Halaman

Ahad, 5 Januari 2014

Snake Fruit

 Kalau dengar nama yang dipanggil buah nadir Malaysia dalam English macam merengang bulu roma kan, memanglah mereka yang tak biasa melihatnya akan kagum melihat buah salak. Kulitnya seperti corak ular. Gambar di atas adalah buah salak yang sedang membesar dari kebun ayah mertua tukang kebun di Kuala Terengganu. Pokoknya tak putus-putus menghasilkan buah exotic tersebut dalam suasana redup (shade). Di Malaysia pun masih dilabel exotic bukan selalu nampak dijual dan kebanyakkannya diimport dari negara jiran Indonesia. Sedangkan di Indonesia tengok jenis kultivator harganya pun agak mahal. Kultivator ini tukang kebun tak pasti apa, tapi amat sesuai dan mudah tumbuh di kebun ayah mertuaku (Kuala Terengganu) juga di Kebun Bahagia Bersama (Lembah Klang). Mak mertua cakap biasanya dalam 5 tahun dah beri hasil setelah cukup keperluannya membesar. Pokoknya juga adalah jenis cultivator yang saiznya kecil berbanding dengan yang lain jadi mudah nak selit antara pokok-pokok besar macam rambutan, manggis, nangka dan lain-lain untuk memaksimakan penggunaan kebun yang ada (inter-croppping plant macam orang tanam nanas dan pisang selit sini sana). Yang menarik ialah salak gemarkan kawasan yang redup dan banyak penerimaan air. Rasanya yang manis masam amat bagus untuk preggy mother yang loya-loya untuk isi perut ataupun mereka yang sakit muntah-muntah. Hari Raya Puasa tahun lepas, tukang kebun muntah-muntah sebab langgar pantang makan, mak mertua dalam kesibukkan beraya sempat juga mencarikan buah salak di kebunnya untuk mengisi perut kosang berangin tukang kebun sebab tukang kebun phobia nak isi perut asyik ulang-alik tandas. Syukur Alhamdulillah mujarab kena dengan tekak yang payau tu membantu memberikan selera. Kalau orang mengandung loya-loya kekadang isi perut dengan epal hijau Granny Smith kan? 

Food for thoughts:
Buah Salak dan Epal Hijau dalam pasaran sekarang mana lebih mahal? Mana satu Exotic dan Luxury item.

Mak mertua kata dia tengok dekat TV ada rancangan dokumentari pasal buah salak yang bagus untuk legakan rasa loya atau payau di tekak dan info banyak khasiat buah salak. Jadi tukang kebun pun pasang angan-anganlah bila nak sambut cucu bolehlah membantu ibunya dengan buah salak segar dari kebun sendiri.

Tukang kebun masuk tahun 2014 jadi weekend gardener sebab weekdays kena quarantine di satu institute. Untuk menghilangkan stress some jokes for the weekend, here goes...katakanlah ada pelawat dari Middle-East Pak-Pak Arab boleh kita show off buah nadir salak kita ni.

(1) Firstly, did you know snakefruit adalah family member yang sama dengan buah kurma/tammar? Tuhan adalah Maha Adil, di padang pasir diberinya buah tammar, di kawasan tropika diberi buah salak. Pak Arab nak kena jolok-jolok ambil buah kurma dari pokok yang tinggi. Buah Salak tumbuh dekat dengan bahagian bawah pokoknya, tak perlu nak panjat atau jolok. Security pun ada dengan duri-duri yang tajam untuk menjaga buahnya daripada suka hati diambil. Buah tammar di atas pokok ada kebarangkalian berkongsi dengan makhluk lain yang bersayap atau pandai panjat pokok.

(2) Buah Salak bila masak saiz rupa bentuknya pun mirip macam buah tin (fig). Corak kulitnya juga vogue macam snake leather goods.

 Stock anak-anak pokok salak yang tukang kebun semai dari awal Oktober biji benih buahnya dari ayah mertua tukang kebun Syukur Alhamdulillah menjadi-jadi. Terlebih banyak pula anak-anak pokoknya. Bekalan anak-anak pokok salak yang tukang kebun offer dalam 1 polybeg mengandungi sekurang-kurangnya 2 anak pokok. Musim hujan ni lagi cepat pembesaran pokoknya. Propagation from seeds on October 2013 date of birth (mudah nak keep track umurnya).

11 ulasan:

  1. meruntun hati betul promosi buah salak ni ... tak de tempat.. kalau tidak dah order 2 ni... sabar jela ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ada tempat bolehlah plan untuk pokok-pokok salak nanti Kak Mar.

      Padam
  2. mmg nadir la buah ni...susah nak dpt kat alor setar ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sukar nak dapatkan salak tempatan walaupun ianya buah nadir kitakan ana.

      Padam
  3. Saya cop, kalau 2 bekas berapa kos posnya?

    BalasPadam
  4. Sedap buah ni... Baru tau yg namanya snake fruit... :-)

    BalasPadam
  5. simpan utk kak satu, suka sangat buah ni.

    BalasPadam
  6. pokok salak ni kene tanam jantan dan betina supaya bila betina dah berbunga boleh kawenkan dengan bunga jantan baru boleh jadi buah. betulkan? mak saya ckp camtu. (nota: jantan betina tu hanya gelaran mak saya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Ratu ada jantan betina pokok salak. Itu sebab tukang kebun offer dalam satu bekas ada sekurangnya 2 anak pokok. Satu pokok jantan boleh support sekurang-kurangnya 3 betina.

      Padam