masih menerima cahaya samar-samar dan a bit cooler berbanding dengan lokasi lain. Ini adalah 'micro-climate' yang kita boleh mimic ala-ala end of Spring di cuaca warm temperate/Mediterranean. Angan-angan tukang kebun ialah mengenali lebih dekat kebun sendiri sebagai contoh penerimaan cahaya matahari, kalau kebun lama dulu tukang kebun dah faham laluan cahaya matahari sepanjang tahun dan perubahannya mengikut musim, bak kata orang putih at the back of my hand. Oleh itu, setiap sudut kebun boleh jadi produktif, green dan warna-warni sepanjang tahun. Kebun Bahagia Bersama masih proses suai kenal lagi. Salah satu basic untuk success in growing ialah kenal dulu kebun kita, antaranya perhatikan dahulu laluan dan perubahan cahaya matahari di kebun kita. Sama juga dengan prinsip Feng Shui nak tahu juga mana arah matahari terbit dan sebagainya. No garden is the same, kita boleh refer mana-mana text as a guideline. Tapi hanya kita yang tahu penerimaan cahaya dan air sepanjang tahun di kebun kita. Tumbuhan dan cahaya hubungannya akrab, senang nanti nak susun tumbuhan yang sukakan atau tolerate full sun, partial shade dan shade. Jadi rumusan paragraph ini, bunga Rehmanni pink calla lily ini telah menjadi natural termometer atau indicator berapa warm atau cool di lokasi keliling pokok durian ini. Agaknya kalau tukang kebun tanam in full sun, putih terus kut bunganya. Walaupun banyak recommend calla lily like full sun, tapi di kawasan Lembah Klang bunga calla lily boleh tolerate filtered light. Gambar di bawah kuncup bunganya baru sahaja timbul.
Pandangan atas kuncup bunganya...ahem sebelah je bagi keluar warna pink lebih banyak ya. Ada sesetengah tanaman warna hasilnya akan sangat bergantung kepada faktor suhu terutamanya tanaman hasil ungu seperti asparagus, globe artichoke dan cauliflower. Dalam pengalaman tukang kebun, sungguhlah mengidam nak tanam cauliflower warna ungu tapi tak pernah jadi ungu tiba-tiba jadi rupa warna dark broccoli pula. Sampai musykil diri sendiri eh betul ke semai biji benih cauliflower tapi setelah cuba tanam popular heirloom violet purple Sicilan cauliflower dari 3 sumber biji benih berlainan yang boleh dipercayai hasilnya tetap sama iaitu very dark bluish green cauliflower lebih mirip kepada broccoli dari cauliflower. Sama juga hasil warna yang tukang kebun dapat bila tanam purple sprouting broccoli, tak purple seperti tengok orang tanam di cooler climate jadi very bluish dark green juga. Walaupun awal spring yang dilalui sejuk semasa pembentukkan floret bunga kubis boleh mencecah 5 darjah Celsius tak juga jadi purple nak cuaca yang lebih sejuk agaknya. Kalau hybrid mungkin tak sensitive kepada cuaca. Sebenarnya ada faktor/allele/gene dalam tanaman tersebut yang peka kepada perubahan cuaca di sekeliling walaupun sekecil mana perubahannya.
Natural garden thermometer.
BalasPadamSinggah tengok pokok bunga Rehmannii Pink Calla Lily..namanya secantik wajahnya..subhanallah
Namanya bunyi exotic ya Sudais, keindahan ciptaan tuhan untuk tatapan mata.
Padamsangat cantik tone color nya...kalau mcm ni kena perhatikan semula laman sy..cari lokasi yang strategik untuk pink calla lily..:D
BalasPadamSalam Nadia.
Padamasalkan dapat beberapa jam cahaya, InsyaAllah kembang berseri.
cantik. terima kasih diana bagi tips ttg pencahayaan...kenal.kebun sendiri...
BalasPadamSelain dari kisah baja, cahaya juga nadi utama tumbuhan kan Awin dear .
PadamCantik..indah ciptaan Tuhan.
BalasPadamBahagia tengok keindahan ciptaan Tuhan Kan Gina.
PadamStill cantik walaupun ada hint of pink jer......:)
BalasPadamAda rasa teringat macam cerita julia roberts dan cameron Diaz berlakon sama pasal wedding lagunya terngiang dalam kepala Lynna.
PadamRasakan lagi cantik dengan hint of pink. Very dainty
BalasPadamHehehe dreaming that it has a classic elegant look Sean :).
PadamKak D...kakak jual tak benih bunga ni?..sy sgt berminat sekiranya diberi peluang..
BalasPadamSy pn beli.. klau ada jual
PadamSorry dear yang ni tiada stock.
BalasPadamsalam kat mana saya boleh dapatkan biji benih bunga calla lilies nih ???
BalasPadamKami tak pasti Nurul Akma. Kami tiada stock.
BalasPadamBoleh kongsi di mana nak dpt kan benih atau pokok calla lilies nie...x kesah warna ape...hadiah untuk bonda...wassap 016-2189736
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamMohon maaf kami tiada stock calla lilly sekarang.
Boleh hubungi saya jugak tak sekiranya benih calla lily putih dah ada stok.. 012-642 2429 Fairul :)
BalasPadamSalam Bahagia Mr. Fairul,
BalasPadamTiada stok bunga ini sekarang.
Boleh hubungi saya tengah mencari calla lily
BalasPadam0167557533
Susah dapat ni benih Calla lily.kali terakhir sy berhubung dgn costumer service Indonesia.Replynya Xda jualan utk luar indonesia.
BalasPadam