Sekejap sungguh tahun 2013 berlalu, beberapa minit berdetik lagi akan masuk tahun 2014. Mengimbas kembali detik-detik manis pada tahun 2013 bagi Kebun Bahagia Bersama team members ialah peluang yang telah diberikan oleh rakan-rakan yang berminat berkebun kepada kami untuk mengenali lebih mesra dengan kunjungan ke Kebun Bahagia Bersama ataupun memberi peluang untuk kami melawat kebun-kebun mereka. Dengan ini dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita hilangkan rasa segan. Antara peluang lawatan yang diberi kepada kami ialah:
~Awin, tukang kebun di Petak Hijau (Errr...kotak itu masih kosong tapi menjadi sokongan kepada sepokok Frangipani Bali Kuning.
~ Mama Pongkey di Kuantan tukang kebun 'Homely Chaos' sentiasa memberi dorongan dan berkongsi tips-tips kesihatan. Syukur Alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah haji dan mendoakan kesejahteraan kami.
~ Mak Aji @ Ummu Madihah tukang kebun 'Greenfingers' pun kurang 10 minit je drive dah sampai betapa dekatnya jarak antara kami.
~ Setelah lama mengidam dan terliur-liur tengok masakkan 'Jom masak,jom makan-makan' dapur CikManggis, langkah kanan kami tahun ni.
Semasa tukang kebun terguling-guling menghadapi peak postnatal depression dahulu Kak Mar tukang kebun 'SUKA-SUKA' memberikan semangat kepada tukang kebun bertanya berita. Kak Mar jugalah antara tulang belakang yang memberikan keyakinan kepada tukang kebun untuk membuka 'Kebun Bahagia Bersama' (kalau ingat biji benih carnation mesti teringatkan Kak Mar). Kebetulan papa tukang kebun pun orang Negeri jadi seronok membaca posting kak Mar.
Tukang kebun pula kantoi di dalam group gardening di Facebook dengan Madam ChickChick tahun ni sebab watermark di dalam gambar memberikan hint yang buat posting di Facebook tersebut adalah tukang Kebun Bahagia Bersama (Malay-Kadazan Girl). Di facebook tukang kebun kebiasaannya anonymous tak declare dirinya penulis Kebun Bahagia Bersama. Tidak disangka bahawa Madam Chick Chick sudah lama mengikuti perkembangan kami dari Adelaide lagi. Thank you for the visit and wisdom Madam Chick Chick semoga dapat kami berkunjung ke kebun madam Chik Chik bersama CikManggis nanti. Rupa-rupanya menerusi penulisan blog, kami berpeluang untuk bertemu dengan bekas-bekas pelajar dari Adelaide.
Antaranya juga adalah Sean, tukang kebun 'Half a pound of treacle' sudi melawat kebun kami dengan ole-ole yang sangat bernilai. Terima kasih tidak pernah lokek dengan ilmunya. Sudah banyak kali membantu tukang kebun identify tanaman di Kebun Bahagia Bersama.
Terima kasih kepada Kak Ros (Jasin), Kak Azira dan Kak Yanna selalu bersabar atas kelewatan tukang kebun balas email dan perkongsian pengalaman bukan sahaja gardening-related tapi kehidupan.
Tukang kebun nak ucapkan terima kasih kepada semua sebenarnya atas sokongan yang diberikan kepada Kebun Bahagia Bersama tak sempat nak tulis semua ni sebab masa dah nak masuk tahun 2014.
Sebelum itu, tukang kebun sekeluarga ingin mengucapkan takziah kepada Nudabuffy sekeluarga dan Al-Fatihah.
Tahniah kepada Eila yang baru sahaja mendapat cahaya mata baby girl.
Minggu lepas, baby lotus tukang kebun beri kembangan bunga yang ketiga (atas) dan serentak mula kembang bersama baka original (bawah) di Kebun Bahagia Bersama macam celebrate juga kelahiran Baby girl Eila.
Dari minggu lepas tukang kebun agak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Tahun 2014 Ilhan masuk darjah satu dan adiknya Rayyan pertama kali masuk tadika. Tukang kebun rasa tiada masalah dengan Ilhan cuma papa Rayyan nak kena sabarlah ya beberapa hari hantar Rayyan ada rasa gerenti menangis bila nak ditinggalkan di tadika. Hujung minggu lepas bawa mereka ke Sunway Pyramid , Ilhan nak tengok perhiasan Krismas.
