Halaman

Sabtu, 4 Januari 2014

2014 minggu pertama


 Masuk minggu pertama tahun 2014 ini, my baby lotus memberikan sekuntum bunga macam menyambut Tahun Baru 2014 agaknya menjadikan kuntuman ke-4 sejak ditanam tahun lepas dari biji benih. Bunga lotus yang ketiga telah membentuk kantung biji benih dan benihnya sedang dalam proses matang. Semoga adalah rezeki tukang kebun.
 Yang pokok bunga lagi satu juga ada kantung biji benih tapi seaakan bukan semuanya akan menjadi (ada sebutir pun sudah berterima kasih sebab selalu menyerikan laman tanpa dibelai).
 Sempena cuti am Tahun Baru 2014, kami sekeluarga (big boss balik) bergotong-royong mengemaskan rumah. Di belakang dah terang benderang dan nampak lebih kemas nak harapkan kami berdua ni tak terbuat dalam sehari. Adik perempuan bongsu yang baru lepas SPM tu bolehlah tengokkan anak-anak di dalam rumah sementara mamanya merempit dengan mesin rumput. Papa dan nenek mencantas, atuk pula kemaskan yang bahan-bahan dicantas kumpulkan di longgokan kolam penuh green waste. Selepas merempit dengan mesin rumput, sebelum hujan turun dapatlah tanam beberapa pokok sebagai kenangan untuk Tahun Baru 2014. Antara pokok-pokok yang ditanam ialah:

~Durian tapolo (Betul ke tukang kebun dengar sebutannya baka dari Sabah sudah berumur setahun).
<Big boss tak komen apa-apa sebab dia yang suruh semai pun>

~ Dokong (Baka dari bapa mertua di Terengganu sudah setahun lebih diberi).
<Big boss tak komen apa-apa sebab favourite dia>

~ Salak (biji benih buah dari kebun bapa mertua di Terengganu dah 2/3 bulan).
<Big boss tak komen apa-apa, sebab tanam dekat tembok dia kata supaya tak senang orang nak ceroboh nanti>

~ Avocado (biji benih baka dari Sabah dan umur lebih setengah tahun).
<Big boss komen dah berapa banyak pokok avocado nak tanam lagi, tukang kebun kata nak jadi tauke buah avocado another 10 years InsyaAllah>

~ Nam Nam (Katak Puru).
<Big Boss komen, nam nam lagi? Tukang kebun kata nak jadi tauke nam nam gak in 5 years>

~ Lemon (grafted and grown from seeds)
<Big boss komen, tanam banyak-banyak lagi keliling tembok supaya tak senang kena ceroboh>
 Kelmarin semasa big boss beri makanan kepada pet avian kesayangan di belakang terkejut dia nampak burung wak wak berlegaran di tempat kolam green waste. Semasa big boss menghampiri burung bergerak ke pokok gajus tapi tak melarikan diri. Jantan agaknya nak dakapan free dari big boss sedikit pun tak ada niat burung itu hendak melepaskan dirinya. Lalu big boss letak dalam sangkar petak 2 dan kasi makan. Aiyo burung wak wak ni macam stampede je atas vine pokok pepper yang tukang kebun lupa tengok gambar baru perasan. Semasa big boss ambil gambarnya sahaja burung wak wak macam marah-marah tak suka. Antara surprise minggu pertama tahun 2014 ialah terjumpa telur putih super duper besar macam dinosaur pula bentuknya. Bak kata hubby tak selera tengok nak makan sebab saiznya luar biasa. Angsa pertama kali bertelur ke? Tak pernah pun nampak mereka mengawan jadi tak pasti angsa-angsa ada betina ataupun tidak. Jadi tukang kebun tadi selitkan telur dinosaur dan telur itik bawah ayam telur yang sedang mengeram.  Ayam tu tak lari tapi muka bengang kena kacau (tak bolehlah nak marah lebih dekat tukang kasi makan dia). Ayam yang tinggal tiada jantan dan 2 ekor je ada sebab bulan lepas banyak kena gigit dengan musang. Sampai ayam mutiara dan ayam belanda pun semua kaki tempang. Dari biarkan ayam tu mengeram telur yang tak menjadi (unfertilised) baik bagi telur yang ada possibility nak menetas macam telur itik, natural incubator constant temperature. Semasa zaman sekolah dulu teringat ada bela ayam belanda betina yang suka mengeram sampai mengganggu ayam-ayam lain yang sedang mengeram (ayam pergi makan dia pulak pergi mengeram ayam tu punya telur). Jadi big boss bagi dia telur-telur yang ibunya tak pandai mengeram. Menarik tengok bila telur-telur yang menetas dari haba ayam belanda betina, anak-anak yang mengikutinya tiada satu pun ayam belanda tapi itik dan ayam. Ayam belanda betina menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang, kalau ada binatang lain yang usik anak-anak angkatnya habis dia lawan balik untuk lindung anak-anaknya.
 Risikkan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama shipment next Monday (copy and paste semua reply sama):

"Pasar Online roughly which I can confirmed for Monday shipment will be Canistel (kuning telor), Lemon, Nam Nam (katak puru), serai, kunyit, rambutan.

Depending on tomorrow weather and time permitting (easily get distracted in the garden difficult to follow the plan), I am planning on to dig up some self-seeded sengkuang growing around rambutan gading tree. Not sure whether I will get lucky with tubers, I was weeding last week and clearing up some pots that self-seeded sengkuang pandai-pandai grow by itself together with durian belanda seedlings pots which I was transplanting. Surprised me with some tubers more than 7cm in diameter. 
On New Year afternoon, I have ran over the sengkuang plants with the grass mower since it was becoming such a jungle. Easier to dig up the tubers deep in the soil.

Ciku maybe and others ".

Have a lovely weekend!!!

6 ulasan:

  1. Can I just buy canistel, nam nam and lemon? How much is a box of fruits?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sali I will still mix at least 5 different products.

      Padam
    2. 2kg box is RM20 and 5kg box is RM30.

      Padam
  2. kalau ada pokok avocado nak juga order ;) ..semai-semai tak jadi1

    BalasPadam
  3. lupa pula... teringin juga nak tengok ayam belanda menjadi ibu kepada itik, angsa dan ayam.. menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah bila ada lebih dari planning pokok avocado nanti Kak Mar. Pokoknya cepat je meninggi. Ayam belanda betina dah tak de tinggal jantan je.

      Padam