Akhirnya sudah 2 generasi Sunroot (Sunchoke/ Jerusalem Artichoke/ Earth Apple) berjaya tumbuh dengan mudah di Kebun Bahagia Bersama tanpa banyak penjagaan (minimum care). Azam seorang ibu kepada anak-anaknya ialah memperkenalkan dan pendedahan pelbagai jenis makanan kepada anak-anaknya. Diet dalam bentuk tenaga zat karbohidrat bukan sahaja dari nasi tetapi pelbagai bentuk. Sebenarnya tanam Sunroot adalah lebih mudah dari menanam ubi kentang di kawasan tropika. Tambahan lagi sunroot adalah alternatif lebih sihat untuk dimakan dari ubi kentang bagi mereka yang menghidap diabetes. Sunroot adalah kaya dengan inulin (bukan insulin). Sunchoke yang ditanam di kawasan panas lebih mengandungi inulin berbanding dengan kawasan yang kurang panas. Perbandingan pengalaman menanam sunroot di Mediterranean dan Tropika, lebih cepat tuaian ubi sunroot di tropika dalam masa 6 bulan. Jadi kitaran semula menanam sunroot boleh 2 kali setahun di kawasan tropika.
Sunroot sebenarnya adalah spesis yang sama keluarga dengan bunga matahari. Oleh itu, bentuk bunganya memang berwarna kuning mirip dengan bunga matahari. Dilaporkan bahawa di tempat yang lebih bermusim sejuk pokok sunroot jarang sekali berbunga. Tetapi di kawasan yang lebih panas seperti Mediterranean akan menghasilkan bunga. Kawan blogger tukang kebun yang biasa menanam Sunchoke di allotment nya di Britain mengatakan tumbuhan sunchoke beliau tidak pernah menghasilkan bunga. Dari pengalaman tukang kebun di kawasan Mediterranean di South Australia ianya menghasilkan bunga. Kemudian mari kita lihat adakah di kawasan tropika ianya berbunga? Semasa menanam anak pokok sunchoke November tahun 2012, pokoknya tidak menghasilkan bunga. Tetapi bila menanam pada bulan Mei 2013, pokok sunchoke menghasilkan bunga-bunga matahari di dalam Kebun Bahagia Bersama. WHY? Mudah sahaja jawapannya sebab pokok sunchoke adalah pokok yang sensitive kepada perubahan daylight. Pokok sunchoke akan menghasilkan bunga apabila hari siang atau day-light bertambah pendek. Kita mungkin rasa di Malaysia ini tiada perubahan day-light yang ketara. Tetapi perubahan day-light makin panjang atau singkat itu ada. Disebabkan Semenanjung Malaysia ini terletak di sebelah Hemisphere Utara garisan khatulistiwa maka sekarang ini hari siang makin memanjang ikut orang sebelah Eropah baru sahaja lepas Winter Soltice. Bulan June nanti Summer Soltice hari akan bertambah pendek, sebab itu bila tukang kebun tanam seedlings sunchoke pada Mei lepas, ia dapat menghasilkan bunga sebab day-light makin pendek masa pertumbuhannya. Kita seorang manusia tidak begitu peka dengan perubahan day-light yang tidak begitu ketara di Semenanjung Malaysia, tapi seperti pokok sunchoke mereka sangat peka dengan perubahan day-light sesingkat mana pun. Untungnya tanam pokok sunchoke macam tanam bunga matahari dan dapat hasil ubi yang berkhasiat untuk dimakan.
Tukang kebun pun nak pesan kepada gardeners di kawasan tropika kalau nak tanam bawang besar (brown onion) atau bawang besar merah (red onion) dari biji benih/bawang untuk hasil bawang berhati-hati sebab mereka adalah adalah antara tanaman yang sesitive dengan perubahan day-light yang ketara untuk pembentukan bawangnya. Timing penyemaian biji benihnya adalah penting. Disebabkan itu perlu check dahulu sama-ada bawang besar tersebut adalah jenis long atau short day-light untuk pembentukkan bawangnya. Kalau shallot (bawang merah kecil) bukan semua yang sensitive dengan perubahan day-light.
Gambar di atas pokok sunroot yang remaja sedang membesar. Pokok sunroot daunnya juga seperti pokok bunga matahari. Jika kesemua faktor mencukupi untuk tumbuhan sunroot tumbuh boleh sampai lebih 2 meter. Sunroot boleh tolerate full sun ke partial shade. Gali sunroot selepas pokoknya mati macam mencari harta karun.
Antara tuaian sunroot bulan ini yang terjumpa selepas mengemaskan salah satu ruang di backyard. Campur dalam kurma dan sup ayam untuk substitute ubi kentang juga boleh. Dulu tukang kebun suka roast sunchoke ni dengan ayam dalam oven.
Pertumbuhan sunroot juga sangat cepat dan meninggi di kawasan yang banyak menerima cahaya matahari. Ini gambar diambil seminggu lepas, sekarang dah 2 kali ganda tinggi yang tukang kebun sedang semai untuk penanaman semula di Kebun Bahagia Bersama. Memandangkan sudah 2 generasi kami tanam sunchoke di Kebun Bahagia Bersama jadi sekarang ada limited extras untuk gardeners yang berminat menanam sunchoke di kebun mereka sendiri. Kalau boleh tanam bunga matahari, InsyaAllah bolehlah tumbuh Jerusalem Artichoke di kebun/taman anda. Boleh juga ditanam dalam bekas seperti yang diperlukan untuk menanam ubi kentang.
~ Pokok Sunroot ~
1 pot for RM10.00 .
Ini adalah seasonal offer, kalau dah habis stok ini kena tunggu lagi 7 bulan kut for the next batch.
Siapa cepat dia dapat.
Sorry no reservation.
Kalau tumbuhannya dah lebih tinggi 25cm, tukang kebun akan tanam yang extra di Kebun Bahagia Bersama.
Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .
Ilmu baru ni! first time tahu pokok bunga ni ada ubi..rasa mcm ubi kentang ke Diana?
BalasPadamBila roasted dengan ayam marinate ada rasa lemak masin sikit. Tapi tengok jenis sunroot juga Farah rasanya lain.
PadamMenarik... Ada bau tak ubinya tu?
BalasPadamLepas digali ada bau earthy. Nak kena cuci elok elok masa masak Ima baru ada applish like flavour.
PadamInteresting..... :-)
BalasPadamYang jenis ornamental sunflower species tiada menghasilkan ubi ya Roy.
PadamAda lagi tak untuk saya? Nak book.. :-)
BalasPadamAda lagi Mama Pongkey but will be out season in February.
BalasPadamNext time Diana offer sunchoke tolong reserve utk kak ya .
BalasPadamsalam kak...ada lagi tak pokoknya
BalasPadamAssalamualaikum, saya tengah cari pokok sunroot ni, puan masih jual tak?
BalasPadamWaalaikumsalam.
BalasPadamTahun ni kami tidak bekalkan sunroot.