Semoga tahun 2014, Kebun Bahagia Bersama mendapat peluang melawat kebun-kebun tukang kebun lain juga. Antara yang teringin kami nak lawat ialah Kebun Kak Mala di Langkawi (My Green Eye's). Gambar morning glory yang pertama di atas adalah dari Kebun kak Mala sangatlah meriah berbunga. Terima kasih juga kepada Kak Ros di Jasin memberikan undangan.
touchingnye entry ni. jutaan terima kasih buat Diana yg x lokek beri ilmu dan offer heirloom seeds yg tak pernah saya tahu sebelum ini. Azam saya nak jadi tukang kebun sepenuh masa. Dan nak influence saudara dan kenalan spy tanam sendiri di rumah. Next time boleh kita buat gathering kat Kebun Bahagia bersama...potluck sambil share ilmu.
BalasPadamBagus infected kenalan dengan good gardening bug hehehe...tahun ni di KBB tak terbuat lagi kut gathering busy back to school.
PadamWow,mcm tak percaya kan dah setahun berlalu. Terima kasih pada Diana dan semua sahabat2 Maya yang sudi kongsi ilmu ttg gardening. Terima kasih juga pd Diana yg sudi share heirloom seed dan alhamdulillah sepanjang beli seed dgn Diana. Semuanya bernas,Alhamdulillah. Mcm best je cadangan awin tu. Potluck using our homegrown food. Hehe....
BalasPadamMemang cepat je setahun berlalu Ibu Qistina. Seronok bila bertambah kenalan yang mempunyai hobi sama dapat berkongsi pengalaman.
PadamSelamat tahun baru tukang kebun Diana..Selain dpt beli benih, saya suka blog ni sebab sgt banyak info..semoga KBB sentiasa meriah & ceria :)
BalasPadamSelamat Tahun Baru Gina. Thank you dear takut penulisan KBB banyak merapu je hehehe...
PadamSelamat Tahun Baru!!!
BalasPadamSelamat Tahun Baru KBB
BalasPadamSelamat tahun baru 2014 kpd KBB
BalasPadamSelamat Tahun Baru 2014 moga memberikan memori indah sepanjang tahun Kak ROSE, IMA dan Ct Aju.
PadamHappy New Year! Wah, Rayyan dah masuk tadika. I am sure he will find it fun. Btw, nak cuba biji benih highlands Dieng tak?
BalasPadamBahagianya Sean nak offer biji benih dari highlang Dieng. Thank you. Happy New Year to you too.
PadamSalam Diana,
BalasPadamSeperti mana rakan-rakan yang lain, akak pun amat berterima kasih atas semua pemberian, tips serta kesediaan Diana memberi nasihat dan pandangan berhubung tanaman. Insyallah ada rezeki kita jumpa di Jasin ya. Akak dan keluarga tak sabar menunggu ia jadi kenyataan. Sang Rabbit dah bertambah, ada yang minat nak pindah ke KBB...
Salam Kak Ros.
PadamBanyak betul rabbit bagus bajanya tu banding dengan ayam power lagi sebab makan pelbagai. Nak kena buat kandang ni. Semoga bertemu juga kita suatu hari nanti.
Salam diana,
BalasPadamEila dlm pntang pun nk interframe, eila mmg minat berkebun sejak kecil tp bila da pindah ke bandar,x tahu mana nak cr sumber benih yg segar dan bernas.rupanya ada banyak bila da surf sana sini :) terima kasih diana utk wish dan complimentary seeds dan hasil bumi dlm setiap bungkusan.
Salam Eila.
PadamMemang susah nak cuti gardening walaupun dalam pantang sebab kesukaan tiap hari.
selamat thn baru - seronok bkenalan dengan tukang kebun.
BalasPadamSemoga tahun 2014 memberikan banyak kebahagian untuk Ratu dari kebun.
PadamAssalamu alaikum,
BalasPadamDah lama tak jenguk betul-betul dunia blogging ni, tak sangkat ada shoutout dari TukangKebun :-)
Happy Belated New Year to you and family :-)
Masa saya mention hari tu saya sempat jenguk sekejap blog, kemudian asyik travelling lah apa lah... haish...
Di sini hujan semakin kurang kerap turun, maka saya dah mula ada mood untuk berkebun. Cuma sekarang siang hari ada pelbagai aktiviti sehingga mengganggu tumpuan. Mujur sempat tanam benih padi bukit tu. Entah apa khabarnya sekarang?
Waalaikumsalam Mama Pongkey,
BalasPadamOklah travelling is good as well, banyak boleh belajar tengok tempat orang.
Sini hujan tak banyak pula bulan January. Biasanya kalau bulan Jan. patut masih kerap hujan.