Terasa nak terbang-terbang macam rama-rama apabila melihat baka hippeastrum jenis 'Evening Butterfly' kembang bulan ini pula setelah bulan lepas Evans yang kembang. Evening Butterfly adalah jenis hippeastrum yang dikategorikan dalam jenis hippeastrum papilio, manakala Evans adalah multi-petal. Bawang 'Evening Butterfly' tukang kebun pacak bersebelahan pokok cili tapurak yang sudah berbuah (fresh stock cili tapurak seeds available semula minggu depan boleh email tukang kebun kebunkmg@gmail.com ).
Kali ini tukang kebun terkejut sikit sebab dari keluar bud bunganya sampai nak kembang prosesnya sangat pantas berbanding dengan Evans tidak perlu tunggu lama kurang seminggu. Satu tangkai Evening Butterfly menghasilkan 4 kuntuman bunga kali ini.
Bahagianya hati bila tengok bunganya kembang penuh memang jenis besar bunganya, dah lama mengidam nak tengok baka hippeastrum papilio kembang di kebun sendiri. Nasib baik kembang penuh sebelum kami bertolak ke Pulau Langkawi minggu lepas. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar kepada tukang kebun sebab blog Kebun Bahagia Bersama menyepi sekejap. Tak sempat nak beritahu yang kami sebenarnya pergi bercuti ke Pulau Langkawi.
Seronok sangat sampai 360 darjah pusing ambil gambar Evening Butterfly. Masa nak keluar berkebun hari ini setelah lama ditinggalkan.
Selamat Menyambut Hari Thaipusam bagi yang menyambutnya.
Cantiknya!!!!
BalasPadamcantik sungguh.. jumpa Normala Saat ke ?
BalasPadamTak sempat jumpa Kak Mala tak sihat Kak Mar.
Padamcantiknyaa. Subhanallah!
BalasPadamWah...so beautiful!
BalasPadamCantekkkkkkkk...
BalasPadamtak terkata memang cun habes, apa nama lain bunga ni ya..
BalasPadamBunga ini juga dikenali sebagai amaryllis Sudais.
Padamsalam , ada tak benih pokok hippeastrum ini??
BalasPadamSalam JaeJun, benih ni not available.
Padamsubhanallah..cantiknye :)
BalasPadamsaya still menunggu hippeastrium saya berbunga...bawangnye dh branak tp bunga blom lg..dh masuk tahun ke -3 nii.
Tukang kebun pun terpegun tengoknya Julie, Awin, Sean, Ima.
PadamTake sempat jumpa KakMala tak sihat
Kekadang bulb hippy ni nak kena kasi dormant supaya trigger berbunga. Musim tak hujan tak perlu siram biar tido jap Gina.
PadamYang nie ader jual ker... Cantik sgt?
BalasPadamYang ni tak available Adli Fakhrullah.
BalasPadam