Menyambung hari ini series untuk bunga kuning di Kebun Bahagia Bersama ialah buah yang popular ini dan harganya boleh tahan di pasaran ialah Durian Belanda yang makin terkenal dengan nama glamournya 'Graviola'. Bentuk bunga durian sangat unik dan biasanya kerengga suka dengan bunganya. Not a bad thing, biarkan sahaja kerengga tersebut ada fungsi mereka form good companionship dengan bunga durian belanda.
Untuk mereka yang belum pernah nampak dengan mata sendiri, tukang kebun perkenalkan salah satu pokok durian belanda yang ada di Kebun Bahagia Bersama bersebelahan dengan pokok pisang sebagai perbandingan. Pokok durian belanda bukanlah tumbuh sebesar pokok durian, meninggi je dan tak membentuk kanopi besar seperti pokok durian atau pokok buah-buahan macam rambutan. Mengambil ruang seakan sama sahaja dengan pokok belimbing buloh, jadi tak pelik kalau di kawasan perumahan ada gardeners yang juga menanam pokok durian belanda. Lagipun dengan bentuk dahan pokoknya tidak menutupi pokok-pokok lain untuk menerima kisses direct dari matahari.
Tahun ini kerana angka pokok-pokok durian belanda yang ditanam dari tut banyak habis riwayat selepas berbuah membuka mata tukang kebun untuk pandang jauh dengan menyemai biji benih segar dari buah durian belanda Kebun-Grown Kebun Bahagia Bersama. Rasanya sekurang-kurangnya 4 pokok mati tanpa menunjukkan kesan sakit tapi selepas berbuah tahun ini di lokasi yang berbeza selepas musim buahnya yang juga berbeza. Pokok yang dah matang berbuah tu tinggilah juga, terkejut tengok atuk Ilhan yang patutnya dah bersara mengajar tu boleh tarik begitu sahaja sebab fed up nak buang dekat tempat green waste. Pertumbuhan akar pun tiadalah sangat, jadi mudah je nak tarik tidak seperti pokok yang ditanam dari biji benih foundation akarnya kuat. Tukang kebun dah lama nampak pokoknya mati terbiar tapi takut pula nak clearkan nanti tuan tanah tanya susah hamba nak jawap. Jadi biarkan tuan tanah yang tengok dulu. Dalam firasat tukang kebun kalau tanam dari biji benih pun takde lah banyak sangat gap nak tunggu seperti tut sebab pokok durian belanda bukan saiz yang besar, sebab sama je kalau dari tut pun nak tunggu certain age and saiz baru mula berbuah. Kesimpulannya, kalau tut pun nak kena tunggu a few years baru buah juga kan. Bila difikirkan pokok durian belanda tut dan kedondong tut sama perangai asyik nak tanam berganti-ganti sebab tak tahan lama. Selagi tukang kebun muda terdaya nak tanam, rasanya sudah patut tukang kebun tanam pokok-pokok durian belanda yang tak perlu asyik kena cari pengganti, biarlah tunggu lama sedikit tumbuh dari biji benih tapi bermusim-musim moga sehingga tukang kebun pula jadi compost.
Satu kisah tidak dapat dilupakan tahun ini, first time pesan air durian belanda untuk Rayyan yang ketika itu belum masuk 4 tahun, punyalah dia suka. Mula-mula tukang kebun tak perasan tujuan yang Rayyan kumpul biji benih durian belanda dalam jus tu tepi pinggannya. Bila nak beransur balik, Rayyan bagi biji-biji benih durian belanda suruh simpan nak tanam dekat kebun. Mama Rayyan was stunned and rendered speechless, Syukur Alhamdulillah kecik-kecik dah faham where fruits come from and how. Kebetulan pula, beberapa minggu lalu sebelum Rayyan minta tukang kebun semai sudah pun tukang kebun semai biji-biji durian belanda. Big boss juga nampaknya ada tanam pokok-pokok durian belanda dari biji boleh nampak perbezaan pertumbuhan di pelbagai lokasi, self-seeded pun ada juga. Buah-buah Durian Belanda selalunya berebut dengan tupai, kadang-kadang nampak buahnya cantik kulit dekat luar kena tipu tengok bawah isi habis. 2 minggu lepas, ada tukang kebun pindahkan anak-anak pokok durian belanda semaian dari biji benih di petak No. 1 semoga sebelum tukang kebun masuk 40 years old sudah memberikan hasil (wahai kekanda when you weed that area please note my babies). Kita tengok ya, sempat tak sebelum tukang kebun masuk 40 dia mula berbuah....mmm agaknya tukang kebun umur berapa? Hint: Borderline still generation y.
