Halaman

Ahad, 22 Disember 2013

Evans

 Yang ditunggu-tunggu sejak minggu lepas akhirnya kembang juga minggu ini, sempat jugalah tengok wajahnya sebelum balik kampung dear hubby Jumaat lepas. Dah lama tak balik sejak Raya puasa, memandangkan ada baki cuti yang dear hubby kena habiskan sebelum masuk tahun baru, kami baliklah Terengganu. InsyaAllah bila balik ke Kebun Bahagia Bersama hari ini pun masih sempat nak belek-belek Si Evans ni esok. 
 Ini antara koleksi hippeastrum tukang kebun yang baru tahun ini dan nama yang telah diberikan untuknya ialah 'Evans'. Si Evans ni rupa-rupanya hippeastrum jenis double bloom. Besar juga kembangannya dan ada 4 kuntuman bunga. Setakat ini koleksi hippeastrum yang dah berbunga-bunga, satu-persatu kelopak putik bunga berbuka. Tapi kali ini hampir kesemuanya mekar kembang serentak.
 Yang ini mekar bongsu, paling last sekali nak kembang.
 Minggu ini terasa seperti musim bunga, satu persatu yang ditunggu-tunggu sudah bersedia nak kembang tanpa bantuan apa-apa. Hati juga rasa berat nak tinggalkan Kebun Bahagia Bersama untuk beberapa hari. 

 Mesti ramai yang berjalan-jalan nak habiskan cuti kerja atau membawa keluarga bersiar-siar hujung tahun ini.
Pergi santai mana hari ini?

10 ulasan:

  1. Wah, very bright and cheerful colours. Best kalau buka sekaligus, mcm fireworks kembang di taman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekar serentak nampak meriah sikitkan Sean. Besar saiz bunganya berat kut jadi nampak macam bunga api nak jatuh kut

      Padam
    2. Yang ni member barulah Kak Dayang lom pregnant lagi.

      Padam
  2. wah cantiknya, macam diwarna dengan berus lukisan pulak ya.

    BalasPadam
  3. cantik warna dan petalnya Diana...bulb lili yang akak beli ngan Diana dah bertunas..suka2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah dah bertunas kak Haslinda. Diana baru ternampak ada satu pucuk terkeluar hari ini dah naik lebih 10cm.

      Padam
  4. cantiknya si evans ni, nama lain apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudais, pokok bunga Hippeastrum/amaryllis ni jenis baka yang diberi nama Evans. Tukang kebun tak pasti sekiranya ada nama lain.

      Padam