Ahli Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Hari Natal bagi yang menyambutnya. Selalunya kalau Hari Natal tukang kebun akan teringat kampung mama tukang kebun di Kampung Poturidong Kiulu Sabah. Memang terasa rindunya lebih-lebih lagi minggu ini ternampak pula gambar di atas yang dipaparkan di facebook first cousin kami Freddy. Dia dah bagi signal dah tak lama lagi musim mengetam padi bukit dah nak dekat minta anak-beranak yang free standby mode untuk bergotong-royong. Sesiapa yang nak bakar lemak di badan dialu-alukan. Gambar di atas padi huma/bukit yang ditanam secara tradisional dan manual labor. Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh pula sebenarnya bekas kawasan sawah padi. Masa kecik-kecik bila gali tanah musim kering pun ada belut/keli.
Ini gambar mama tukang kebun ambil, baru-baru ini dia balik kampung sekejap ada mesyuarat untuk pembangunan kampungnya di kawasan 'Tagal' atau sanctuary ikan kelah. Seronokkan dekat sungai ikan-ikan kelah manja-manja datang keliling (more info klik sini). Kawasan perkampungan biasanya nak kena seberang sungai dengan jambatan gantung. Jadi sukar juga nak bawa barang besar atau bahan macam batu-bata nak menyeberang sungai sebab kenderaan tak boleh lalu. Angkat barang nak kena guna kereta sorong pastu jambatan dah lah goyang-goyang kena ada skill sikit. Dengan adanya jambatan ini bolehlah membantu penduduk di kampung ini. Walaupun kalau musim hujan gerenti tak boleh lintas dengan kenderaan, dapat jugalah memudahkan urusan penduduk kampung ini.
Minggu ini penampilan pertama menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah bunga jenis sweet pea yang biji benihnya ada dijumpai di dalam makam Firaun Tutankhamun (King Tut Pea klik sini)<Lathyrus sativus>. Hadiah Hari Natal dari Kebun Bahagia Bersama menceriakan tukang kebun, punyalah lebar senyum sorang-sorang dalam kebun.
Wishing you a Merry Christmas.
Dianaaa... Sedih plak tgk first picture... Lorong berkayu balak n sedih tgk dua ekor anjing yg ada atas kayu tu. Huuuu mesti ada tuan kan.. Setia tanpa penghujung,,,
BalasPadamYa Ima kalau duduk di ulu mesti ada peneman takut apa yang terjadi.
PadamSalam singgah...kalau di kampung sy di daerah Kerian Perak, ada pokok padi tapi bukan padi huma..tentunya cara menuai berbeza, semangat gotong royong sudah digantikan dgn mesin padi. semuanya tinggal kenangan , nak makan ikan keli pon kena beli ...
BalasPadamPCL ~ www.nazlee.com
Ya PakcikLie kalau dekat Semenanjung memang sudah jarang bergotong royong semua mesin yang membantu sudah ada serba serbi kemudahan. Kalau dulu macam macam ikan boleh ditangkap di tali air bendang. Sekarang mungkin berkurang spesis yang dapat ditangkap tercemar dengan racun yang disembur ke atas padi membesar leaking ke air untuk meracun serangga perosak.
Padamwhat a lovely flower ! the splashes of pastel colours is so
BalasPadamalluring. U r so lucky ! I won't get bore looking at it the whole day.... CM, PJ
The pastel colours is very attractive feeling like dancing in the garden Choi Min.
Padamnostalgia dikampung menuai padi secara manual dn bila musim hmpir kering tangkap ikan keli dn haruan..best sgt
BalasPadamKenangan yang indahkan Sudais.
Padam