Durian belanda babies yang tukang kebun pindahkan ke tapak 1.
~ Anak pokok Durian Belanda ~
1 pot RM5.00 (enquiries kebunkmg@gmail.com) .
Tuaian dan Pasar Kebun Bahagia Bersama chit chat :
Memandangkan tukang kebun dapat beberapa risikkan setiap minggu mengenai kandungan Pasar Online setiap minggu, jadi ingat nak beri gambaran hasil Kebun Bahagia Bersama random minggu ini...
Masa mengintai tengok ciku ada ke tidak memandangkan ada request nasib baik nampak rupanya ada durian belanda dah mula ranum dah kena nibbles oleh tupai lekas-lekas tukang kebun tuai. Ya ciku ada. Itik telur tak berdisiplin merata bertelur tiap hari kekadang hampir terpijak. Ceri barbados tahun ni dah ada beberapa kali musim buahnya. Mini pamelo pun adalah juga. Lemon overloaded bulan ini. Pagi-pagi kasi pet dekat backyard makan nak kena bawa bekas sekali.
Pokok pulasan yang disemai dari biji benih dan belum tinggi 2 meter buahnya dah mula nak masak. Masa first time tahun ini ada buahnya 2 biji, si tupai yang ambil pastu sengaja nak teasing kut pergi letak kulit dekat dalam pasu water lily. Pokok pulasan ini pun baru hampir 10 tahun.
Pokok asam jawa pun meriah berbuah, bila weeding last weekend dongak ke atas dekat patch C baru perasan. Buah celagi makan colek pun best juga kan.
The marcotted ones tend to have poor root development, hence they die easily. Best is to graft to seedlings, and graft two genetically dissimilar plant to one rootstock is the ultimate. They are highly self-infertile. Kena tanam at least dua pokok berbeza (dari segi genetik) to increase fruit set. So kena ada banyak baru meriah buahnya...hehehe
BalasPadamSome say enough self-compatible pollen exist, but flowers are protogynous, so need some assistance. Boleh hand pollinate to make sure enough compatible pollen gets to the stigma kalau tanam satu pokok. Best fruit set is hand-pollinated, different clone, followed by hand pollinated same clone and lastly, natural pollinated same clone. From seed usually 4th year is productive, so takdelah tunggu lama sangat...mesti sempat sebelum 40thn.
BalasPadamwow besyer..nak durian belanda, nak pulasan nak asam jawa..nak namnam juga..besarnye ceri barbados..sy py kecik je..
BalasPadambestnya pulasan.. boleh ke saya dapatkan dari tuan/puan org rumah saya mengidam nak makan buah tu nak cari kat terengganu payah...
BalasPadamlama dah cari pulasan ni boleh ke saya beli dari tuan payah nak cari buah ni kat terengganu org rumah mengudam nak makan huhuhu
BalasPadamOhhh thank you very much for the explanation Dear Sean.
BalasPadamNo wonder tak banyak buah because most of the plant kena tanam macam single merata-rata jauh antara satu sama lain.
Nasib baik yang my first batch ni I planted dekat-dekat satu kelompok.
Nanti the second batch will try to plant them as group too. Durian belanda belongs to only 1 species kan which is why they don't cross-pollinate with other plants will be just genetic variation.
Have not tried hand-pollinate lagi biasa biar je. Tuan punya ladang durian belanda mesti busy hand pollinate nak kasi banyak buah. Harap-harap sebelum 40 years old boleh rasa buahnya...kalau 4 years banyak chance tu hehehe...
Ratu nak anak pokok ke buahnya hehehe...
BalasPadamAmirulYaacob ~ Boleh saya masukkan pulasan dalam pasar online minggu depan. Contact saya di (kebunkmg@gmail.com).
Saya kira mau tanam pokok pulasan di KK, tapi dlm pasu, bolehkah tu? And sis ada jual benih/bibit pulasan?
BalasPadamSalam Bahagia Zurainny Ismail.
BalasPadamKami ndak pasti jika bole ditanam pulasan di dalam pasu atau tidak.
Kebarangkalian tahun depan ada anak pokok pulasan kami mula bekalkan.
Good...kami suka mkn pulasan tapi susah betul mo dpt d KK.
BalasPadamSalam Bahagia Zurainny Ismail.
BalasPadamRambutan pun susah mo dapat di KK kan apalagi pulasan.
Harga rambutan pun mahal di Sabah berbanding di Semenanjung Malaysia.